Skip to content

Jalan berliku di syurga ibu.

2011 May 11
by Guru Besar Pencen

Emak saya (Piah bt Dahaman) bersama pengasuhnya (kakak saya) meninggal pada usia 89 tahun(2001).. alfa tihah !

Sampai di rumah Chik Nah mencampakkan nasi goreng ayam yang dibeli oleh anaknya yang bernama Don – ke dalam tong sampah.  Malam itu dia langsung tidak makan apa-apa. Sebelum itu, dia bersama anaknya itu berkunjung ke lima buah kedai makan.  Chik Nah menyatakan yang dia tidak serasi dengan semua kedai makan yang dikunjunginya itu. Akhirnya  Don dan adik beradiknya makan di kedai terakhir  itu kerana sudah tersangat lapar.  Nasi goreng ayam dibungkus untuk ibunya, Chik Nah.  Episod itu berakhir di situ apabila nasi ayam tersebut menjadi makanan tong sampah apabila sampai di rumah.

Pilu hati Don: dan dia pulang ke Kuala Lumpur menyembunyikan diri 2 tahun lamanya.  Kepiluan itu dibawanya bersama.  Chik Nah ‘serba tak kena’ .  Hari kematian suami Chik Nah (ayah Don) , barulah Don kembali.  Chik Nah masih serba tak kena.

6.00 pagi, 1 Syawal, 1431,  Don kembali lagi dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan emaknya Chik Nah.  Belum sempat ke Surau untuk solat sunat Aidil Fitri, menyembur sumpah seranah dari Chik Nah kepadanya.  Di sumpah anaknya itu supaya tidak selamat hidup.  Di sumpah anak dara  Don (cucunya) agar menjadi perempuan yang berdosa.  Chik Nah meronta-ronta  apabila Don meminta untuk bersalam kemaafan di ‘aidil fitri’.

Don bersama isteri sekeluarga kebingungan. Sebaik saja bersolat sunat Aidil Fitri, sekali lagi Don meningggalkan rumah (saya).  Sehingga raya ke 5 saya tidak nampak muka hidungnya.

Beberapa hari raya berikutnya, saya terima panggilan telefon dari Don.  Rintihannya amat sebak.  Dia menangis.   Dia bertanya, “Apa salah saya?”  Kalaupun dia bersalah, takkan begitu sekali layanan emak kepadanya.  Sudah jenoh dia cuba memuaskan hati emaknya namun emak tidak pernah merasa puas dengan apa saja layanan yang diberikannya. “Abang, apa yang emak hendakkan?”  tanyanya pada saya, abang iparnya.

Telah hampir 1 tahun Chik Nah (mak mertua saya) menetap di rumah saya.   Makanan semuanya tidak sedap. Apa yang dimasak semua dicemuh, diselerakkan dan dicampakkan ke luar pintu. Mandi minta di jirus.  Badan minta disabun. Rambut minta disikat.  Lenguh minta dipicit.  Selepas makan, tidur dan selepas tidur,  makan.  Tutur katanya amat memedihkan.  Suka melaga-lagakan hubungan suami isteri.  Semua anak dibencinya.  Tiada seorang pun anaknya yang seramai 9 orang yang disukainya.  Yang menyedihkan semua 9 orang anaknya sentiasa berkira-kira untuk melarikan diri darinya.

Namun  karenahnya perlu ditangani kerana tiada siapa lagi yang ingin bermesra manja dengannya.   Saya kena bersiap sedia  menangani tingkah laku (yang saya kira) amat buruk.  Moga-moga dia sedar bahawa dia sudah tiada punya apa-apa.

Suaminya dulu  diperlakukan sedemikian sepertimana diperlakukan terhadap Don, anaknya. Kini dia sudah tiada bersuami yang meninggal akibat sakit jantung. Rumahnya sudah ditinggalkannya dan tidak mungkinkembali lagi ke sana.  Dua anaknya yang remaja juga tidak mahu menjenguknya lagi.  Mereka menafikan samasekali untuk tinggal bersama emak.  Di mana saja dia menumpang, semua anak-anak di dakwa tidak memenuhi ispirasinya menghadapi hari-hari tuanya.  Apalah malang nasibnya.

Kini yang tinggal hanyalah sebuah beg dan seraga  pakaian, tersimpan elok di sudut sebuah bilik di rumah saya.  Rumahnya terpaksa ditinggalkan dalam keusangan di tanah milik orang. Tiada seorang pun anaknya bertanya khabar.  Mereka akan mendapat perkhabaran mengenai chik Nah jika saya menghantar mesej untuk mereka.  Sekarang, saya rasa amat berat untuk berbuat demikian;  kerana mesej saya tidak pernah dibalas.

Hari semalam saya membawa dia pulang ke rumah dari hospital setelah 4 malam di sana.  Hidungnya tersumbat seutas paip untuk menyalurkan makanan.  Saya berhenti membeli susu kepadanya untuk menggantikan diet hariannya. Sebulan yang lalu  makanan sudah tidak mahu melalui kerongkongnya lagi. .  Dua minggu yang lalu dia sudah tidak boleh berjalan walaupun dipapah.  Air pun sudah  tidak lagi boleh masuk ke dalam rongga kerengkongnya. Nafsu makannya sudah hilang.  Dia longlai dalam kesepian.  Saya membawanya ke hospital.

Saya melutut di sejadah mengenangkan keAGUNGan ilahi. Betapi tingginya nilai makanan anugerah Allah.  Teringat saya kepada emak saya :  dimarahnya saya;  disuruhnya kutip beberapa butir nasi yang tumpah ke lantai (ketika itu makan bersila – tidak bermeja) katanya :  nasi yang tumpah itu akan menangis kalau tidak di makan:  ahkirnya  sehingga lagi 3 hari sebelum  hayatnya akan berakhir barulah saya berhenti menyuapkan nasi ke mulutnya.  Saya amat terasa akan betapa berharganya nasi – rezeki anugerah Allah – betapa nikmatnya rezaki Allah yang diperolehi oleh emak saya – sehingga ke akhir hayatnya.  Alhamdullillah.

..gbpencen…syukur kerana masih boleh makan dan masih mampu memberi makan kepada ramai orang.

3 Responses leave one →
  1. pak lang permalink
    May 15, 2011

    bertimpa-timpa cabaran.. kena anggap kita akan menerima bertimpa-timpa keberkatan satu hari nanti.

  2. May 15, 2011

    di harap semuanya akan kembali baik

  3. gbjawab permalink
    May 20, 2011

    saya mengharapkan begitu.. dulu, kini dan selamanya.. terima kasih yusri (?)

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: