Skip to content

“Mengkuang Road”

2012 February 7
by Guru Besar Pencen

Dalam masa 26 tahun (yang telah lalu) – adalah sekali dua saya mengunjunginya.  Sabtu lepas saya sempat mengunjunginya semula.  Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Mengkuang Road, Butterworth.  Saya mengajar di sana selama 2 tahun sebelum bertukar dari situ penghujung tahun 1986. Blok barunya menjadikan sekolah kelihatan teratur dan bangunan lama yang masih ada meninggalkan banyak kenangan kepada saya dalam usia 35 tahun ketika itu.

35 tahun adalah usia ‘garang’ .  Badan masih kuat bersemangat.  Darah masih panas.  Ketika umur sebegini, apa yang dibuat semuanya menjadi,   hanya pengalaman yang ada diusia sekarang (61) tidak ada di masa itu.  Juga pemikiran di usia itu tidak sama dengan pemikiran dalam usia saya sekarang.  Kalaulah pengalaman dan pengetahuan yang ada sekarang ada pada ketika itu, tentunya: semua di buat semua menjadi.  Pada usia itu, semua dibuat mengikutkan hati… ikut hati mati.. (kata orang tua-tua)

Sinonim dengan gelaran Mengkuang Road, sekolah tersebut ketika itu dikelilingi oleh rumah pelacuran.  Ketika saya mengajar di darjah 5, di tingkat atas, saya dapat melihat pelacur yang berjalan masuk ke kawasan itu pada waktu hampir tengahari untuk masuk ke rumah-rumah di sebelah pagar sekolah. Usia 35 tidak langsung menarik hati saya dengan kegiatan tersebut.  Saya ingin menyatakan yang saya tidak ikut hati.

Dalam usia emas ini, sekali lagi saya ke situ.  Bangunan dengan rumah-rumah moden 2 tingkat telah menjadikan sekitar kawasan sekolah menjadi kawasan kediaman yang ekslusif. Kunjungan saya kali ini sebagai kunjungan untuk membantu rakan yang baru ditukarkan sebagai Guru Besar ke sekolah itu.  Dengan penuh semanagat rakan saya menjemput saya untuk memberi nasihat dan membantunya merealisasikan hasratnya menjadi seorang Guru Besar yang membuat perubahan.

Tinjauan sekitar sekolah dan pejabatnya, mengimbau kenangan saya yang selama saya menjadi Guru Besar di 4 buah sekolah, saya tidak pernah merasakan sebuah sekolah yang lengkap dan bergaya seperti Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kecil yang dimilikinya sekarang.  Bertuahnya dia.. dan bertuahnya saya kalau saya mempunyai sekolah yang selengkap itu. Penuh dengan segala kemudahan, cantik;   tetapi…

Terdapat banyak ruang untuk menjadikan sekolah itu lebih terurus di sana.  Bila saya tinjau di belakang sekolah semua perkakasan lama tidak terusus.  Berselerak di sana sini.  Pokok hiasan layu dan kering.  Masih banyak kerusi meja yang tidak digunakan bersepah di merata ceruk.  Walau bagaimanapun susun atur yang segak telah membantu mencantikkan persekitaran sekolah.  Jika penyelenggaran dijalankan dengan konsisten sudah tentu menjadikan sekolah lama saya itu lebih menarik.

Hanya seorang sahaja pekerja sekolah yang bertugas di situ.  Satu rungutan yang perlukan simpati. Saya memang bersimpati dengan rungutan itu.  Ini membuatkan saya berfikir, rakan saya itu bukan setakat menjadi seorang Guru Besar bahkan dia perlu menjadi lebih dari itu.  Tugas dan pengorbanannya perlu lebih besar.  Dia perlu menjadi seorang ahli fikir, arkitek dan motivator yang hebat dan berkesan – untuk berfikir bagaimana terbaik untuk memulakannya – merancang – memotivasikan semua modal insan yang ada di sekolah untuk digarapkan dengan kekurangan yang ada.  Tidak sesekali hanya menunggu mengharapkan belas kasihan dari PPD atau JPN.

Pejabatnya memang cantik.  Ada pamplet, kertas, buku, fail dan makalah yang tidak akan membantunya jika ada lawatan mengejut dari pihak atasan.  Lawatan-lawatan singkat ini akan dapat memberi gambaran kelemahan sesorang menguruskan sekolahnya. Saya mencadangkan, dokumentasi aktiviti semasa yang berlaku dipamerkan di tempat strategik supaya dapat dilihat oleh pengunjung yang hadir.  Didokumetasikanlah dengan kemas serta dilebelkan dengan jelas.  Bila dipegang dapat merasa sentuhannya, bila dibuka dapat gambaran perkara yang berlangsung dan bila ditutup memberi kepuasan.  Pamerkan sebaiknya. Do the basic.

Tuan,

Berikan sedikit sentuhan yang menampakkan yang tuan inginkan perubahan.  Berikan gambaran yang tuan memang bersungguh-sungguh untuk bekerja bersama semua warga sekolah.  Sedikit demi sedikit akan menimbulkan rasa hormat mereka terhadap tuan.  Gambar dan promosikankan kepada mereka bagaimana keseluruhan sekolah yang tuan mahukan. Tuan kena ‘smart’.

…gbpencen…sentiasa besar hati dan sedia hulur tangan bila diminta membantu disamping membuat sedikit keuntungan (?)

 

5 Responses leave one →
  1. Lin permalink
    March 10, 2012

    jadi penasihat guru besar ke.. hebat !

  2. May 28, 2014

    asalamualaikum cikgu bilakah tarikh hari angerah cemerlang

  3. June 22, 2014

    Ini mesti murid SK Bagan Tuan Kechil. Saya di sana pada tahun 1984 dan 1985. Kenal saya ?

  4. Buddies permalink
    July 15, 2014

    Salam GBPencen,

    Dalam menceritakan pengalaman hidup kita, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti sensiviti dan fakta.

    Perkataan `sinonim` yg digunakan menggambarkan ianya terkenal pada masa tersebut, sedangkan hanya segelintir masyarakat setempat & penggiat seks yang mengetahui kewujudannya.

    Perkataan `dikelilingi`adalah sedikit melampaui, adalah lebih tepat menggunakan perkataan `berhampiran` kerana hanya satu bahagian kawasan sahaja terlibat.

    Perkataan `melihat` adalah sedikit longgar. Memandangkan ramai lagi orang awam selain dari profesion yg disebut berada di kawasan yang dinyatakan, kecuali kita sendiri benar2 pasti dengan cara yang melangganinya.

    Minta maaf, sedikit emosi sebab ini sekolah tercinta. Buruknya ada, biarlah jadi tauladan. Baiknya ada, itu yang patut ditampilkan.

    Terimakasih GBPencen, “Jasamu dikenang”

  5. August 3, 2014

    Terima kasih atas teguran. Kepada sesiapa yang membacanya petikan ini anggaplah teguran di atas ada betulnya.

    Betul, semuanya baik-baik belaka kecuali yang berperilaku tidak baik.
    Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: