Skip to content

Kolam.. oh kolam

2012 July 15
by Guru Besar Pencen

Bila saya sampai di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, sekolah pertama saya menjadi Guru Besar, saya tertarik dengan sebuah ‘kolam ikan‘ yang tidak terurus.  Saya dan ‘orang kampung’ berusaha untuk menghidupkan semula kolam tersebut.  Satu ‘tip’ yang saya perolehi ialah jika kita hendak membina kolam, lapisan bawahnya hendaklah dihamparkan dengan plastik sebelum lantainya diturap dengan simen.

“Oh… !. patutlah dulu kolam ini bocor”  kata seorang guru sains di sekolah itu. “Pandai ‘tukang kampung’ ini ya !”, tambahnya lagi.  Dengan tidak secara langsung ini menggambarkan bukan semua hal cikgu-cikgu kita dianggap pandai.  Selepas itu, hidupan air tawar hidup dengan selesa di ‘kolam sain sekolah, Sekolah Kampung Selamat.

Bagaimana nasib kolam itu setelah saya tinggalkannya 13 tahun yang lalu?

Merujuk kepada akhbar harian Utusan Malaysia bertarikh 9hb. Jun, 2012;  Menteri yang berkaitan berkata yang PLKN akan membina kolam renang untuk semua pusat latihannya demi keselamatan dan keselamatan peserta kem.  Satu pembaharuan yang nampak logik dan berskala besar.

Tapi apa pula akan jadi kepada nasib kolam itu selepas itu, selepas ini dan selamanya..  Itu adalah salah satu persoalan  yang telah banyak dilihat dan mengalami ciri-ciri pembaziran.  Ada kewajarannya banyak pihak sering memperkatakan ciri-ciri pembaziran yang terdapat dalam kebanyakan projek yang dibuat oleh kerajaan, kementerian hatta di dalam organisasi di bawah kelolaannya termasuk di sekolah.  Dari satu sudut disebalik projek yang dicadangkan,   ada lain-lain aspek (agenda) yang boleh dipertikaikan ketelusannya – walaupun bukan semua.

Di sebuah sekolah terdapat pembinaan 2 buah kolam – sebuah dibina oleh Guru Besarnya, sebuah lagi kolam dibina oleh seorang guru biasa.  Bila kolam itu siap, kedua-dua guru itu telah bersara.  Selepas tidak sampai setahun umur persaraan mereka kedua-dua guru tersebut telah meninggal dunia. Maka berkatalah kerani sekolah itu kepada saya, “Cikgu janganlah buat kolam lagi di sekolah ini, nanti cikgu belum puas menikmati hari-hari persaraan, cikgu ‘mungkin’ juga akan meninggal dunia”.  Ada juga betulnya ?, bisik hati saya, atau keadaan itu hanya berlaku secara kebetulan sahaja atas kehendak ilahi… !

Saya bertukar ke sekolah seterusnya yang juga terdapat sebuah kolam yang terbiar.  Saya bersama pekerja di sekolah itu menghidupkan semula kolam tersebut.  Ianya berfungsi sebaiknya dengan air limpahan yang mengalir saban hari persekolahan dengan bunyi deruan air terjun kecil yang mendamaikan mata yang melihatnya;  menyedapkan telinga yang mendengarnya.  Lega rasanya dapat memulihkan kolam yang terbiar buat kali kedua dalam sejarah perkhidmatan saya.

Moral yang terdapat dari coretan di atas ialah :

Memperbaiki atau menambah baikan projek yang sedia ada di sekolah (atau dimana saja) supaya mencapai sasaran pembinaannya adalah lebih baik dari mengeluarkan belanja besar untuk mengwujudkan projek baru yang menelan kos tetapi akhirnya tidak terurus dan terbiar juga membazir….

…gbpencen…tidak bina kolam pun satu hari akan meninggal juga.

 

One Response leave one →
  1. pak lang permalink
    August 15, 2012

    tiada cerita baru ke ? cerita le politik ke, perangai manusia, puasa ke, raya dalam kenangan ke .

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 14 ?
Please leave these two fields as-is: