SELAMAT DATANG

2009 February 10
by Guru Besar Pencen

Blog ini mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan semua pengunjungnya. Dengan namanya saja tentunya pengunjung dapat mengetahui siapa saya dan bidang yang saya ingin berkongsi. Setelah melalui pengalaman selama 35 tahun dalam bidang pendididkan, termasuk 10 tahun sebagai pentadbir sekolah; sekarang ini ada sedikit ruang untuk dikongsi kerana sebelum ini seluruh masa dan keringat telah dicurahkan sepenuhnya kepada bidang tugas. 

Walaupun tidak dikatagorikan oleh majikan saya, sebagai Guru Besar cemerlang maupun sekolah yang pernah saya tadbir sebagai  sekolah cemerlang tetapi pengalaman yang ditempuhi dalam arus pendidikan negara semenjak dibangku sekolah mulai tahun 1958 hingga meninggalkan sekolah pada 6 Disember, 2007 akan menjawab segala-galanya. Sungguhpun begitu saya selalu merasakan perwatakan saya sebagai Guru Besar agak berlainan dari rakan-rakan yang lain, maka saya wujudkan blog ini agar dapat memberi menafaat kepada semua pihak.

Dalam masa hampir 50 tahun berada di sekolah ianya adalah satu jangkamasa yang cukup sesuai untuk menjadikan blog ini sebagai medan bersama bagi mengimbau pengalaman lalu untuk dihayati bersama warga pendidik lama dan baru terutamanya setelah saya dapat merasakan berbagai perubahan dalam beberapa era sepanjang 50 tahun itu.

Selain dari itu saya mengalu-alukan juga perkongsian kita dalam lain-lain bidang seperti politik dan sukan permainan bolasepak kerana kedua-dua bidang ini juga saya telah melalui masa yang mempengalamankan saya. Saya pernah aktif dalam politik di peringkat Pemuda Bahagian UMNO dan juga menjadi Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah selama 11 tahun (sehingga sekarang) dan Pasukan Daerah itu pernah beraksi dalam Liga FAM dan Liga Perdana pada tahun 2003 hingga 2006; ianya tentu hangat untuk dikongsi bersama.

Banyak juga bidang-bidang lain yang kita boleh berkongsi. Semoga ini akan memberi menafaat kepada kita semua.

… hanya ini dan melalui inilah ’sesuatu’ yang dapat kita semua berikan dipenghujung usia ini …

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Spam Protection by WP-SpamFree