Skip to content

Salah Asuhan

2013 July 28
by Guru Besar Pencen

“Salah Asuhan” antara hanya beberapa buah novel yang pernah saya baca ketika zaman remaja saya. Saya sedar ketika itu tidak banyak pun novel yang ada dan tidak banyak peluang untuk memiliki atau memperolehi novel atau buku untuk di baca.

Melihat sahaja judul novel “Salah Asuhan” tentu kita gambarkan bagaimana akhirnya akan berlaku apabila kita gagal mendidik anak-anak dengan tata adab yang sempurna sejak dari kecil lagi.  Apa yang hendak digambarkan di sini ialah  “didikan” adalah memainkan peranan amat besar untuk mencorak  kehidupan, pegangan dan prinsipnya.

Ramai yang berasa hampa apabila diwartakan bahawa, boleh dikatakan keseluruhan pengundi Cina tidak menyokong kerajaanyang memerintah (Barisan Nasional).  Pula diberitahu bahawa semua pengundi remaja dari kaum ini menentang kepimpinan BN dan sebaliknya menyokong parti pembangkang selain dari DAP, parti Cina yang dianggap “ultra” dalam mempromosi pembelaan terhadap keturunannya. Walaupun saya juga tidak menyangka tetapi ia tidak menghairankan saya.

(Gambar hiasan)

Bukan saja kuat…. tapi bersemangan Malaysia

Semenjak wujudnya Malaya merdeka, maka wujudlah tiga bangsa terasnya yang bersekolah di tiga jenis sekolah yang berasingan. Walaupun arus pendidikannya digalurkan dalam satu alur yang digariskan dengan begitu teliti melalui akta-akta pelajaran yang digubal namun perjalanan pendidikannya tetap direncanakan oleh pemandu-pemandu dari 3 suku bangsa teras ini.

Dapatkah kita menjamin, garis panduan pendidikan yang telah diaktakan itu dipatuhi ?

….. diajar (oleh guru) dan dipelajari (oleh murid) demi menjamin pembentukan bangsa Malaysia yang mempunya jatidiri dan menghormati antara satu sama lain.

Nilai murni, hormat antara kaum, kaitan sejarah dan asal usul Malaya / Malaysia diajar tetapi bukan sehingga ke tahap boleh melahirkan anak-anak Malaysia untuk  bersatu hati dan hormat menghormati bahkan hanya melahirkan anak-anak yang apabila dewasanya lebih banyak mementingkan diri.

Kita tidak dapat nafikan bahawa apa yang sedang lihat disekeliling kita pada hari ini adalah rakyat Malaysia yang mementingkan diri –  nilai-nilai murni yang lain juga semakin terhakis. Rakyat Malaysia yang tamak dan rakus.  Mereka yang hilang rasa rendah diri.  Juga yang pentingkan keluarga dan peribadi.

Generasi yang dilahirkan dari sekolah yang salah mengasuh inilah :

  • yang gigih merebut kekayaan negara tanpa mempedulikan halal atau haram, betul atau salah  caranya.
  • yang mempakirkan kereta di tengah jalan untuk membuat urusan bank kerana takut duit lari.
  • yang menaikkan harga barang sesuka hati seperti menahan lukah di pergentingan.
  • yang ingin menukar kerajaan agar orang lain tersungkur kerana tidak terus menerus diberi tongkat untuk berjalan.
  • yang selalu mempersoalkan kekayaan orang lain hanya orang-orang tertentu sahaja yang sepatutnya kaya.
  • yang selalu memberi rasuah,  walaupun dalam versi berasingan menyatakan ingin memerangi rasuah.
  • yang memagari rumah dengan dawai letrik berduri kerana bimbang keluarga dicerobohi  seperti hasratnya untuk mencerobohi orang lain.

Bahagianya kita berada dalam sebuah negara yang ditadbirkan dengan lemah lembut :  

Walaupun ramai cerdik pandai yang berada di peringkat pengurusan tertinggi sekolah sedar perkara ini berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia tetapi mereka ini masih – dengan angkuhnya menyatakan kejayaan demi kejayaan arus pendidikan negara walhal penghakisan jatidiri insan-insan yang dilahirkan dari sekolah makin lama makin terhakis makin menyerlah keangkuhyan dan ketamakkanya.

Sebenarnya dari segi membentuk generasi Malaysia yang diinginkan.. sistem kita telah gagal.

...gbpencen…mengajar untuk agama, bangsa dan negara.

 

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: