Sekolah tidak perlu banyak wang.
Sekolah dulu-dulu … murid pun pandai-pandai juga.
Merujuk kepada sebuah sekolah kebangsaan di sebuah kampung.
Buat masa ini, prasarana yang disediakan oleh kerajaan untuk sebuah sekolah di pinggir bandar sudah lebih dari memadai. Sekiranya pengurusan sekolah dimantapkan maka tidak ada sebab untuk Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah tersebut tidak mencapai matlamatnya.
Pada pendapat saya sekolah tidak memerlukan sumber kewangan tambahan yang besar untuk meningkatkan akademik di sekolah .
Catatan tersebut diketengahkan kerana biasanya di awal tahun persekolahan, melalui beberapa saluran media hangat diperkatakan terdapat sekolah yang aktif mencetak dan menjual buku juga semua keperluan sekolah kepada ibubapa dengan harga yang tinggi untuk tujuan membuat keuntungan disamping menjalankan lain-lain kegiatan yang boleh menjana pendapatan secara tidak langsung kepada sekolah . Bukan sekolah itu sahaja, malah banyak lagi sekolah yang berbuat demikian.
Dalam iklim ekonomi yang mencabar, ibubapa dari golongan sederhana dan bawah yang tinggal dipinggir bandar dan di luar bandar, sudah tentu merasa terbeban dengan aktiviti sebegini. Bagi ibubapa di bandar yang berpendapatan sederhana dan tinggi pula merasa tercabar kerana pendapatan lumayan mereka selama ini juga sedikit terjejas. Tercabar dan terjejas kerana sekolah mengenakan “charge” yang tinggi kepada keperluan sekolah.
Mahu tidak mahu, ibubapa terpaksa mengalah dan seterusnya mengeluh demi kepentingan pendidikan anak yang dicinta.
Kikiskan hasrat sekolah untuk menjana kewangan melalui “perniagaan” di sekolah; samada dilakukan oleh pengurusan sekolah sendiri atau melalui PIBG.
Sekolah tidak melakukan perniagaan akan menjadikan pengurusan sekolah lebih dihormati. Wang (perniagaan) merupakan punca segala kebaikan dan keburukan. Keuntungan yang dikutip dari perniagaan di sekolah ini datangnya dari insan yang menimba ilmu. Dan urusan perniagaan ini dilakukan oleh individu atau organisasi yang digajikan. Kerap kali akan berlaku tohmahan, tuduhan, fitnah disamping pujian dan sanjungan, juga penyelewengan.
Apa keperluan asas sekolah yang patut ada pada seorang murid, itulah sahaja yang patut dijual di sekolah. Ianya semata-mata bertujuan memudahkan murid-murid dan ibubapa.
Jualah pakaian sukan atau pakaian seragam dengan harga yang munasabah walaupun pakaian tersebut mempunyai arca-arca yang menjadi kebanggaan sekolah.
Ajaklah ibubapa bersama dalam menguruskan jualan ini dari segi harga, sumber dan pengurusan.
Harganya pula perlulah murah dan hendaklah tertakluk kepada keuntungan minima yang akan digunakan sebagai belanja pengurusan (sahaja).
Dan sekolah bolehlah memaksimakan peruntukan yang diberikan kepada sekolah dengan cara yang berhemah. Tidak perlulah mengutip dana luar peruntukan selain dari apa yang ibubapa persetujui dilakukan bersama PIBG.
…gbpencen.. duit sekolah selalu cukup, sekolah tak cantik tapi tak kotor.
maaf kerana saya mungkin menggunakan gambar yang pernah saya siarkan..
kerana saya gemar photo ini yang banyak kenangan.