Skip to content

Lembuku mati.. Lembuku dicuri.. Lembutnya aku..

2012 July 3
by Guru Besar Pencen

Arahan ‘Tokeh’ saya untuk berjumpa dengan HR Taiyo saya patuhi.  Saya diarahkan untuk menyelesaikan rungutan dari kakitangan kilang tersebut mengenai jualan kantin.  Pada hemat saya,  jualan di kantin kepunyaan ‘tokeh’ saya tiada apa-apa masaalah pun.  Tetapi mMaklumat yang diperolehi, kononnya kakitangan HR yang perempuan di situ banyak sangat karenahnya. Biasalah tu.. !  Kalau seketul ayam (yang siap dimasak) dijual dengan harga RM1.50.. apa masaalahnya ?.

Masuk ke pejabat HR menyatakan kesediaan saya untuk berbincang.  Saya dengan senyum-senyum kambing menyapa dengan memberitahu bahawa saya sedia untuk mberbincang dengan membawa beberapa dokumentasi sokongan. “Maaflah cikgu, kami ada meeting, nanti kami call cikgu”.  Dengan senyum simpul saya beredar dari pejabat HR tersebut.  “Ok, nanti saya tunggu call dari puan-puan”.

Esoknya saya diberitahu oleh tokeh saya:  HR di Syarikat itu mengadu bahawa kehadiran saya(semalam) … dengan rupa yang marah (aje.. kenapa?).  “Pulak dah”  kata saya. Bagaimana mereka mengadaptasi raut muka dan kata-kata saya (?) Itu persoalannya.

 

Bila guru melihat rupa ku, aku seorang yang garang pada pandangan mereka.  Betulkan raut mukaku begitu ?

“Mula cikgu datang ke sekolah ini saya nampak muka cikgu seorang yang garang.  Saya berkira-kira (berharap) banyak masalah yang menghantui beliau dan organisasi sekolah (pada pendapatnya) dapat diselesaikan dengan kehadiran cikgu”.  Begitulah mungkin maksud PKHEM saya ketika saya mula-mula bertugas dengannya”

Rupa-rupanya walaupun berperwatakan ‘garang’ tetapi hati GB ini lembut rupanya.  Tak suka perselisihan yang (pada saya) tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada sesiapa saja.  Tapi ….

serasa saya tidak banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan di sekolah, cuma bezanya ianya hendaklah dengan cara saya, cara yang sepatutnya semua guru mengikut ‘petua’ saya.

 

Bila bersara, ramai yang merasakan saya perlu melabur wang ‘yang sesedikit itu’  Saya diajak berkongsi untuk membeli 3 elor lembu. Seekor sudah dikorban untuk Hari Raya Korban. Tinggal lagi 2 ekor dan kononya kata pengembala lembu saya, lembu saya dah bersalin seekor lagi… jantan anaknya.

Selang lima tahun, saya bertanya pula…

“Man, bagaimana ‘status’ lembu kita sekarang ?.  Dia berkata, “Cikgu, lembu yang pertama – mati, 2 ekor lagi orang dah curi”. Jawapan tersebut sudah saya agak !.  Gembala itu, yang saya kenali semenjak dia masih anak remaja lagi tentu sekali akan menyatakan ungkapan-ungkapan sedemikian.  Tambahan pula baru-baru ini dia heboh hendak menceraikan isterinya kerana hendak berkahwin lain.  Kesian 4 orang anaknya yang masih kecil tapi yang jadi mangsa adalah lembu-lembu saya.

Perniagaan lembu saya tutup setakat itu saja.  Sebagai pemanis mulut dia berjanji sekali lagi seperti semasa dia meminta duit untuk membeli dan memelihara 3 ekor lembu dari saya : Kalau cikgu nak pakai lembu untuk kahwin, atau anak cikgu nak kahwin saya akan bekalkan “sepikoi duapuluh” (120 kati)  daging untuk kenduri cikgu sebagai ganti.

Saya hanya mencelah..

“Seingat saya, Man – kalau mati, mana bangkainya? .. kalau hilang mana salinan repot polisnya ? semuanya adalah cerita lama…”

Akhir kalam…

Ceritanya : Saya memang tidak boleh berniaga.. lembut hati.  Saya hanya layak makan gaji, satu pekerjaan yang sesuai untuk orang yang selalu berkata “takpa-lah… dan tak pa-lah.

Maka makan gajilah saya sampai ke tua dan gunakanlah pendapatan itu untuk menyara kehidupan dan membantu mana yang rasa patut.  Itu saja rezeki yang ada. Alhamdullillah.

…gbpencencen..teringin macam-macam.

2 Responses leave one →
  1. iryani permalink
    August 1, 2012

    la..dh hilang dan mati rupanya lembu2 tu. baru ingat nak beli lembu jg sebagai tambahan kepada lembu sedia ada.

  2. John permalink
    May 25, 2016

    lembu punyalah susu kan anak dia baru nak besaq sapi dah jual

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 12 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: