Skip to content

Hanya cerdik di media terbuka.

2014 December 28
by Guru Besar Pencen

 Ahli Politik Tradisional

Ada anak-anak yang masih muda   juga tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan keterbukaan media baru . Namun ramai antara mereka   menggunakan media baru tanpa had hingga menggambarkan peribadi dan perilaku masing-masing sebagai generasi yang tidak matang. Komen-komen dan kenyataan yang dikeluarkan (contoh : facebook dll) dikeluarkan tanpa asas yang kukuh,  hanya sekadar memuaskan nafsu cemburu, dengki, sombong dan iri hati sahaja.

   Keterbukaan bermula apabila beberapa istilah bertemakan kebebasan bersuara telah ditafsirkan secara meluas ketikamana negara telah mula melahirkan graduan dari universiti awam.  Peluang melanjutkan pelajaran ke universiti yang semakin meluas di era ’80an telah berjaya melahirkan masyarakat muda yang berpelajaran lagi terbuka fikirannya.  Kemudian  generasi ini telah disusuli dengan peluang pekerjaan yang banyak.  Serentak dengan itu telah mengwujudkan masyarakat pertengahan yang selesa. Ramai antara mereka berjaya dipelbagai bidang. Mereka ini menjadi lebih terbuka.

Saya menganggur selama 2 tahun selepas SPM. Saya memasuki maktab perguruan selama 2 tahun dan mula mengajar pada tahun 1973. Ketika itu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sudah mula terbuka. Ada diantara rakan guru yang pandai (saya yang bodoh) dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya terus berada dalam masyarakat yang arus politiknya secara tradisonal.

Ketika itu penggiat politik adalah lulusan rendah.  Pembangunan merupakan agenda politik perdana; bekalan air, letrik, pekerjaan dan kebajikan.  Tidak ramai cerdik pandai lulusan universiti. Politiknya agak mudah.  Tiada pembangkang yang kuat kerana kemampuan untuk mengeksploit isu hampir tidak ada. Kebanyakan yang berkelulusan tinggi  akan menjawat jawatan eksekutif yang lebih tinggi.Kebanyakan rakyat selesa dengan apa yang ada. Dipendekkan cerita suasana politik ketika itu dan beberapa tahun selepas itu tidak sekelamkabut seperti masa ini.

Suhu politiknya TENANG da DAMAI.

Pesatnya pembangunan pendidikan telah melahirkan banyak graduan yang berpelajaran tinggi.  Serentak dengan itu juga kepesatan ekonomi negara telah dipacu oleh pengamal politik semasa.  Juga semua kepesatan itu telah mendorong bersama kepesatan dan keterbukaan ahli-ahli politik, cerdik pandai yang berkelulusan.  Maka lahirlah cerdik pandai yang merasakan mereka sudah cukup pandai untuk menentukan arus perjalanan kenegaraan.

Kebanyakan mereka adalah terdiri dari anak-anak hasil dari perencanaan terdahulu oleh pemimpin politik tradisional. Kepimpinan terdahulu telah merencanakan agar anak-anak yang dihasilkan dari rencana pendidikan mereka menjadi pemangkin kepada kesinambungan tamadun bangsa.  Malangnya yang terhasil adalah generasi yang :

  1. Kurang menghargai jasa pemimpin sebelumnya dan tidak ada rasa hormat atau berterimakasih.
  2. Menggunakan kebebasan bersuara secara lantang dan mengikut hawa nafsu.
  3. Sentiasa terpengaruh dan mempengaruhi tanpa ada asas dan alasan yang kukuh.
  4. Mencari pengaruh dan populariti diri untuk kepentingan peribadi.
  5. Hilang segala nilai-nilai yang dimiliki oleh generasi lama (dahulu).
  6. Takut untuk masuk gelanggang.

Kadang-kadang penyataan yang dikeluarkan hanya satu sepukulasi, fitnah dan merendah-rendahkan kebolehan dan usaha orang lain.

….gbpencen…. ingin terus berhijrah dalam ketenangan.

2 Responses leave one →
  1. March 18, 2015

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

  2. April 28, 2015

    terima kasih atas keikhlasan Dewi. Saya senang dengan menulis biasa-biasa saja… tiada siapa pun membacanya. Cukup saya syok sendiri saja..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: