Skip to content

Murid sekarang

2014 February 10
by Guru Besar Pencen

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Begitu popular lagu yang dinyanyikan  kanak-kanak ini.  Saya meminati keseluruhan lagu tersebut.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Seketika dalam sembang santai di rumah kenduri anak saudara saya, 3 orang anak saudara saya, perempuan semuanya, semuanya guru sekolah rendah,  bercerita mengenai P&P yang sedang mereka lalui di sekolah masakini.  Kononnya anak-anak murid  masa kini  adalah berbeza dengan murid-murid dulu.

Ia ditujukan kepada saya yang sudah agak lama (7 tahun) meninggalkan P&P di sekolah. Saya faham tujuan mereka ialah ingin menyatakan bahawa di era saya mengajar  kawalan murid  agak mudah sedangkan  masakini kawalan murid begitu mencabar.

Walaupun saya kurang bersetuju dengan kata-kata mereka tapi saya mengiyakannya sebagai tanda menghormati rintihan mereka. Masih segar di ingatan saya bagaimana kawalan murid ketika saya mengajar amat berkesan sekali. Saya juga yakin bahawa kawalan murid dahulu dan sekarang tiada bezanya.

Saya berseloroh bahawa saya menyatakan bahawa saya sentiasa memegang kunci bila mengajar.. bila saya buka,  murid semua bebas bercakap dan bila kunci saya tutup.. semua murid akan diam mengikuti pengajaran saya.

hangpa semua tak dak kunci

Keberkesanan kawalan kelas bergantung kepada bagaimana guru berinteraksi dengan murid . Jika guru terlalu banyak bercakap dan mengeluarkan arahan tidak berhenti-henti, murid akan merasakan ianya hanya satu kebiasaan saja dan sering tidak mematuhinya.

Jika guru sentiasa tegas dengan arahannya, dan arahan tersebut dikeluarkan sekali-sekala diikuti dengan tindak tanduk dan tindakan yang positif dari guru berkenaan, murid akan merasa itu sebenar kemahuan sebenar guru berkenaan.

Yang membezakan murid dahulu dan sekarang ialah murid sekarang diberi banyak  pendedahan kepada P&P dan begitu meluas sekali, sedangkan murid dahulu tidak. Ianya bertujuan untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Maka dengan itu murid dan guru telah dihimpit dengan berbagai kaedah, isi kandungan dan pendekatan yang canggih.

Kalau dulu murid hanya belajar dari guru melalui buku teks, kemudiannya diikuti oleh gerakerja bertulis dalam buku latihan tetapi murid sekarang telah didedahkan dalam pelbagai medium.  Dengan yang demikian murid dan guru dihimpit dengan kekangan masa untuk mengelak dari keciciran demi melengkapkan isi kandungan kurikulum.

Kalau dahulu, satu pelajaran, satu buku teks diikuti dengan dua buku latihan sudah memadai tetapi jelas dapat dilihat kini ada banyak buku selain dari buku teks yang dijadikan pemangkin kepada pembelajaran sesuatu matapelajaran. Ini tidak termasuk pembelajaran melalui ABM yang lain seperti multimedia dan sebagainya.

Saya difahamkan matapelajaran juga telah bertambah.  Ianya digabung jalin pengisiannya dan jadual masa seperti dulu juga.  Walaupun saya tidak mengikuti perkembangan gabungjalin matapelajaran tetapi ianya sudah tentu  banyak pengisian dalam sesuatu subjek. Masa yang terhad dalam jadual waktu sediaada menyebabkan pengisiannya menjadi padat,

Konsep 3M – membaca, menulis dan mengira yang amat ditekankan sebelum ini  terus dikembangkan (upgrade).  Ianya menjadi semakin meluas.  Asasnya ingin menjadikan pelajaran yang akan diterima oleh murid juga meluas seiring dengan perkembangan dan kemajuan semasa.

Dengan yang demikian :

Anak saudara saya terpaksa terkinja-kinja untuk mencakupi keseluruhan isi kandungan pengajaran yang akan disampaikan oleh mereka.  Juga terjerit-jerit untuk mententeramkan muridnya agar mendengar arahan darinya supaya mereka dapat menerima pengajaran dan arahan yang disampaikan.

OLEH YANG DEMIKIAN, benarlah rungutan mereka bahawa murid dahulu tidak sama dengan murid sekarang;  …… guru dahulu juga tidak sama dengan guru sekarang.

gbpencen – guru dulu gaji kurang. 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: