Skip to content

Saya masih di sini.

2018 December 8
by Guru Besar Pencen

Saya masih di sini walaupun sudah lama tidak muncul. Apa alasannya, seperti biasa ianya hanya satu alasan sahaja. Atau ianya ada banyak alasan yang mana ianya jatuh di nombor satu, atau di nombor-nombor seterusnya.

Mengimbau perjalanan masa, perkara yang menarik perhatian saya ialah pertukaran kerajaan lama kepada pemerintahan baru. Bukan sahaja saya, malah menarik perhatian seluruh masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Jadi tidak hairanlah perkara ini juga menarik perhatian saya.

Tentunya sebagai seorang ahli UMNO tegar pada satu masa dulu, saya merasa begitu hampa. Kerana UMNO boleh kalah, satu kekalahan yang disengajakan. Saya meletakkan tanggungjawab kekalahan ini kepada pemimpinnya. Dan kepada ahli yang terdekat dengan kepimpinan tertinggi. Mereka yang bersalah.

Sekadar contoh :

Lebih kurang dua bulan menjelang PRU14 saya menulis beberapa surat memohon sumbangan kepada pemimpin tempatan di kawasan saya sebanyak RM5000.  Tujuannya untuk membantu membiayai pasukan bolasepak Seberang Perai Selatan bagi melengkapkan jadual perlawanan Liga Bolasepak Rakyat yang kian mendesak. Saya dan rakan mengejar pemimpin tempatan ke sana sini, namun RM5000 itu sangat besar jumlahnya untuk kami.

Saya dan rakan-rakan sangat merasa hampa tetapi pasukan bolaepak yang kami pimpin terus semarak hingga ke perlawanan suku akhir peringkat kebangsaan. Saya masih di sini. Kepimpinan mereka tidak memenangi hati kami.

Rakan dalam persatuan mendesak supaya terus memohon kerana difahamkan pada ketika menjelang PRU14 itu begitu banyak wang yang dicurahkan serata tempat oleh pemimpin saya itu.

Begitulah rentetan tingkah laku pemimpin UMNO menjelang PRU14 tempoh hari.  Dengan senyum dan gelak ketawa penuh keyakinan bahawa sokongan terhadap mereka seperti sebelum sebelumnya. Mereka ada kuasa, ada wang dimana mana saja boleh ditaburkan di mana yang mereka suka.

Bukanlah cara kepimpinan begitu menjadi penyebab untuk saya beranggapan negetif tetapi riak dan tingkah pemimpin ini sebelum sebelum ini sudah menunjukan keangkuhan mereka. Yang mereka sudahpun selesa  mengusasai segala-galanya.

 

….gbpencen – meraikan satu kebangkitan.

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: