Skip to content

MGB: Majlis dan Guru Besar.

2009 August 1
by Guru Besar Pencen

MGB (Majlis Guru Besar) adalah nama ringkas yang sangat popular di kalangan Guru Besar semasa bertugas. Ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Diberitakan bahawa ianya sebuah pakatan semua pengurus sekolah bertujuan untuk membantu organisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MGB akan melantik organisasinya melalui proses demokrasi seperti pertubuhan lain juga. Seperti biasa (dan sedia maklum) terdapat juga politiking dalam pemilihan dan organisasi kepimpinannya.  Guru Besar juga tidak terkecuali keghairahannya untuk memimpin organisasi. Secara sedar atau tidak, kita akan dapat melihat dan menyaksikan (ada bezanya antara melihat dan menyaksikan) beberapa pemimpin yang menonjolkan diri untuk meneraju kepimpinan MGB itu. 

Saya seorang Guru Besar yang tidak berpengaruh, suka berada di sekolah daripada tempat-tempat lain.  Di Majlis berprotokol adalah tempat yang saya tidak sering mengunjunginya.  Hanya hadir di majlis-majlis informasi.  Jadi saya tidak popular di kalangan rakan Guru Besar dan pegawai di PPD atau JPN.  Itu pilihan saya dan saya tidak menyalahkan sesiapa. Walau bagaimanapun saya tetap mengikuti perkembangan Majlis Guru Besar di daerah saya.  Mungkin saya seorang yang tidak kreatif tetapi saya agak kritis.

Dalam tahun 1999, Majlis Guru Besar Seberang Perai Utara (SPU) berkumpul untuk membuat beberapa keputusan untuk memudah cara..kan program anjuran PPD dan JPN.  Kerjasama dapat diwujudkan bagi melicinkan perjalanan program.  Pada Tahun 2000, Majlis Guru Besar Seberang Perai Selatan (SPS), sering mengadakan mesyuarat.  Boleh dikatakan berselang 2 atau 3 minggu mesyuarat dijemput.  Hingga berjam-jam lamanya lengkap dengan makan minumnya.  Keputusan nya, semua Guru Besar (SK) boleh pergi ke kedai mengukur baju kot masing-masing.  Semua sekolah mesti menggunakan buku ringkasan yang di cipta khas oleh Majlis Guru Besar (SPS).  Perbincangan mengenai akademik murid banyak bertumpu kepada penyediaan dan penjualan kertas soalan kepada murid-murid di semua sekolah.

Tahun 2001, Majlis Guru Besar Seberang Perai Tengah (SPT) jarang mengadakan mesyuarat kerana pemimpinnya ( Cikgu Yahya Zakaria, Pengerusi MGB Malaysia di satu ketika dan anak didiknya, cikgu Ilias juga sering bersamanya)  sering berada di luar kawasan untuk memimpin Majlis Guru Besar Negeri dan Kebangsaan.  Bermesyuarat ketika mana ada sesuatu program oleh JPN atau PPD sahaja.  Aktivitinyanya ialah seperti MGB lain, sediakan soalan, cetak dan jual.  Hasilnya akan dikumpul untuk majlis ilmu dimana semua Guru Besar akan dibekalkan dengan banyak cenderahati seperti baju, t-shirt, beg, alatulis, buku dsb yang berlogo kan MGB daerah itu dan ini. Program di anjurkan oleh JPN (majlis rasmi) dan dikerja samakan oleh MGB melaui promosi jualan itu dan ini oleh pembekal kepada sekolah. MGB berinisiatif untuk menambahkan pendapatan. Saya ada juga mendapatkannya dan ada diantara baju-baju itu belum sempat atau tidak suka saya pakai dan ada yang saya tak ambil pun.

Dalam (3) daerah MGB yang pernah saya tumpang bersama, saya tidak banyak belajar sesuatu dari Majlis ini. Aktivitinya akan berkisar kepada menaja promosi syarikat pembekal selain dari membantu (memang sepatutnya) melicinkan program JPN dan PPD. Aktiviti yang ketara adalah menjana pendapatan dari hasil jualan barangan termasuk produk soalan kepada semua murid.  Menyusun jadual / soalan peperiksaan percubaan yang ‘stara’ untuk semua sekolah (untuk dibeli) dan membuat analisa untuk dihebahkan kepada semua sekolah dalam kawalannya.

Pemimipin MGB memang ampuh perhubungannya  dengan JPN dan PPD.  Mempunyai kebolehan untuk ‘bersuara’ dalam banyak forum pendidikan di peringkat negeri, kerana mereka selalu dibenarkan bersuara. Dan suara mereka tidak berlaku pembelaan kepada ahli (Guru-Guru Besar).  Ianya hanya berkisar kepada masalah MGB dan JPN/PPD tidak bertumpu kepada masalah peringkat pengurusan sekolah.  Oleh yang demikian Guru Besar akan membantu MGB,  MGB tidak membantu Guru Besar, Guru Besar dapat hadiah beg.. berbeg-beg,  ber t-shirt.. t-shirt, berbuku-buku dan ber kot-kot.

Saya menghargai jika ada penafian dalam coretan ini dan saya ingin mencorert lanjut mengenainya..  Apa yang sepatutnya MGB lakukan (pada hemat saya)

..gbpencen… baru jumpa Mazlan (bekas murid saya) sekarang (orang kuat MGB KL) baru lepas main golf dengan Datuk Alimuddin (kelmarin-katanya) semasa ziarah kematian bekas tukang kebun SK Pancor.  

9 Responses leave one →
  1. pulut permalink
    August 1, 2009

    Salam…
    Saya amat suka membaca tulisan encik GB yang teratur lenggok bahasanya penuh dengan kritis yang membina. Bukan calang-calang orang yang dapat membuat coretan sebegitu rupa, Hanya pengalaman berharga yang menjadi senjatanya.
    Sebenarnya, sudah lama saya mengikuti coretan encik GB namun kekangan masa membataskan saya untuk meninggalkan komen atau isi hati saya selama ini.
    Namun demikian, ceritera encik GB mengenai Majlis Guru Besar (MGB) atau Majlis dan Guru Besar ada benarnya. Saya melihat MGB ini sekadar sebuah majlis untuk GB dengan banyaknya majlis yang diaturkan (hampir setiap bulan) dan di akhir tahun ada pulak majlis (majlis lagi..) untuk lawatan GB ini hasil jualan kertas peperiksaan, buku ringkasan mengajar dll.
    Saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati. Saya ditugaskan untuk membuat kertas soalan MGB yang bakal murid2 duduki pada Oktober ini. Seperti biasa, saya cumalah guru biasa yang ber’bos’kan seorang GB yang berjawatan agak hebat dalam MGB. Memandangkan ini kali pertama saya terlibat secara langsung penyediaan kertas soalan MGB, saya tertanya-tanya mengapa saya pula yang perlu menyediakan soalan? Bila masa pula saya terlibat dengan MGB? Adakah saya ini guru penyelesai masalah @ pembuat soalan MGB? Apa yang saya dapat selepas selesainya tugas saya membuat soalan? Lalu, pertanyaan ini saya ajukan kepada AHLI MGB sekolah saya. Beliau dengan selambanya berkata, tugas membuat soalan adalah tugas guru matapelajaran terbabit. AHLI MGB hanya memberi arahan sahaja. Yang penting soalan siap untuk dicetak, dijual dan dihantar ke sekolah2.
    Wah, sungguh mudah kerja AHLI MGB ini mendapatkan duit. Beri arahan kepada guru, kertas soalan dicetak, dijual ke sekolah dan akhir tahun AHLI2 MGB akan bergembira menikmati lawatan tahunan mereka. Sungguh tidak adil.
    Bukannya saya mengeluh, tapi kadang-kadang terasa diri ini dipergunakan. Dahlah buat kerja orang, apa pun tak dapat. Bukan duit yang diminta tapi sekurang-kurangnya fikirlah sedikit. Nama sahaja MGB tapi nampaknya MGB (Majlis Guru BIASA) jugak yang terpaksa membuat soalan. Ingin saja saya sendiri yang mencetak kertas soalan yang saya buat dan jual ke sekolah-sekolah. Dapat jugak extra income.
    Apapun curahan hati saya, kerja terpaksa dilaksanakan. Menurut piagam MGB (Majlis Guru Biasa), “yang menurut perintah”, kerja tetap kerja walaupun paksarela.

  2. August 1, 2009

    Sepatutnya MGB: saya ingin berkongsinya. Terima kasih atas komen sdr. Sdr seorang guru yang beretika kerana : Saya yang menurut perintah.
    Jumpa lagi bila sdr kelapangan (bila-bila ada masa lapang)

  3. zios permalink
    August 2, 2009

    Assalamualaikum,
    Tuan, tahniah anda adalah seorang bekas guru besar yang sangat berani. Sebenarnya saya sudah lama mengikuti blog anda dan hari ini apabila saya membaca cerita tentang MGB, saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu.
    Ini adalah cerita yang sudah lama, kira-kira 7 tahun yang lalu. Sebenarnya saya adalah seorang pembekal buku2 ke sekolah2 di sebuah negeri di Pantai Timur. Sebagai sebuah syarikat bumiputera kecil, saya begitu mengharapkan rezeki dari sekolah2 di pantai timur kerana berpendapat di sana terdapat banyak SK yang terdiri dari anak2 melayu. Jadi saya pun memberanikan diri berjumpa dengan seorang pengerusi MGB sebuah daerah di negeri tersebut. Dalam pertemuan itu saya memohon untuk membekalkan beberapa buah buku kerja untuk kegunaan pelajar2. Permohonan saya diluluskan dan pengerusi MGB daerah tersebut mengarahkan saya menghantar naskah contoh ke semua SK di daerah tersebut. Beliau juga meminta saya menyumbangkan 10% hasil jualan buku tersebut kepada MGB.
    Saya bersetuju kerana terdapat hampir 70 buah SK di daerah tersebut. Saya pun menghantar naskah contoh seperti yang diminta. Namun yang sangat mengecewakan hanya lebih kurang 10 buah sekolah sahaja yang menempah buku2 yang saya hantar. Saya berasa sangat hairan kerana saya telah mendapat surat kelulusan dari MGB dan surat tersebut telah dihantar ke sekolah2 yang menyatakan arahan dari MGB supaya setiap sekolah WAJIB membuat tempahan. Saya pun cuba membuat siasatan sendiri.
    Akhirnya, saya rasa tertipu kerana beberapa perkara:
    1. Ada sekolah yang langsung tidak membuat tempahan. Sekolah pengerusi MGB sendiri pun x buat tempahan.
    2. Ada sekolah memilih buku tersebut tapi menempah dengan syarikat cina.

    Pertemuan antara saya dan pihak MGB diadakan.Mereka meminta 10% sebagai sumbangan MGB dan saya membuat keputusan tidak membayar 10% kerana perkara di atas. Adakah semua MGB baik daerah, negeri dan kebangsaan selalu meminta2 seperti ini hanya untuk manfaat mereka sahaja? Pada hemat saya, MGB juga patut menyumbang untuk kepentingan sekolah2 bukannya untuk majlis itu sendiri.
    Kesimpulannya, sikap MGB ini jika berterusan hanya akan menguntungkan mereka sahaja. MGB hanya tahu mengaut keuntungan atas angin hanya dengan sekeping kertas arahan. Soalnya, ke mana keuntungan itu dibawa? sepatutnya keuntungan tersebut disalurkan ke sekolah2 kerana pelajar2 yang membeli buku bukannya Guru Besar.

  4. August 2, 2009

    Kalau benar, saya memohon maaf atas ketidak selesaan tuan. Saya mendoakan agar tuan akan beroleh kejayaan di masa akan datang. Saya akan membantu dengan cara saya kiranya di izinkan Nya akan berlaku sedikit anjakkan. Terima kasih kerana tuan sudi melalui di blog ini. Harap MGB akan celik IT. Salam….

  5. zios permalink
    August 2, 2009

    Saya mohon maaf sekiranya tulisan saya sedikit lantang mengenai apa yang pernah saya lalui bersama MGB. Namun, saya tidak sesekali menunding jari kepada tuan malah berterima kasih dan bersyukur kerana tuan berani dan telus dalam menyampaikan maklumat yang tersirat. Dengan adanya coretan blog begini, saya yakin, ramai lagi para pendidik @ bukan pendidik akan tampil memberikan respon yang baik mengenai apa yang berlaku dalam dunia pendidkan khasnya. Apapun, terima kasih di atas keprihatinan tuan, saya akan terus mengikuti blog tuan yang seterusnya. Salam..

  6. TeacherSRI permalink
    August 5, 2009

    Salam,
    MGB perlu diperkasakan …untuk mengerakkan sesuatu aktiviti perlu ada dana..cara dana diraih dengan penjualan buku-buku itu langkah bijak,boleh dimurnikan lagi sebenarnya..tapi kerana ada “politiking” dalam hal-hal ini kadang-kadang matlamat asal tersasar..bila glg yg berkepentingan ini nak sedar…kita yang jadi pemerhati pun perlu suarakan jika kita nampak kelemahannya..tapi saya sendiri tak mampu nak bersuara kerana tak tahu perjalanan mesyuarat MGB.Saya guru biasa saje….

  7. August 6, 2009

    Mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti adalah perlu. Bukan semua orang pandai mengumpul dana. Tahniah MGB yang melakukannya dengan terbaik . Selain itu jualan yang dibuat juga harus menimbangkan keadaan setempat di lingkungan sosio ekonomi murid-muridnya. TAPI cara membelanjakan wang membelanjakan juga perlu berhemah.

  8. teacherSRI permalink
    August 10, 2009

    Salam,
    Pulut,hari ini dibilik peperiksaan rakan saya seorang guru wanita adalah merupakan guru panitia matematik membebel pasal soalan yang dibinanya untuk peperiksaan percubaan SPM telah digunapakai untuk soalan negeri.Selain dari itu,PKPSM(Majlis Pengetua) letak di muka depan sebagai pembina soalan..apalagi dia ‘angin satu badan’ le….soalan tersebut dibina pada sebelah petang hari persekolahan…pentadbiran tidak izinkan diguna masa pagi persekolahan.La ni senang-senang bubuh nama depa…mana pi guru pakar….kenapa mereka tidak terlibat dalam pembinaan soalan?

  9. guru cabok permalink
    August 24, 2009

    kecewa betul dengan MGB .. kalaulah ini yang diperjuangkan maka rosaklah bangsa `1 Malaysia MGB MENKETEDARAH` kecewa betul ….

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 2 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: