Skip to content

Guru Agama Islam disaluran tv.

2012 November 27
by Guru Besar Pencen

yang lama dikenang selalu, yang baru semakin keliru…

Ketika mula televisyen diperkenalkan di Malaysia, hanya 2 saluran sahaja yang ada; TV1 dan TV2 – hitam putih.  Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan media ini berlaku terlalu cepat.  Sepantas dengan itu juga, banyak perubahan berlaku dalam perkara menuntut ilmu agama.  Ianya berlaku semakin canggih. Terdapat rangkaiantv  khas diwujudkan demi memartabadkan agama Islam sesuai dengan zamannya – disamping ianya menjurus kepada satu industri yang menjana pendapatan. Maka semakin canggih kaedah menuntut ilmu agama Islam, maka semakin banyak perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan.

Bila ditanya ustaz : “Bagaimana kekeliruan dalam menuntut ilmu agama ini dapat ditangani?” Ustaz menjawab : “Kita hendaklah berguru dalam menuntut ilmu agama agar segala kekeliruan dapat huraian mengikut ‘dalil’ yang benar dan betul dari quran dan hadis. Tepat sekali kata-kata ustaz itu.

Bila saya hadir ke tempat pengajian,  saya bertemu dengan ramai guru agama yang berkebolehan.  Kebanyakannya lahir dari pusat pengajian agama yang berpengkalan di timur tengah .  Tinggi ilmunya dan saya akur dengan kebolehan ilmunya. Ramai jumlah penceramah atau guru agama yang dilahirkan dalam era Malaysia moden. Serentak dengan itu telah wujud banyak pusat pengajian agama.  Dengan yang demikian terdapat kepelbagaian kaedah, pendekatan untuk menyampaikan ilmu agama. Begitu selesa dan bersemangat sekali mengajar ilmu agama di Malaysia yang makmur ini.

Sehinggakan….

Terdapat sebilangan besar guru agama hanya berminat menyampaikan huraiannya secara bersungguh-sungguh bahawa negara kita kini sedang disalah tandbir oleh pemerintah sedia ada dan telah  berlaku  zalim.  Dengan kata lain – negara yang telah diwujudkan hampir 60 tahun yang lalu, sehingga berada di tahap ini sudah tidak islamik lagi. Dan beliau menyarankan  ini perlu digulingkan dan diganti dengan pemimpin yang benar-benar mengamalkan konsep negara Islam yang sebenar.

Dengan yang demikian saya mula menjadi keliru.  Guru agama itu berulangkali menyatakan secara yang meyakinkan menghuraikan satu persatu kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah sekarang ini.  Beliau turut memberi keyakinan bahawa sesiapa sahaja yang menolak hujah yang disampaikan dalam ceramahnya adalah ‘salah’ dan samasekali menolak Islam.

Tolonglah wahai imam-imam yang saya muliakan, bacalah surah dengan tajwidnya sekali agar……”      Begitulah bunyinya ungkapan dari mulut Ustaz Don yang disampaikan melalui rancangan pengajian agama di saluran 114.

Dalam ceramah yang disiarkan oleh saluran-saluran tv ini, saya begitu selesa mendengarnya.  Ianya padat dengan ilmu yang dituntut tanpa ada unsur-unsur fitnah, tuduhan, dakwaan-dakwaan, hujah-hujah yang keterlaluan.  Ceramah ini juga diikuti oleh suara lembut berunsur nasihat dan teguran yang cukup untuk membantu kita menjadi seorang penganut Islam.  Padat dan amat bermakna kepada orang yang cetek agamanya seperti saya.

Oleh yang demikian, eloklah rasanya jangan disempitkan fikiran saya dengan berbagai hujah yang boleh mengegarkan apa yang telah saya pelajari terdahulu.  Penambahbaikan ilmu agama dilakukan kepada perkara-perkara yang lebih kepada menginsafi kekuasaanNya bukan kekuasaan, keangkuhan, kebolehan, kepandaian, kekayaan, selainnya.  Bimbinglah saya ke jalan yang baik-baik – tidak sombong, iri hati, dengki, tidak meterialistik, tamak.  Elakkan permusuhan seagama, sebangsa, kerana permusuhan akan menjadikan kita bangsa minoriti di negara ini – yang akhirnya akan meminta-minta. Cukup sampai di sini, semoga doa orang-orang jahil (seperti saya) dimakbulkan. Amin.

…gbpencen…dengar dari tv – berilmu dan beramal – motto sekolah lama saya.

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: