Skip to content

Ikut Jalan Lurus

2013 July 20
by Guru Besar Pencen

Saya belajar menguasai agama secara basic dan mengajar mengajar menguasainya secara basic… terlebih dahulu.

 

Saya suka berbual dengan rakan-rakan semasa  sembang-sembang petang hari itu.  Dengan selamba Pak Ya  mengakui bahawa  dia dipersimpangan dalam menuntut ilmu agama.  Saya menasihatinya agar tidak berfikiran demikian kerana persimpangan agama  Islam  ialah ketikamana nabi Isa disalib lagi, mengikut kepercayaan Kristian.

Betapa cepat, banyak dan  luasnya penguasaan  maklumat menyebabkan semua orang boleh mempengaruhi antara satu sama lain. Saling pengaruh mempengaruhi demi menunjukan kepandaian dan kebolehan.  Termasuklah dalam ilmu Agama Islam.

Agama Islam begitu mudah untuk difahami dan dianuti. Dimulakan dengan perkara yang wajib dan diikuti dengan perkara sunat. Diawalkan dengan sifat merendah diri, diakhiri sifat yang tidak terpuji. Disahkan ilmu dengan mengaji dan dikhatamkan dengan menolak amalan yang bukan-bukan.

Apabila terlalu banyak orang yang mengakui tinggi pelajaran agamanya, semakin banyak kecelaruan yang disajikan melalui kemudahan media terkini.  Yang kurang arif juga memberi tafsiran-tafsiran dari berbagai sudut. Sehinggakan ramai yang baru berjinak-jinak dengan anutan agama yang mulia ini menjadi semakin keliru.

Yang dibimbangkan sudahpun berlaku.  Agama yang mengajurkan silaturrahim telah menjadikan umat Nabi Muhammad saw berpecah belah mengikut fahman yang dibawa oleh ramai cerdik pandai agama.  Isu ketuhanan yang satu (esa) , kiblat yang satu telah telah ditafsirkan begitu banyak sekali mengikut kefahaman masing-masing.  Semua tidak mahu beralah.  Yang kalah ialah orang seperti Pak Ya.

Walaupun sudah lama berlaku, ianya akan terus berlaku.  Dan yang sedang berlaku ditempat-tempat lain di dunia (bukan di negara saya)  sehingga menghancurkan kehidupan umat Islam bahkan umat yang bukan Islam sekali pun.  Tidak dapat dinafikan ianya disebabkan tafsiran yang berbagai-bagai.  Didalangi oleh kengkuhan dan ketamakan sesorang.  Seseorang yang dengan mudah  boleh membuat tafsiran dan keputusan atas isu Agama Islam.

Semuanya berlaku kerana kecenderungan mempunyai ‘authority’ sebagai orang yang berkuasa dalam hal agama. Walaupun saya tidak pandai dalam hal agama tetapi saya tetap yakin dan percaya :

  1. Bahawa tiada tuhan yang disembah  melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
  2.  Manusia adalah maksum dan sering terpengaruh dengan kehendak nafsu kecuali orang yang benar-benar menghambakan diri kepada Nya.
  3. Perjuangan yang sebenarnya ialah melawan keangkuhan diri dan tuntutan keduniaan.
  4. Jalan Agama Islam adalah lurus. Yang bengkok adalah penganutnya sahaja.
  5. Dan meyakini bahawa dunia ini hanya pinjaman..
…gbpencen… tiada apa-apa kuasa.
No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: