Skip to content

AFF – Sekadar menemui Penanda Aras.

2012 December 17
by Guru Besar Pencen

                                                      Pembangunan Bolasepak Akar Umbi ? – Tanggungjawab siapa ?

Kata Presiden FAM : Bermainlah bermati-matian;  Hakikatnya belum cukup sekadar bermati-matian untuk mencapai kemenangan.  Banyaklah lagi kata-kata hikmat buat bekalan Pasukan Harimau Malaya sebelum tewas di tangan Thailand malam semalam.  Tetapi semuanya belum mencukupi untuk mengatasi Thailand.  Pasukan kita hanya telah ditemukan satu penanda aras sebagai asas untuk terus mendapat sokongan padu penyokong bolasepak Malaysia.

Persoalannya (Renungkanlah) ; Strategi berkesan oleh jurulatih Thailand telah memberi tekanan yang kuat kepada pasukan Harimau Malaya (HM). Perang psikologi bermula dengan menempatkan pasukan HM di sebuah padang latihan yang ‘daif’.  Pasukan NTFA juga sebelum ini pernah diberikan padang sekolah rendah di Kuala Lumpur oleh pasukan lawan untuk latihan pra perlawanan.  NTFA juga pernah  menawarkan padang Cerok Tok Kun untuk pasukan yang akan berentap di Stadium Batu Kawan melawan NTFA – (merujuk:  Liga Perdana 2005) Biasalah tu….

Provokasi terhadap pemain HM yang berbekal 1 kad kuning telah menjadi sehinggakan pemain tersebut terkeluar dari gelanggang  (kad merah) – oleh seorang pemain Siam yang belum menerima amaran bertulis. Hakikatnya pula bahawa HM tidak bersedia untuk bermain dengan 10 orang untuk melawan 11 pemain + 1 di awal permainan.

(Kata jurulatih Thailand) : Kuasai bola selama mungkin  sehingga ada peluang terhidang untuk mengasak – sehinggakan peratus penguasaan bola sehingga mencecah 75 untuk Thailand dan  25  untuk HM – juga ternyata menjadi. Kelihatan HM berlari ke sana-sini untuk mendapatkan bola dan ‘mengepam’ ke hadapan dimana ‘solo striker’ Malaysia tercari-cari ruang untuk mencelah.

Provokasi pemain Thailand juga menjadi kerana asakan mereka akan kelihatan pemain HM seperti bertindak balas. Akhirnya pengadil telah berjaya dipengaruhi untuk menjadikan pemain HM sebagai kambing hitam.  Berbelas-belas kesalahan memihak kepada HM berbanding hanya separuh darinya dipunyai oleh Thailand.

Akhirnya HM berjaya dijinakkan dengan tidak dapat bermain seperti sebaik sebelumnya.  Mereka hanya mahukan sentuhan dan kawalan bola untuk mendapatkan gol – walaupun setiap kali mengasak, dengan mudah dipatahkan.  Kelihatan tiada lagi kawalan dan hantaran pendek untuk menyusun langkah menyerang – sehingga ke akhir babak.

Sehingga ke akhir babak Pasukan Siam bermain secara konsisten dengan apa arahan yang di terima dari jurulatih mereka.  Jurulatih telah membuat ‘kerja rumah’ yang baik.  Sedangkan Harimau Muda diberi arahan supaya berhempas-pulas.  “Dengan maaf’ – akhirnya terhempas dan dipulas.

Jurulatih maupun pamain HM sudah menemui penanda aras – bahawa kita hanya akan dapat mengatasi mereka setelah kita berjaya  melepasi kaedah, strategi  dan ‘home work’ yang dilakukan  oleh pemain dan jurulatih mereka.  Maka barulah  kita boleh menjadi Harimau yang cukup bersedia di Asia Tenggara.  Kalau tidak kita hanya akan ber-matian dan berhempas pulas sahaja.

Suara seperti : memberi peluang untuk memperbaiki : Kita akan melihat kaedah pembangunan kita : kita akan berusaha memberi bantuan : jangan putus asa : sasaran kita adalah Piala Asia ; sudah lama kedengaran malah pada setiap kali ‘gagal’ itulah ungkapan yang selalu didengari.

Akhirnya “kecundang lagi”

…gbpencen…tak pandai tetapi sudah biasa.

 

K

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 6 ?
Please leave these two fields as-is: