Skip to content

Aduhai pekerja !

2014 September 1
by Guru Besar Pencen

                                                                                        Terus menjunam

(Pekerja 1)

Dengan sendirinya Muslim berhenti kerja.  Gajinya sekitar RM70 sehari sememangnya cukup untuk dia membiayai kehidupannya. Hadir bekerja, ada gaji-  kalau tidak;  maka tidak bergajilah dia. MCnya tidak dibayar. Lain-lain kemudahan – tiada. Tiada caruma KWSP atau Perkeso.

Taukehnya membuat bermacam-macam helah agar dia dengan sendiri merasakan dia tidak lagi dapat meneruskan pekerjaannya. Apa yang dibuatnya serba tidak kena.  Taukeh membuat berbagai-bagai tekanan terhadap dirinya.  Tiada bonus. Kemudahan menggunakan kereta syarikat ditarik balik. Memotong gaji dengan kadar yang tidak sepatutnya. Persekitaran kerja yang terbiar.

Maka berhentilah En Muslim.

Begitulah nasib pekerja (seperti Muslim)  apabila majikan sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi.  Begitulah kesudahannya jika bekerja di syarikat persendirian milik seorang yang berketurunan Cina, Malaysia.  Menjadi perkara biasa mengorbankan kepentingan pekerja untuk kepentingan sendiri – ditambah dengan unsur-unsur rasis.

(Rumusan 1)

Namun, pekerja yang seperti Muslim (Melayu – Muslim) tiada pembelaan (tiada kesatuan).  Elaun, cuti sakit, gaji minima dan lain-lain kemudahan tiada siapa yang membela. Golongan ini terus tercari-cari pembelaan di atas tindak-tanduk golongan taukeh-taukeh syarikat kecil (Cina) yang berselerak di seluruh tanah air.

Taukeh syarikat sebegini langsung tidak serius untuk menepati garis panduan kebajikan pekerja yang ditetapkan..  Yang penting mereka hanya berusaha menjadi kaya raya dengan memperalatkan pekerja.

Mereka sentiasa terlepas dari tindakan yanng pihak berkuasa atau pihak berkuasa tiada berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

(Pekerja 2)

Alangkah bahagianya kakitangan awam.  Kebajikan mereka sentiasa diambil berat oleh kesatuan mereka.  Walaupun bertukar pucuk pimpinan namun kebajikan pekerjanya sentiasa dituntut.

Tidak lama dulu ketua kesatuan kakitangan awam mendakwa bahawa apabila seorang kakitangan awam membeli sebuah kereta, mereka terus akan jatuh miskin (kerana membayar ansuran kereta). Ia ingin menggambarkan bahawa gaji kakitangan awam masih rendah. Dengan yang demikian ujarnya gaji ahlinya mesti disemak untuk ditambah.

Secara tidak langsung kesatuan akan terus memperjuangkan agar semua kakitangan awam tidak akan miskin dibumi yang kaya ini.

Yang terbaru ketua itu mendakwa elaun perumahan sebanyak RM180 juga mesti dikaji agar bersesuaian dengan harga sewa rumah masakini.

Secara tidak langsung, pihak kesatuan ingin mempastikan agar semua ahli mempunyai tempat berteduh yang selesa.

Begitulah nasib kakitangan awam, rata-rata kebanyakan dari keturunan Melayu, mereka sentiasa terbela.

(Rumusan 2)

Sungguhpun kakitangan awam mendapat pembelaan dan seringkali pembelaan dari kesatuan mereka mendapat tempat di hati kerajaan…..

… namun masih terdapat rungutan mengenai keberkesanaan pekerja dari sektor ini. Ianya tidak menggambarkan ketelusan dan konsep balas budi dari pekerja kepada majikan (kerajaan dan orang ramai) mereka.

(Pekerja 3)

Lain halnya pula dengan Syarikat Penerbagan negara (MAS) yang hampir bankrap angkara pekerjanya sendiri.  Sedari dulu lagi saya ada juga mengikuti perkembangan Kesatuan Sekerja Kakitangan MAS.  Mereka begitu kuat menuntut pembelaan dari majikannya.

Sepadan dengan status penerbangan berkelas dunia, gaji pekerjanya juga tidak kurang hebatnya.  Majikan juga akur kerana sebagai sebuah syarikat gergasi, mereka mampu untuk melayan apa sahaja kehendak pekerja dengan harapan syarikat akan terus berkembang dan maju.

Akhirnya, strategi “makan tuan”.  Walaupun alasan tersebut bukanlah mutlak tetapi ianya menyumbang 30% daripada penyebab keseluruhan kegagalan MAS..  Dengan yang demikian penyususnan semula MAS melibatkan pemberhentian 30% pekerjanya.

(Rumusan 3)

Kesatuan yang terlalu kuat dan berkuasa juga tidak akan memberi menafaat kepada syarikatnya (MAS)/  Akhirnya ianya berkubur tanpa memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

…gbpencen… masih bersimpati dan menanti pembelaan untuk pekerja seperti Muslim.

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: