Skip to content

Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 September 28
by Guru Besar Pencen

Fesyen pakaian guru tahun 1977 – Era Pelancaran KBSR

Satu lagi plan pendidikan terbaru  telah dilancarkan – PPPM.  Seperti juga plan-plan yang terdahulu ianya bagi melengkapkan tenaga kerja mahir mengisi slot negara maju yang akan ditempuhi tidak lama lagi. Tempoh plan ialah mulai  2013 hingga 2025. Pengisian ini amat lengkap, padat dan inovatif.

Tidak dinafikan plan ini dirancang dan dicanang dengan begitu teliti. Walaupun begitu saya amat optimis bahawa penglibatan guru di bilik darjah adalah memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaannya.

Juru rancangnya adalah terdiri dari teknokrat-teknokrat pendidikan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. Walaupun demikian tidak 100 peratus jururancang ini terlibat dalam pelaksanaannya di peringkat bawahan. Dengan yang demikian dapatan dari peringkat bawahan juga diperlukan bagi menentukan kejayaan plan ini tidak tersangkut-sangkut di merata tempat.

Seperti lazimnya bagi setiap perancangan, karenah birokrasi berperanan penting kerana ianyaboleh membantutkan kejituan kejayaan sesuatu plan.

Antaranya keberkesanan penyampaian maklumat dari peringkat atas kepada golongan pelaksana akan tidak lancar kerana terkongkong oleh birokrasi pegawai-pegawai di setiap peringkat kementerian.  Pecambahan maklumat di peringkat PPD ke sekolah selalunya menjadi ‘pelbagai’ kerana terdapat berbagai kekangan di peringkat sekolah yang perlu di atasi terlebih dahulu.

Dengan yang demikian di peringkat sekolah rendah, seperti kebiasaan ; rungutan dan keluhan biasa akan boleh didengar di bilik darjah antaranya :

  • Guru semakin kurang masa untuk mendampingi murid kerana dikekang oleh kerja-kerja “online”.
  • Semua yang berlaku di bilik darjah perlu dilapor hingga ke peringkat tertinggi di kementerian – Adakah mereka meneliti laporan itu ?.  Kalaupun ya, pegawai atasan ini memang mempunyai masa kerana mereka tidak mengajar.
  • Banyak sangat arahan perubahan yang berlaku di bilik darjah sehinggakan ada murid yang tidak langsung boleh berubah.

Keterlibatan saya sebelum bersara (2007) ialah pelancaran PIPP – Pelan Induk Pembanganan Pendidikan (2006-2010). Intipati di dalamnya  dirangkumi didalam 6 terasnya.

Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan modal insan
Teras 3 : Memeprkasakan Sekoalh Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Kegurusan
Teras 5 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Saya sedia maklum bagaimana PIPP dipromosi, dihebah dan dihebohkan. Seterusnya diberi penekanan agar ianya akan tampak amat diperlukan. Diwar-warkan akan memberikan kesan yang mendalam ke atas kemajuan pendidikan di masa itu dan di masa-masa yang akan datang.

Ianya berjalan seadanya.

Bila dibaca intisari PPPM ia juga dirangka dengan rangkuman 6 teras PIPP.  Ianya diperincikan dengan segala kecanggihan yang sedia ada di era ini. Yang penting plan ini digubal ketikamana negara menekankan aspek transformasi kerajaan.  Selain dari itu yang penting ialah dikendalikan oleh seorang Menteri Pelajaran yang baru;  yang juga Timbalan Perdana Menteri yang bakal menjadi Perdana Menteri satu masa nanti, Insyaalah.

Harapan PPPM adalah sama dengan PIPP.

Apa yang penting ialah :

  • Keberkesanan yang akan diperolehi akan bergantung kepada apa yang berlaku antara guru dan muridnya.
  • Sekiranya guru yang telah diasak dan disi dengan berbagai pembaharuan demi pembaharuan dapat terus berinteraksi secara berkesan dengan muridnya  di bilik darjah maka muridnya akan berjaya.
  • Sama ada  melalui PPPM, PIPP atau pun tanpa apa-apa plan pendidikan yang diperbahrui.

…gbpencen…memberi banyak ruang untuk guru mengajar dan murid belajar.

 

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 6 ?
Please leave these two fields as-is: