Skip to content

UPSR datang lagi…

2010 September 21
by Guru Besar Pencen

Nilailah mereka dengan apa cara jua.. tentunya mereka ada kelebihan tertentu..

Cikgu Rahmah bertanya saya, “Dah bulan 2 (Febuari)  dah,  cikgu, kita belum mula lagi kelas tambahan (UPSR).  Sekolah lain dah mula dah !”  Saya tidak menjawab dengan tepat, tapi saya memang sedang merancang untuk mengadakan kelas itu.

Begitulah perihatinnya PK HEM saya.  Selain dari ikhlas tegurannya, dia amat gerun dengan ke agresif an sekolah-sekolah jiran kami menggempur murid tahun (6) UPSR tahun itu. Saya hormat teguran itu yang juga datangnya dari semua guru-guru matapelajaran UPSR di sekolah saya.

Pada saya biasa saja kerana ianya satu (cabang) penilaian bagi mengenalpasti tahap penguasaan pembelajaran di sekolah rendah. Saya yakin jika proses pembelajaran yang berterusan dari Tahun 1, bahkan PRA Sekolah dilaksanakan dengan berkesan, apa saja penilaian  tidak akan jadi masaalah. Dan jika  skima peratusan menguasai yang diperolehi sangat kecil, maka tentunya semua organisasi sekolah (sebenarnya) telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar. Kejayaan tidak sepatutnya bersandar kepada seramai mana murid  memperolehi  5A;  Ia sebaiknya ditakrifkan kepada tahap penguasaan 3M di sekolah rendah.

Oleh yang demikian,  sepatutnya UPSR tidak akan menjadi satu tekanan kepada guru Tahun 6 sahaja kerana tahap penguasaan yang tinggi dalam UPSR adalah bergantung kepada semua guru yang mengajar 3 M dari Tahun 1 lagi. Dan jika tanggungjawab atau boleh disebut sebagai satu tekanan, maka tekanan itu adalah kepada semua guru :  Bukan kepada cg Rahmah, Ruziah, Aziah, Zarina atau sesiapa sahaja yang mengajar tahun 6. Saya (GB) juga tidak mahu terdesak menerima tekanan itu, sebaliknya saya mahukan semua guru tertekan dengan murid-muridnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6.  Tidak kah begitu ?

Isu lama kembali semula : Isu pemansuhan proses penilaian;  UPSR dan PMR.

Maka kita yang tidak  arif ini telah banyak diberitahu melalui pelbagai media (terutamanya akhbar ) oleh cendekiawan dan penulis-penulis popular.  Memberi pandangan dan pendapat. Begitu juga orang ramai turut serta dalam pelbagai forum rasmi mahupun yang tidak rasmi.

Dalam isu ini, guru-guru akar umbi :  semuanya diam saja.  Mendengar dan menanti dengan penuh debaran :

Apa pula yang mereka nak buat ?. Buat memang kena buat…. Betul pun kena buat, tak betul pun kena buat !. Lagi perubahan dibuat, lagi tak betul, buat lagi yang betul, masih tidak betul.  Ubah lagi yang tidak betul, masih tidak betul… Betul ke tak betul ?

Begitulah yang sering dikatakan anjakkan paradigma. Satu perkataan yang saya sangat sedap diucap dan didengar.  Paradigma adalah perkataan yang saya baru dengar dalam masa lebihkurang 12 tahun yang lalu.  Sebelum itu, saya tidak pernah mendengar perkataan itu.  Biar sedap didengar walaupun hakikatnya – menganjak dari mudah kepada  …. payah.

Buatlah apa saja perubahan tetapi hakikatnya murid memerlukan penilaian.  Murid perlu dinilai dan guru memerlukan penilaian. Setiap hari murid di nilai dari apa yang mereka perolehi dari pembelajaran mereka.  Guru pula harus menilai untuk mengetahui keberkesanan P&P mereka. Menilai dan membaikpulih adalah tanggungjawab yang berat yang mesti dipikul oleh guru.  Jika kaedah ini dilaksanakan pada setiap masa, disetiap situasi P&P  dengan berkesan dan penuh tanggungjawab serta komitmen, maka tidaklah sampai Cg Rahmah begitu amat risau bahawa saya (GBP) tidak “panggil mesyuarat lagi” berhubung dengan kelas tambahan UPSR tahun berkenaan.

Penilaian yang menyeluruh amat penting sepertimana dicatat dalam Buku Laporan PKBS, edisi awal.  Kemudian catatan Buku Laporan itu kian hilang ditelan masa.  Ketika saya mengikuti kursus pada masa PKBS mula-mula dilaksanakan, nampak seperti ianya satu penilaian yang komprehensif.  Semua aspek murid dinilai untuk mengetahui perkembangan mereka secara menyeluruh.  Namun sampai di suatu peringkat, ianya jarang malahan adakalanya tidak disebut langsung mengenainya. Maka ianya seperti program yang lain juga, hilang ditelan zaman.  Penilaian sudah mula beransur kembali ke tahap lama dengan memberikan markah dan gred – ia juga telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah Kluster yang pernah saya temui…..  alahai PKBS.

Mengapa UPSR perlu dimansuhkan ? Pada saya ianya adalah baik untuk murid. Mengapa pula UPSR hendak dimansuhkan :

Kerana JPN sudah hilang arah untuk menonjolkan kecemerlangan NEGERI.  Kerana GURU BESAR sudah hilang arah untuk menonjolkan kecemerlangan SEKOLAH.

Kembalilah objektif awal UPSR :  Bahawa ianya untuk mengetahui tahap pengusaan murid di sekolah rendah sebelum ke sekolah menengah.  Kalau ianya dapat dihayati oleh JPN dan Sekolah ianya akan tidak menimbulkan apa-apa konflik, tekanan, dan hambatan yang tidak ketahuan arah.

...gbpencen…menghambat guru yang tak masuk kelas..

3 Responses leave one →
  1. nizam permalink
    September 22, 2010

    salam cikgu, selamat aidilfitri.
    insya allah, jika cukup latihan dan persediaan, kejayaan akan digapai.
    Ianya bukan kerja setahun (Thn6 saja), tapi kerja sepanjang tahun.
    Namun yang sering berlaku, Thn6 saja yang digempur,maka penatlah guru dan murid di Thn 6. Seakan menjadi budaya yang makin payah untuk diubah, murid di tahun -tahun lain dibiarkan ‘berbulan madu’ bersama guru-gurunya.

  2. September 28, 2010

    Bagus..Terima Kasih

  3. md darus permalink
    September 29, 2010

    Sekolah Menengah pun macam tu juga… guru peperiksaan kena faham le… tapi pengetua kena bagilah keistimewaan kepada guru PMR / SPM..

    baru ummhph !

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: