PK 1 mesti diikat
Bila saya masuk ke sesebuah sekolah tentu ada saja aura saya yang tidak disenangi oleh guru. Mulanya saya tidak sedar tetapi selepas beberapa tahun menjawat jawatan GB saya mula mempunyai pengalaman / kemahiran menangani situasi itu.
Yang saya pasti 2 orang guru memohon bertukar dengan kehadiran saya. Seorang PK dan seorang lagi yang bercadang untuk menjawat jawatan PK.
Pegawai di JPN pernah memberi azimat kepada Guru Besar: “Kalau kita nak senang kerja, kita kena berbaik dengan PK1” . Saya kurang bersetuju dengan ungkapan itu. Ungkapan yang sebenar (pada pendapat saya) ialah ” Kalau kita nak senang kerja, kita kena berbaik dengan semua orang“.
Ada juga kebenaran kata-kata Pegawai JPN itu; Guru Besar seharusnya berbaik-baik dengan PK1 untuk memantapkan perjalanan pengurusan akademik di sekolah, tetapi jika kebergantungan ini sudah melampaui hadnya, maka ‘ruang’ untuk menimbulkan masalah akan berlaku.
Jawatan yang diperolehi oleh PK1 adalah jawatan yang diwarisi. PK1 dilantik berdasarkan pemilihan dan penilaian yang dibuat oleh pihak atasan. Penilaian dibuat dari aspek-aspek yang tertentu yang ‘tidak pasti’ ketepatannya setelah mengambilkira dari banyak sudut. Maka sudah tentulah ketepatan itu mengalami sedikit atau (se) banyak kebocoran.
Maka kebocoran itulah yang menjadikan kebergantungan sepenuhnya GB kepada PK1 itu menjadi sudah tidak relevan. Perkara tersebut akan hanya menjadi relevan sebab GB sendiri sendiri tidak mempunyai kebolehan tertentu yang harus dimilikinya, tetapi kelebihan itu ada pada PK1. Tetapi sekiranya GB sendiri mempunyai aspek-aspek yang positif yang perlu ada pada GB, maka GB akan hanya berperanan sebagai mentor yang baik kepada PK1 untuk kesinambungan perkhimatannya yang cemerlang di masa hadapan.
Pendek kata, kemahuan GB boleh di susuli dengan tindakan sepositif mungkin dari PK1nya.
Apabila PK1 sudah diberikan mandat sepenuhnya oleh GB untuk membuat keputusan besar, menyusun atur urusan guru dan gerakerja harian mereka; apabila GB mengiyakan semuanya keputusan dan tindakan PK1 seolah-oleh PK1 lebih mengetahui segala-galanya. Maka khalayak pula akan menggambarkan yang GB pula tidak berani untuk membuat keputusan berisiko. Dengan itu kelihatan pula PK1 terlalu berani untuk mengambil risiko. Maka susuanan carta organisasi yang sedia terpampang itu sudah mula bergoyang.
Maka kedua-dua pemerintah tertinggi di sebuah sekolah ini sudah mula merasi kebocoran di sana – sini ; dari segi nilai dari kaca mata semua orang bawahannya. Kebocoran ini akan mendorong persepsi negatif untuk organisasi, pengwujudan kelompok dalam sekolah di kalangan guru dan yang merbahaya ialah ‘demontrasi senyap’
Perkara begini sebenarnya bukanlah yang dicari oleh seorang GB di sekolah. Untuk mencari kaedah yang terbaik ialah dengan melihat geraklaku PK1 dan khalayak di bawah. Ansur maju tindakan dan ketegasan. Merasakan detik hati (penerimaan) sesuatu gerakerja, tindakan, atau arahan yang dibuat. Membuat pengubahsuaian secara beransur-ansur. Insyaalah.
…gbpencen…selalu minta PK1 (lelaki) buat kek.
bila ikat ok, bila dilepas, dia boleh lari, lagi tak jadi apa !
Pk 1 mmg pandai buat kek…sedap plak tu…
ye.. ke… bila pula kita boleh rasa kek PK1 kita dulu ye.. ! anyhow, terima kasih tasa ingatan