Skip to content

Bolg berpuasa

2012 August 15
by Guru Besar Pencen

                                      Premis minuman ini  tidak dikunjungi oleh anak-anak ku  di bulan Ramadhan

Kata Tuan Guru:

Patuh kepada perintah tuhan – kurangkan mengata atau mengumpat di dalam bulan puasa.  Mengumpat adalah melibatkan orang lain yang tidak dapat mempertahankan diri apabila dianya : diumpat, dikata atau dimengata. Kalau diri kita sahaja yang membuat kesalahan  atau kita membuat dosa dengan kawan kita sahaja – bolehlah kita minta maaf dengan tuhan atau dengan kawan kita..

Kalau tulis blog.. kata-kata kita akan didengar diseluruh dunia (kalau ada orang yang membacanya),  besar dosanya.  Oleh itu, blog ini terus berehat sepanjang Ramadhan.

Seperti yang saya jangkakan, selain menjadikan masjid dan surau sebagai satu tempat yang sesuai untuk beribadat dalam bulan Ramadhan tetapi ada sebahagian rakan-rakan dan sahabat handai kita yang menggunakannya untuk tujuan politik.  Berbagai bentuk hujah, ayat-ayat Quran dan hadis dilafazkan di dalam ceramah (tazkirah) yang diadakan ketika antara 8 rakaat solat tarawikh.

Dalam kecelaruan itu, saya ambil iktibar kata-kata salah seorang penceramah agama, katanya :

Dengar sajalah tazkirah ini kerana menuntut ilmu itu wajib, yang elok kita pakai, yang tidak elok kita letak sebelah.  Yang penting niat kita datang beribadat kerana Allah”

Ustaz tersebut mengakui bahawa dalam sesebuah kominiti surau atau masjid memang terdapat perbezaan fahaman politik.  Walau kumpulan manapun yang mendominasi instituisi itu, perbezaan fahaman itu tetap ada.  Yang menjadi persoalannya sejauh mana agresifnya kumpulan itu memprosmosikan fahaman masing-masing.  Kalau terlalu berlebihan, kumpulan yang satu lagi akan mengundur diri secara terhormat, beransur-ansur dengan berhemah.  Mungkin tiada perpecahan tetapi  yang terjadi ialah “senyum-senyum kambing, atau senyum-senyum paksa.”

Secara tidak langsung :

Ustaz tersebut juga mengakui, dalam ramai ustaz yang memberi tazkirah, ada antara mereka yang mempunyai fahaman politik yang menebal dan sangat memihak.  Walaupun kepada rakan seagama, tetapi kata-kata yang diucapkan, ada kalanya difikirkan sebagai melampaui batasan kewarasan pemikiran.

Walau apapun, solat tarawikh (sunat mua’akat ) tetap ditunaikan,  menuntut ilmu (wajib) ditunaikan.  Kerana kita lebih redha berdiam diri dari berbalah.  Tiada siapa yang betul melainkan yang Satu, tiada siapa yang adil melainkanNya.

Ibadat Ramadhan dilakukan keranaNya. Kelemahan, kejahilan, dosa adalah kerana diri kita sendiri.

…gbpencen…  biarkan blog turut berpuasa, semoga silaturahim (juga dituntut) terus terpelihara.. amin dimalam 7 likur.

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: