Skip to content

Pencen semua sekali…

2010 October 16
by Guru Besar Pencen

Semakin lama semakin sayup terdengar suara – guru, murid.  Semakin sayu, semakin jauh kedengaran di hujung telinga.  Semakin sebak.

Setiap kali bunyi ketibaan sms, direnung kalau-kalau ada guru lama ada mengirim berita, salam atau bertanya khabar.  Ada …  tapi makin lama makin ke jauhan  jarak antara satu-satu sms.  Seperti saya dengan Guru Besar saya terdahulu; makin lama makin jauh.

Satu sms yang baru saja diterima – budak2 minta cikgu datang melatih mereka untuk kejohanan bolasepak – program Lepas UPSR dan Kejohanan peringkat umur Bawah 11 tahun. Dengan sepontan dihujung telinga saya  terdengar jeritan, laungan, guruan dan aduan-aduan manja murid tahun 4 dan 5 (yang pernah saya menagajar mereka ketika menjadi GSK – Guru Simpanan Kebangsaan, tahun lalu). Reply : Saya menetapkan hari latihan bolasepak dengan mereka. Seronok terasa bukan kepalang.

Tiada apa ganjaran yang akan diterima, dan langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan untuk kerja seperti ini.  Hanya kerana minat  – yang sudah sebati di jiwa seorang yang bernama guru.  Latihan sangat  pendek jangkamasanya kerana hari kejohanan tidak sampai 5 hari lagi.  Bukan kemenangan yang di idamkan tetapi kepuasan untuk bersama dengan anak didik sering dinanti.

Terpahat dalam jiwa ketika saya mengikuti siri ceramah agama di radio mengenai takrif  harta yang disimpan.  Menurut ustaz penceramah :  sebenarnya harta yang disimpan adalah harta yang dibelanjakan ke jalan Allah.  Tak pandai saya dalam bab-bab agama ini tetapi saya faham bahawa : membelanjakan harta untuk membantu orang lain adalah sebagai satu simpanan / bekalan (aset) yang akan digunakan apabila dibangkitkan selepas kematian.

Kebetulan ceramah ustaz tadi dihadapan kakitangan kerajaan.  Saranannya kerjalah dengan ikhlas.  Keikhlasan akan menjadikan kita puas bekerja.  Ganjarannya pula halal dan berkat. Ganjaran yang diperolehi gunakanlah untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara, jiran dan selebihnya gunakanlah untuk sesiapa sahaja yang memerlukan. Termasuklah anak murid kita yang memerlukan : katanya dirujuk kepada guru.

Teringat saya selepas saya bersara, saya mempunyai sebuah rumah, sebuah kereta lama, ada sebuah moto Honda Fame, untuk kegunaan sendiri.  Duit simpan pun dah nak abis digunakan untuk pembiayaan keluarga.  Dan sebahagiannya yang ditabung untuk ke tanah suci, telah dipinjamkan kepada 2 orang perseorangan dan kedua-duanya masih tak mampu untuk membayarnya:  tapi nampak kadang-kadang macam tak berminat untuk membayarnya je……  Saya ingin bertanya ustaz tadi : Betulkah saya ini ?

Anak murid saya megah bersama pemain Pasukan Negeri Perlis

Bab kerja pula saya telah memperhambakan diri bekerja dengan penuh minat (kalaupun tidak bersungguh-sungguh).  Seluruh jiwa dan raga (bukan bakul – nak angkat) dicurahkan kepada perkhidmatan di sekolah, sampai kadang-kadang ada pengabaian kepada diri sendiri dan keluarga.  Semasa bekerja langsung tiada tabungan.  Makan habis.  Income tax pun, sampai pencen baru menglangsaikannya. Puas saya bekerja.  Saya nak tanya ustaz itu : Betulkah saya ini ?.

Pemburuan telah berakhir.  Membawa maksud tiada apa yang hendak diburu lagi.  Hanya saki baki umur yang ada hanya mahu melakukan kebajikan. Kadang-kadang ada melakukan kejahatan dan pernah mendengar  ustaz berkata supaya cepat-cepat bertaubat.  Kalau ada pertengkaran,  gbpencen cepat mahu beralah.  Kalau ada yang tidak seronok dilihat,  … lihat saja tanpa mahu komen.  Kalau ada yang jengkel, tak mahu ditegur – takut nanti terkena batang hidung sendiri.  Begitulah seterusnya.  Senangkan ?

Tapi yang saya hairan :

Bila dipanggil untuk ke sekolah untuk latihan bolasepak, saya terus bersemangat.  Maka berkatalah dalam hati saya bahawa jiwa seorang pendidik memang suka mendidik,  suka bersama dengan murid-murid – walaupun kini sudah mula keletihan….

…gbpencen…betulkan saya ni…

2 Responses leave one →
  1. nizam permalink
    October 22, 2010

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Sedih dan terharu membaca post GBP kali ini.rasa-rasanya hal ini akan dilalui oleh semua yang bergelar pemimpin. semoga GBP terus tabah dan menceriakan hari2 yang dilalui.

  2. November 3, 2010

    terharu membaca cerita ni. semangat guru dalam diri ayah terlalu tebal dan rsanya dah sebati dalam diri ayah. selalu melihat ayah begitu gembira dan semangat sekali bila boleh pergi semula ke sekolah 🙂
    selalu doakan yang terbaik dalam hidup ayah. InsyaAllah.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: