Skip to content

Blog yang menyindir

2012 December 7
by Guru Besar Pencen

Saya sedia disindir atau berhadapan

Dalam era baru – penulisan maya kita dapat membaca tulisan orang ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing.  Berbagai pendapat dapat diketengahkan mengikut rasa hati dan pendapat peribadi penulis.  Selagi ianya masih satu pendapat, ianya tetap sesuai untuk ditulis atau dibaca (kalau mahu).  Ini merupakan satu kebebasan. Kebebasan yang dihadkan oleh batasan undang-undang yang tertulis atau etika kemanusiaan yang tidak ditulis.  Maka tiada siapa yang boleh menghalang jika sekiranya penghasilan tulisan itu berada dalam ruang litup batasan itu.

Sebagai seorang manusia yang diberi fitrah tertentu olehNya, setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan.  Dari sudut mana pandangan sesorang kepada kita, ianya sangat bergantung kepada kepentingan sesorang itu kepada kita. “ada orang melihat saya sangat lemah, dan ada orang yang melihat saya sangat ‘hebat’.  Sepatutnya kta melihat sesorang itu dari sudut kelemahan dan kekuatannya.  Sudah tentu sesorang itu ada kelemahan dan kekuatan.

Baru-baru ini seorang kawan menyatakan kekurangan yang terdapat pada diri saya.  Kekurangan itu dikaitkan dengan tulisan dalam blog yang saya dikatakan suka menyindir.  Mungkin dia yang tersindir atau orang atau kumpulan yang dia suka itu tersindir, saya tidak pasti.  Tetapi yang saya pasti bahawa tulisan saya memang banyak yang menyindir.

“Pada pendapat saya”, menyindir itu lebih halus perlakuannya daripada berterus terang menyatakannya sesuatu kepada seseorang. Dengan lembut lidah kata sindirin diucapkan,  sesorang itu akan terasa ‘sakitnya’ yang teramat sangat.   Kelemahan bila kita menyindir ialah : terlalu tajam sentuhannya yang boleh mengakibatkan sesorang itu terluka – luka yang dalam.  Walaupun begitu ianya merupakan satu kaedah untuk menyatakan kekesalan atau kemarahan yang memuncak.  Memang saya akui itu satu kelemahan saya disamping ianya satu kebolehan ‘buruk’ yang saya miliki.  Maafkan saya.

Kebanyakan blog politik bukan saja mengandungi sindiran yang sinis malah mampu membuat tuduhan, fitnah, sumpah seranah, kutukan dan penghinaan tanpa batasan.  Walaupun begitu blog seperti itu cukup banyak pengikut dan peminat.  Ianya ditulis dengan berbagai pendekatan yang canggih untuk mempengaruhi pembaca dengan tujuan-tujuan yang tertentu.  Tanpa apa-apa prasangka,  blog ini diterima sebagai satu wadah ilmiah untuk mencapai sesuatu tujuan – tidak kira idealisma mana yang dianuti. Dengan yang demikian, saya menhuraikan bahawa, dimana kita berpijak, maka di situlah kita menjunjung.  Tiada bezanya dengan sindirian saya.

Apakah tujuan saya menulis sambil menyindir ?

Semata-mata untuk menyampaikan pendapat tanpa batas, dengan cara yang berhemah, melainkan menyindir kalau sekiranya terasa berat untuk menyumpah seranah atau mengelak dari memaki hamun.

…gbpencen…saya akan cuba berubah.  Terima kasih sayang.

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: