Skip to content

Anai kehairanan

2009 July 11
by Guru Besar Pencen

Anai bekerja sehingga saya tidak berpeluang untuk berbual dengannya. Kebetulan pada suatu hari tangannya ditusuk kayu.  Saya ditugaskan untuk membawanya ke klinik panel,  kilang tempat saya bekerja. Dengan ‘loghat’ pendatang asingnya (Myamar), saya senang berbual dengannya. (4)  tahun dia tinggal di Malaysia membuatkan penggunaan bahasanya mudah untuk berbicara. Dia pula  ingin dan sudi berbicara dengan saya.

Soalannya kepada saya menyentuh mengenai perlakuan malas anak-anak tempatan untuk bekerja di kilang walaupun berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Gelanggang bicara dibuka dengan pertanyaan Anai bahawa ‘mengapa perlu menggaji pekerja asing sepertinya, sedangkan ramai lagi anak-anak muda (yang sering dilihatnya) di sini yang tidak bekerja’.

Sempat kami berdua membuat kesimpulan bahawa – gaji murah dan suasana bekerja yang tidak menarik, banyak pilihan untuk mendapatkan wang belanja, terpengaruh dengan kehidupan ‘bersenang-senang’. sehinggalah kepada budaya ‘malas’.  Anai bersetuju dengan saya dan membuat ulasan.  Ulasannya : di Myamar susah mendapat kerja; kalau ada kerja pun boleh disamakan bekerja di Myamar selama (4)  hari, bayaran (gajinya ) sama dengan (1) hari bekerja  di Malaysia. Sebab itulah dia bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 malam – (7)  hari seminggu.

Sampai di klinik Anai terus mendapatkan rawatan melalui satu pembedahan kecil.  Beliau menyatakan yang dia perlu datang semula ke klinik itu dalam masa (3) hari lagi. Dia mengambil kesempatan mengajak saya ke pusat penghantaran wang warga asing yang berdekatan dengan klinik itu.

Dalam perjalanan balik dia bertanyakan sistem persekolahan arus perdana di Malaysia (mengikut susunan ayat / loghatnya yang saya faham).  Keinginan dia bertanya kerana Anai tahu bahawa saya seorang bekas guru / Besar.  Saya menyatakan (menciplak susunan ayat / loghatnya supaya dia faham) bahawa persekolahan di Malaysia bermula dari umur 5 tahun.  Peluang terhidang selepas tamat tingkatan (5) di mana kerajaan telah menyediakan  begitu @ terlalu banyak pusat-pusat kemahiran untuk menyediakan pasaran kerja kepada generasi mudanya.  Pelajar akan dipilih (atau memilih) mengikut kebolehan mereka  setelah dinilai melalui peperiksaan di Tingkatan 5 (SPM / SPVM).  Saya membuat penegasan — remaja di Malaysia; asalkan mahu belajar sahaja, memang ada tempat untuknya  belajar bagi menyediakan asas pekerjaan/kehidupan yang sempurna untuk mereka.

Anai terkejut ‘beruk’.  Itu macam ke ?.  Ini macam manya bagus.. manya bagus .. manya bagus… (banyak betul manya (banyak) bagus yang disebutnya).  Anai selanjutnya menyatakan di Myamar tiada pendidikan yang sedemikian.  Di kampungnya (450 km lebih dari Yanggon) persekolahan rendah sahaja yang diperolehi di situ;  melainkan beberapa orang yang berkemampuan akan melanjutkan pelajaran menengahnya dan tiada langsung peluang untuk mereka yang tidak berkemamapuan (sepertinya). Sama sekali tidak disediakan instituisi untuk membina kemaharian berkehidupan di sana.  Nadanya seperti sayu menggambarkan satu penyesalan juga berbaur kekaguman –  suasana pendidikan di Malaysia.

‘Sini malam tada bisin, ya .. cigu,   Myamar malam kalau jalan-jalan, semua bisin.    Murid-murid, (istilah yang dipinjamkan dari saya) malam-malam, baca buku.  Semua rumah itu macam’.  Saya pula yang terkejut beruk.  Kata saya, malam-malam murid-murid di sini banyak menonton tv. Kesimpulan yang saya buat di dalam situasi ini ialah – kanak-kanak di Myamar begitu tekun menelaah pelajaran di waktu malam. Suasana sebegitu yang  diceritakan oleh Anai, berlaku disebabkan kesedaran mereka (yang telah melalui himpitan hidup) lah yang menyebabkan mereka ‘rajin’ membaca,  dengan harapan semoga suatu hari nanti – kehidupan mereka akan berubah.  Di tempat ‘kita’ tidak berlaku demikian – kerana (merasa) kita sudah berubah, bahagia dan selesa.. maka tidak perlu lagi belajar kuat-kuat. 

Saya dapat gambarkan keadaan kampung Anai, di Myamar  – seperti kampung saya dalam hujung tahun 50an, ketika saya mula bersekolah.

…gbpencen…bertuah anak kita di bumi Malaysia….

…gbpencen…Anai selalu ‘bersyukur’ kerana taukeh saya menggajikannya RM15.50 sehari, tanpa ‘over time’

…gbpencen… Anai selalu belanja saya ‘teh panas, kurang manis’ – menghargai pertolongan saya, walaupun hanya sekali.

3 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    July 13, 2009

    Selamat Pagi Cikgu,
    Satu yang menarik pagi ini bila membaca artikel Cikgu. Saya banyak teman-teman dai Myanmar. Penebar roti canai saya dahulu di Setiawangsa. Sub-kontraktor semasa projek di MSD Training Center. Tukang cuci kereta saya la ni. Malah tukang potong rumput rumah saya, semuanya orang Myanmar.

    Saya suka menyelami pengalaman mereka. Dari usia remaja sudah berkelana. Sanggup berjalan kaki meredah hutan belantara untuk sampai ke sini. Mensyukuri nikmat menumpang rezeki di sini dan yang paling saya kagum, tak pernah lupa mengirim bantuan setiap bulan ke kampung.
    Anak-anak muda di sini mmmmmm bak kata mereka, layak kerja yang bagus-bagus, kerja kerja berat dan remeh temeh layak untuk mereka. Mana ada anak muda layak untuk kerja sebegitu, Tuan Tanah harus jadi Tuan di tanahnya.Polisi kerajaan membenarkannya, jadi tak hairan kita kebanjiran denga perkerja asing. Akhirnya kita menjadi seperti Brunei dan Singapura. Malangnya ramai anak-anak kita pula yang mencari rezeki di sana.

    Mungkin sebenarnya Cikgu , kita dari dahulu sejak zaman keagungan Melaka hingga kini memang telah diSumpah sebagai Tanah Emas. Kilauanya sampai ke merata dunia dari Timur sampai ke Barat. Namun anak negerinya buta kerana sinarnya. Mungkin ada baiknya kalau kita keluar dari kepompong ini dan lihat tanah air ini dari jauh. Barulah kita tau erti Hujan Emas di negeri orang, kerana nanti kita tahu batu yang gugur itu kalau dikisar dan didulang ada emas didalamnya.

    Waimanya Cikgu. Generasi hari ini tidak pernah merasa susah. Makannya disuap. banyak yang tak makan sesuap.Tidurnya didodoi, lenanya meninggi hari.
    Mintak dijauhkan, jangan nanti ditarik kembali kerana rezeki yang diberi bukan untuk dibaziri. Nauzubillah.
    Semoga kita sama-sama kejutkan tidur yang panjang ini, rezeki murah di pagi hari. Kita pun takkan selamanya mau jadi Cencaru, asyik makan petang.

    Terima Kasih Ckgu.

  2. July 13, 2009

    Nampaknya Aziz lagi berpengalaman dengan orang luar. Tapi yang menariknya ialah bila Aziz mengimbau sejarah, teringat saya cerita sedemikian ketika saya belajar ‘tawarikh’ masa di sekolah rendah dan awal sekolah menengah dahulu. Kena baca balik buku tawarikh tu. Nak pi perpustakaan la minggu ni.

  3. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    July 16, 2009

    Selamat Petang Cikgu
    http://www.tagged.com/ajizan
    Ni tagged saya kadangkala saya merapu kat sini.
    layan diri kata orang sekarang

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 10 + 14 ?
Please leave these two fields as-is: