Skip to content

Ramadhan kembali lagi…

2014 July 14
by Guru Besar Pencen

 

Mohon KeampunanNya

Malas sungguh untuk membuat coretan di screen komputer ini.

Itu bahasa bulan puasa.

Amat terasa perbezaan berpuasa di usia ini. Dulu dan kini. Setiap kali merasa perbezaannya, masih sedia untuk berterima kasih (bersyukur) kerana masih di kekalkan nikmat-nikmat yang terdahulu. Itulah Ramadhan.

Saranan demi saranan dari Tuan-Tuan Guru, bertubi-tubi peringatan diberi agar merebut peluang pahala yang akan dikurniakan oleh Yang Maha Esa sepanjang bulan Ramadhan. Saya amat mengerti dan faham semua saranan-saranan itu, namun saya tidak dapat melakukannya semua.  Saya memilih yang mana mampu dan sempat sahaja.

Ramadhan saya kali ini amat berbeza dari tahun-tahun yang lalu. Tahun ini saya menghadapinya sebagai seorang yang tidak berpekerjaan – pesara sepenuh masa.  Tentunya pendapatan juga berkurangan. Saya mengambil tugas sebagai penjaga cucu sepenuh masa bagi meringankan beban neneknya juga tidak sihat sepenuh masa. Ianya lebih santai.

Kesungguhan orang ramai berpuasa dan melipat gandakan ibadat sungguh mengkagumkan. Ia berlaku sebagaimana dituntut dalam bulan ibadat ini.  Terbayang kepuasan di wajah masing-masing.

Seperti lazimnya saya mengungkap kembali kata-kata hikmat rakan lama saya : Orang Melayu rajin berpuasa, tidak rajin sembahyang.  Orang India (muslim)  rajin sembahyang tapi tidak rajin berpuasa.

Saya mengiyakannya kerana itulah hakikat saban tahun diperhatikan.

Hati kecil saya berkata (mungkin satu fitnah) : Ada antaranya, orang yang melakukan ibadat yang berganda dalam bulan Ramadhan tetapi mereka yang sombong dengan manusia. Sepatutnya ia tidak berlaku

Barang dijauhkan,  bermegah melakukan segala macam ibadat dan berkelakuan menunjuk-nunjuk. Tidak menunjukkan reaksi merendah sebaliknya memandang orang lain sebagai seorang yang jahil dalam amalan Ramadhan.

Saya berharap pernyataan saya ini salah, tetapi sebagai manusia biasa, saya dapat merasai perkara yang sedemikian. Antara kita ada yang sebegini.  Tidak menunjukan kemampuan untuk menghulurkan bersillaturrahim antara satu dengan lain.  Ada pula yang hebat menampilkan aksi ibadat dikhalayak ramai saban hari.

Secara sembunyi ibadat Ramadhan dilakukan dengan tabah.  Sedekahnya, solatnya, bacaan Al Qurannya tidak dilakukan di khalayak – kerana “riak” akan memakan diri.

Dari dalam hati, setulus ikhlas, memohon keberkatanNya tanpa mempamer ibadat untuk diwar-warkan.  Sentiasa bertegur sapa dan saling membantu kepada yang memerlukan dengan rasa rendah hati dan “senyum” – juga satu sedekah.

Beberapa ungkapan yang saya “pegang” adalah perkara asas dalam ibadah. Silaturahim, merendah diri, sembunyikan sedekah, senyum, bantu membantu.  Juga diulang oleh Tuan Guru dalam tazkirah Ramadhan adalah sama seperti yang dinyatakan kecuali dalam versi dan penekanan yang berbeza-beza.  Disokong oleh ayat-ayat Allah (Quran) dan Hadith SAW. Namun ianya tetap sama apa yang Allah kehendaki.

Jadi, sesama manusia ini – maksum – dan Allah tahu apa yang kita buat.  Kita juga tahu apa yang kita buat untuk amalan Ramadhan ini.

…gbpencen..semoga amalan yang sedikit ini diterima, insyaalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 2 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: