Skip to content

Guru Bodoh

2015 October 25
by Guru Besar Pencen

Image result for Guru Bodoh

 Jadilah guru yang baik.

Hangat diperkatakan sebuah coretan di laman Facebook (fb) mengenai sebuah tulisan guru bodah (tidak pandai). Sempat juga saya membaca tulisan dan komen-komen berkaitan dengan tajuk berkenaan. Yang menarik perhatian saya, individu  yang berkata itu mendakwa bahawa beliau adalah seorang ahli yang profesional dengan maksud bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah tidak profesional dan tidak sepandai beliau. Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai ungkapan tersebut.

Kalau dulu orang menyatakan guru adalah individu yang pandai adalah perkara biasa. Sekitar zaman 70’an dan 80’an, kalangan masyarakat memang menganggap guru adalah individu yang pandai. di dalam masyarakat.  Banyak perkara yang menjadikan guru itu pandai. Selain daripada berkebolehan mengajar di bilik darjah mereka mempunyai lebih sedikit kebolehan dalam urusan perkeranian daripada masyarakat setempat yang rata-rata tidak mempunyai peluang untuk mempunyai lebih sedikit kelulusan. Juga pandai menyesuaikan diri di dalam masyarakat, tidak meninggi diri dan selalu sedia membantu dengan ikhlas. Jadilah cikgu seorang guru yang dianggap  pandai.

Zaman terus beredar dengan menghasilkan ramai orang yang berpelajaran.  Sehingga kini dapat dilihat begitu ramai sekali cerdik pandai dalam berbagai bidang termasuklah guru-guru yang mengajar di sekolah. Dewasa ini begitu ramai orang yang pandai-pandai berada di dalam masyarakat. A lebih pandai dari B dan C juga pandai dari B. Masing-masing mahu menjadi pandai menjadikan semuanya pandai-pandai belaka. Tapi harus kita dan mereka sama-sama ingat, bukan semua bidang kita ‘pandai’

Sejauh mana kepandaian itu membantu dalam kehidupan ? Sudah tentulah menggunakan kepandaian dan kebijaksanaan masing-masing untuk memperkasakan diri untuk hidup lebih selesa. Maka ternayata kebanyakan orang yang pandai-pandai ini memperolehi banyak perkara yang diidamkan. Selain dari itu menggunakan kepandaian untuk berhubung dan membantu orang lain.  Maka kepandaian itu lebih dihargai.

Maka disinilah timbulnya ungkapan guru bodoh. Kerana mereka merasakan kepandaian pada guru tidak membantu anak-anak mereka. Satu pernyataan yang begitu subjektif dan panjang untuk dibahaskan.

Guru tidak perlu bersusah payah untuk menjadi guru yang pandai dan tidaklah begitu tepat kalau dipanggil sebagai bodoh. Sekadar menjadi seorang guru yang baik pun sudah memadai. Saya menggambarkan guru zaman dahulu adalah guru yang baik dan bukan guru yang pandai (sangat).  Mendidik anak-anak khususnya memerlukan kemahiran, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Menjadikan mereka berilmu, berdisiplin, patuh, hormat dan lain-lain.  Mendidik mereka agar suka hadir dalam arus persekolahan juga merupakan satu amanah. Adakalanya guru berjaya berbuat demikian dan adakalanya gagal. Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan.  Guru cuma perlu membuat anjakan ke atas faktor-faktor yang dikenalpasti. Dan mudah-mudahan murid dan guru akan berjaya.

Dengan demikian tidak perlulah merasa sangat terkilan dengan panggilan bodoh itu sebaliknya berusaha untuk membuat penambahbaikan agar menjadi guru yang baik. Dan akhirnya cikgu akan menjadi cikgu yang pandai dan berkesan untuk murid dan pelajar.

Dalam hal ini kita tidak perlu gusar dengan apa orang lain kata kerana kita telah berusaha sedaya mungkin untuk jadi yang terbaik.

...gbpencen… bukan menasihati hanya berkongsi pandangan.

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: