Macamana ‘hang’ boleh jadi cikgu….

2010 March 10
by Guru Besar Pencen

Maksud saya antara dua darjat.

Sani, kawan baik saya sekitar tahun 70 dan 80′ an di Pantai Remis bertanyakan saya….Macamana ‘hang’ boleh jadi cikgu… ?

Muslim, juga  kawan baik saya sekitar 3 atau 4 bulan yang lalu (2009 / 2010) di Pulau Pinang  bertanyakan saya….Macamana ‘hang’ boleh jadi cikgu… ?

Jarak masa pertanyaan itu antara keduanya lebih kurang berselang 20 tahun tetapi pertanyaan  yang pertama dan kedua itu sama saja rentak dan bunyinya.  Situasinya juga sama. Kedua-dua soalan itu amat membanggakan saya. Pertanyaan itu selalu saya bawa bersama saya untuk saya hebahkan ketika saya dalam perbualan sesama guru, rakan atau keluarga. Pertanyaan itu pada pendapat saya menggambarkan karektur guru yang sebenar. Dan yang penting karektur saya sebenarnya.

Di sekolah dan di dalam pergaulan memang saya bezakan.  Di sekolah saya menhadhamkan tugas pengajaran dan pembelajaran, kepatuahn arahan,  keberkesanan komunikasi dan ketegasan disiplin.  Dalam pergaulan, kemesran, rendah diri, sesuaikan keadaan, ramah, mesra, perihatin, tolak ansur dan sedia membantu (?) oleh itu antara tugas dan hubungan mesra sememangnya berbeza.  Perbezaan itu membuatkan saya sentiasa melakonkan watak-watak yang sesuai dalam pesekitaran yang sesuai.  Oleh sebab lakunan ini menyebabkan rakan saya tersentak kerana kelakuan mesra itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bernama guru, bahkan seorang Guru Besar.

Jika di sekolah saya menjalankan tugas se efektif yang boleh dengan menerapkan nilai ‘budi bicara’ yang tinggi dan juga mesra ‘guru / pekerja’.  Ketegasan juga ada tetapi pada masa yang sesuai dan tidak dapat dielak atau sudah meletihkan… Tapi dalam pergaulan saya suka berjenaka atau kadang kala bergurua secara agak agresif dengan kata-kata.  Yang paling ketara,  ialah rakan baik saya akan mengenakan saya dan paling ketara mereka akan terKENA  se pedih-pedihnya.  Begitulah lakonannya.

Semenjak 20 tahun yang lalu, ianya tidak merubah dan saya tidak berdaya untuk mengubahnya.  Berkhidmat sebagai guru dalam tempoh yang panjang dan melalui berbagai situsa pergaulan dengan yang besar dan yang kecil, namun rakan-rakan yang mengenali saya akan mempersoalkan ‘keguruan’ saya.  Saya tidak langsung ambil hati kerana saya tahu….

1.  Bila saya berjalan di kaki lima bilik darjah.. seluruh kelas akan terdiam dan merayap kembali duduk di tempoat masing-masing.

2.  Bila seorang murid yang namanya saya panggil, murid itu sudah tentu mencuba mencari helah untuk tidak berjumpa saya atau kalau berjumpa pun ia akan membela dirinya atas keslahan yang telah saya kesan. Pulangnya dari bilik saya dia akan sedikit merasa henyakan rotan di punggungnya.

3.  Bila saya berucap samaada di perhimpunan atau di mana-mana majlis sekolah, tiada murid yang akan bersuara, kalau ada, murid itu tidak lepas dari saya nanti. Semua ucapan saya berinformasi.\, murid dan guru mesti memahaminya betul-betul.

4.  Bila saya mengajar, murid kenas bersedia… kelas dan susunan mesti teratur, kotak pensel, beg, botol minuman mesti berada di tempatnya.  Tiada sampah dan tiada keadaan yang kelam kabut. Dengar bila cg bercakap dan cakap bila cg hendak mendengar.  Siapkan latihan kerana latihan yang saya beri cukup dengan masa yang saya beri.  Tidak siap bermakna murid berkenaan telah menggunakan masa yang diberi untuk melakukan kerja-kerja yang lain.

Pemulihan Bahasa Inggeris

2010 March 2
by Guru Besar Pencen

Seorang guru Bahasa Inggeris mencuit saya dengan menyatakan bahawa Bahasa Melayu (BM) mempunyai program Pemulihan Khas.  Bagaimana pula dengan murid yang lemah Bahasa Inggeris;   mereka tiada program Pemulihan Khas untuk Bahasa Inggeris  (BI).  Terasa sangat kebenarannya kerana saya banyak  mengomel mengenai Pemulihan BM (sahaja)  sedangkan yang ketara kelemahan dan kegagalan peratusan dalam UPSR ialah subjek BI… betul juga,   dan beliau meminta komen dari saya.

Pemulihan Khas, dengan bilik (hawa dingin) khas,  dengan guru khas, dengan peralatan khas, dengan taklimat khas, komputer khas, dengan asakan bertali arus kepada Guru Besar (GB) juga khas datangnya dari peneraju utama peringkat negeri (Pengarah).   Semuanya khas.  Begitulah pentingnya Program Pemulihan Khas (BM)  kepada KPMalaysia dan tidak juga kurang pentingnya kepada seorang Guru Besar.  Bahkan pada saya itulah agenda saya selamanya berjawatan sebagai GB. Semuanya dikhaskan kepada Bahasa Melayu.  Mengapa pentingnya Bahasa Melayu;  Pemulihannya dikhaskan ?  Umum sudah mengetahui.  Pastinya Bahasa Rasmi Negara, dan sebagai kayu pengukur kepada medium utama dalam aliran perdana pendidikan (hanya sesetangah orang sahaja yang sanggup menafikannya (?)).

Apakah Bahasa Inggeris itu tidak mustahak maka di tiadakan pemulihan ?  Saya dan pelayar blog ini tentunya akan menafikan sekeras-kerasnya…

Pengajaran BI merupakan pembelajaran yang tertua di dunia,  maka sudah tentu ianya telah saling melengkapi sepanjang masa dan cukup dengan segala bahan dan strategi untuk memperkasakan penguasaan bahasa itu.  Di dalamnya merangkumi berbagai kaedah pengajaran,  ia telah menjadi amat sesuai untuk disampaikan kepada semua peringkat umur pelajar. Berbanding dengan BM yang dilengkapan strategi pembelajarannya di sekitar Nusantara ini sudah tentunya ianya memerlukan pendekatan secara berterusan untuk terus memartabatkannya. Maka usaha itu diteruskan oleh KP Malaysia untuk memperkukuhkannya melalui aktiviti Pemulihan Khas seperti yang kita bicarakan.

Oleh yang demikian, rata-rata guru BI di sekolah rendah sudah pun dimengertikan mengenai konsep pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam P&P yang dibawa oleh mereka. Maka KPMalaysia sedar yang ianya merupakan salah satu pelajaran yang paling kritikal di sekolah.  Maka dengan itu telah diadakan elaun kritikal sebanyak 10% dari gaji pokok guru-guru BI bagi menyatakan betapa kritikalnya pelajaran tersebut.  Diharapkan dari semasa ke semasa mata pelajaran ini akan menjadi tidak kritikal lagi.  Maka usaha dari guru BI ditagih dengan berobjektifkan – mesti  dilipat gandakan (sekurang-kirangnya 10% lagi) bagi menjamin penguasaan BI di kalangan murid-murid dibawah ‘core bussiness’nya – logikkan ?.

Berbalik kepada bahan dan kaedah dalam P&P  – BI :  Sepanjang pengamatan saya, ianya sungguh mengkagumkan, ianya telah lengkap dan sangat berkesan. Maka terpulang-lah bagaimana guru-guru BI menghadhamkan penyampaian, aktiviti, pendekatan dan pengolahan di hadapan murid di bilik darjah.  Kalau ianya masih gagal, pada hemat saya sudah ada silap dan salah-nya di mana-mana :

1.  Kesungguhan guru menganalisis maklumat pengajaran bersama keberkesanan guru menganalisis tahap kebolehan dan pengetahuan murid.

2. Kesedaran guru mentakrifkan pengajarannya sebagai pengajaran bahasa kedua.  Pengajaran seharusnya tidak terikut-ikut dengan pengajaran Bahasa Ibunda.  Dengan itu satu pengorbanan yang luar biasa harus ada dalam memperkasakan pengajaran BI (Pengajaran bahsa Kedua).

3.  Keberkesanan memilih program yang yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memantapkan penguasaan BI.  Pihak panita BI dan pengurusan sekolah harus memperkuatkan jalinan kerjasama agar program yang dipilih berkesan melalui kaedah pemantauan, post mortem, kepaduan dan kejituan proses.

4.  Program BI harus dimakmurkan oleh keseluruhan warga sekolah dan sebaiknya BI adalah dijadikan satu budaya di sekolah.

5.  Guru BI kena membulatkan hati dan bertindak sebagai Guru BI yang amat diperlukan dan amat dipertanggungjawabkan

Sejauh mana asas lima perkara ini disentuh oleh Guru Bahasa Kritikal ini. Atau hanya tersentuh dengan elaun 10% sahaja (yang tidak diperolehi oleh lain-lain guru).  Semua guru BI dan semua murid termasuk kalangan waris pula ingin juga merasai sentuhan GB sesebuah sekolah kebangsaan yang menjadi peneraju utama di sekolahnya.  Kita amat mengharapkan (sangat-sangat) guru-guru BIyang kebanyakannya bukan dari kalangan keturunan melayu juga sama-sama  tersentuh dengan kelemahan murid keturunan melayu di Sekolah Kebangsaan – yang juga adalah salah satu punca yang perlu diperhatikan.

…gbpencen…mengakui tiada banyak kejayaan dan merintis pemulihan Bahasa Inggeris.

Kahwin rompak ‘Colombo Plan’.

2010 February 23
by Guru Besar Pencen

Sebak saya dan emak melihat Pak Lang Mea (Ismail – adik emak saya) mengacu-acukan tangannya ke hadapan seperti mahu memegang sesuatu.  Bila ditanya apa tujuannya berbuat demikian dia menyatakan dia nampak anaknya,  ‘Ax’ (Ishak) berada di hadapannya dan dia hendak memegangnya.  Kami tahu, rindunya kepada Ax bukan kepalang.  Isteri Pak Lang Mea turut memerhati tetapi tidak berapa kisah kerana lumrah Pak Lang memperlakukan sedemikian semenjak demamnya semakin hari semakin tinggi.

Selepas tamat Form Five di sekolah Penang Free School, Ax sepupu yang sebaya dengan saya berangkat ke Autralia dalam tahun 1969. Dia melanjutkan pelajaran disana dalam bidang akauntant di bawah biasiswa Colombo – Projek UNICEF Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangga sungguh keluarga kerana bukan senang ketika itu nak masuk universiti, inikan pula belajar keluar negara.  Ax memang seorang pelajar yang pintar (rajin dan tekun – tidak sepeti saya).

Selepas Pak Lang bersara dari menjadi buruh  ‘harbour boat’ di pelabuhan Bagan Dalam, Butterworth pada tahun 1966 dia membimbit raga kuih di kedua-dua belah lengannya di serata pekan Bagan (Butterwrth) untuk menyara anaknya termasuk Ax yang ke luar negara. Gigih sungguh dia.  Dengan penampilan seorang yang pendek (rendah – seperti emak saya) nampak jelas kepayahan yang diharungi demi anaknya.

Lagi setahun Ax akan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah yang cemerlang,  Pak Lang Mea (ayah Ax) telah meninggal dunia.  Kami menziarahinya hinggalah  disaat kematiannya, kerana emak saya sangat akrab dengan adiknya itu.  Emak menitiskan air mata mengenang gelagat Pak Lang Mea melepaskan kerinduannya semasa mayat diusung ke perkuburan.  Yang paling memilukan kerana dia tidak dapat merasai hasil penat jerihnya atas kejayaan Ishak, anaknya itu.

Kapal Terbang dari Australia telah mendarat.  Tiada keluarga kami yang menyambutnya di lapangan terbang. Emak Ax (Mak Lang Mah – isteri arwah Pak Lang Mea) juga tidak mampu untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur bagi menjemput Ax.  Sebaliknya (pula) keluarga ‘girlfriend’ nya telah bersedia di lapangan terbang dengan beberapa buah kereta menjemput Ax terus ke rumah mereka di Bandaraya Kuala Lumpur.  Persediaan rapi telah dibuat di sana oleh keluarga ‘girilfrend’nya untuk Ax ditunangkan.

Entah bagaimana abang sulung saya dapat menghidu cerita begitu dari salah seorang keluarga Ax.  Beliau amat marah . Mendengus-dengus percakapannya, dengan penuh ketegasan dia  memberitahu Mak Lang untuk disampaikan kepada Ax…

Kalau iya pun.. balik lah dulu ke Bagan. Kita pun ada adik beradik (maksudnya hormatilah instituisi adik beradik (?)).  Kemudian kita p  kira elok2, bukan kita tak mau;  bukan kita nak halang.  Balik dulu – sinopsis kemarahan abang saya yang menjadi induk keluarga ketika itu.

Walaupun saya tidak begitu ingat apa yang berlaku selanjutnya tetapi Ax telah pulang ke Bagan dan selepas itu rombongan peminangan telah dihantar ke  Bandaraya Kuala Lumpur.  Kemudian jadilah mereka suami isteri yang bahagia sambil tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya terutama emaknya dan adik-adiknya.

Jadi juga perkhwinan ini,  walaupun untuk pulang ke Bagan dari Australia, Ax terpaksa transit di bandaraya rumah ‘girlfriend’nya kerana …. keluarga girilfriendnya tidak yakin atau salah takrif ke atas Plan Colombo.  Mereka mentakrif plan tersebut secara negatif tetapi kami sekeluarga mentakrifnya secara positif. Sekarang tinggallah mereka dengan mewah sejahtera di sebuah kawasan perumahan eksklusif – TTDI saya diberitahu (entah kat mana). Syukur…

...gbpencen…tak boleh jadi induk keluarga seperti abang saya kerana tak reti marah mendengus-dengus.