Catatan Guru Besar Bertugas ……

2009 November 3
by Guru Besar Pencen

Setiap Sabtu saya akan menyemak, menanda tangani dan merekod buku ringkasan (BR) mengajar yang di kumpul. Kemudian berangan-angan sekejap dengan BR itu;  yang hantar, yang tidak, yang elok, yang cantik, yang tulis, yang tidak  dan membuat penilaian kendiri; dimana silap saya lagi kerana masih terdapat kecacatan.  Kemudian saya akan menyemak buku catatan guru bertugas – pagi, kemudian – buku guru petang pula.

Pada saya Buku Catatan Guru Bertugas ini penting, dan sangat penting untuk melihat sejauh mana perihatinnya seorang guru bertugas menjalankan tugas.  Pihak sekolah  akan meletakkan 2 orang untuk bertugas sepanjang minggu supaya ianya berkesan dan tidak timbul masaalah jika seorang daripada mereka tidak hadir atau ada urusan di luar sekolah. Dua orang guru ini menyelia membuat catatan mengenai beberapa aspek perjalanan sekolah sepanjang minggu. Saya menilai catatan mereka dengan membuat catatan saya di buku tersebut  merujuk kepada pemerhatian saya.

Guru suka saya menyemak buku tersebut (?) kerana di dalamnya akan ada coretan dan komen saya mengenai apa yang ditulis dan apa yang berlaku.  Saya membaca dengan teliti.

“Murid berjalan tidak mengikut barisan” dalam catatan seorang guru bertugas ;  Saya coretkan : “Apa tindakan yang telah diambil ? sila catatkan untuk pengetahuan saya”.  Selepas catatan saya itu, guru bertugas selepasnya  akan menulis tindakan yang telah diambilnya jika terdapat teguran dibuat.

Ini menunjukan guru akan perihatin jika Guru Besarnya (GB) mengambil berat dengan apa yang ditulis oleh mereka dan apa yang telah dilakukannya sepanjang beliau bertugas. .  Sebenarnya guru tidak akan marah teguran sebegitu  sebaliknya (saya rasa) akan menjadi perangsang untuk dia lebih berhati-hati dan mempamerkan tugasan dengan baik.. kerana dipandang (dihargai) oleh GBnya.

Setiap hujung minggu, hari Sabtu saya berkesempatan untuk membaca catatan guru saya.  Tidak pernah sekali pun saya terlepas membacanya kerana guru bertugas akan menghantar buku catatan tugasannaya bersama-sama dengan Buku Ringkasan (BR) mengajarnya.  Catatan untuk penambahbaikan juga dilakukan oleh saya terutama catatan yang ‘routine’ akan saya minta ditiadakan.  Yang penting, jika perlu saya minta untuk dicatatkan – untuk pengetahuan dan tindakan saya.

Begitulah kerja routine saya pada setiap hujung minggu ketika sekolah sunyi senyap tiada berpenghuni kecuali seorang pengawal yang menemani saya di tempat tugasannya. Saya masih ingat betapa seronoknya saya membuat catatan seterusnya apabila selesai menyemak catatan Guru Bertugas. Saya akan merangka aturcara Perhimpunan pada hari Isnin berikutnya.

Saya perjelaskan dalam buku itu bagaimana Perhimpunan sepatutunya dijalankan seperti kehendak saya.  Jika perlu (selalunya) saya perincikan. Saya akan minta supaya guru bertugas memberi ucapan mengenai beberapa perkara yang (saya catatkan).  Atau mengenai apa yang berlaku sepanjang minggu yang perlu diberi teguran, perangsang atau motivasi.  atau apa hebahan yang saya rasakan perlu.  Seperti ‘pita rakaman’ guru akan mematuhi arahan saya seperti yang saya catatkan melalui stail (ucapan) nya yang tersendiri.

Sebenarnya bukan tujuan saya memperbodohkan guru tetapi sepanjang perjalanan saya,  saya sering dapati guru bertugas sering tersasar arah.  Ucapan yang seolah-olah lebih dari pita rakaman yang diulang-ulang. ‘Jagalah kebersihan…, jagalah disiplin…, berilah salam…,’  tanpa ada tindakikut yamg sepatutnya namun masaalah yang ditegur tidak kunjung selesai.  “Saya guru bertugas minggu ini, kalau ada apa-apa masaalah sila jumpa saya..’ pada setiap minggu akan kedengaran.  Semua ini pada saya perlu perubahan.

Klimaxnya ialah apa yang akan saya ucapkan saya akan mencatatkan bersama di Buku Catatan Guru Bertugas itu.  Guru bertugas sudah tahu apa yang saya akan ucapkan dan beliau tidak akan menyentuhnya malah akan mengolah masa untuk memberi ruang kepada ucapan saya.  Biasanya ucapan saya ucapan bertema. Mengandungi semua aspek termasuk teguran, motivasi, hukuman, denda, pemantauan dan tindakan.  Yang paling penting ialah post mortem. perjalanan sekolah dalam masa seminggu sebelumnya.Ucapan Perhimpunan saya di hari-hari akhir menjelang persaraan saya sering (juga) mendapat tepukan spontan dari murid-murid (bukan guru ye..). Saya tahu apa yang sedang berlaku di dalam ‘diri’ murid-murid saya.

Saya hanyut dimimpikan olek kenikmatan yang tidak akan dirasai oleh sesiapa, hanya saya sendiri sahaja (syok sendiri).

Di awal saya sampai ke sekolah (itu) (sesebuah sekolah) saya akan membetulkan alat pembesar suara perhimpunan supaya jelas didengar dan mesra pengguna. Mendengar dan melihat bagaimana perhimpunan berjalan.  Guru marah-marah, bengis-bengis, dan bermacam teguran demi teguran.. semuanya dalam bentuk mengajar orang tidak baik menjadi baik,  orang nakal menjada sopan.  Guru cakap macam-macam tiada fokus kecuali pengumuman.

Satu kampung mendengar suara kita memarahi anak mereka pada setiap hari pertama setiap minggu (?).  Wajarkah kita berbuat demikian.  Pada setiap pagi Isnin, ketika bangun tidur,  anak didik kita akan tertanya-tanya,  apalah nanti cikgu akan marah kita pula hari ini.  Wajarkah kita (?)

Teguran demi teguran, bimbingan demi bimbingan, saya terus tidak jemu-jemu mepromosikan perhimpunan berhemah, bersistem dan beradap.  Bagaimana ia harus berlaku supaya Perhimpunan berkesan dan tidak menjemukan.  Bagaimana ia harus bermula,  kemudian bagaimana pula ia harus diisi dan bagaimana ia harus berakhir. Bermulalah dengan ringkas dan padat, isilah dengan kata-kata berhemah dan berakhirlah dengan perbarisan masuk kelas dengan teratur dan terkawal.

Tinggallah kenangan Perhimpunan Pagi saya semasa menjadi Guru Besar dengan rasa puas berkat kerjasama semua guru.  Terima kasih cikgu,

...gbpencen… suka ubah ‘gaya’ bila dah jemu.

6 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    November 4, 2009

    Selamat Petang Cikgu,
    Sesekali teringin gak tukaq gaya, dah hampir 15 tahun kepala saya botakkan, bukan tak ada rambut tapi memang saya sengaja botakkan. Licin . Ingat nak tumbuhkan rambut ni balik biaq panjang sikit. tapi setiap kali tumbuh saya rimas. Nampak gaya lambat lagi la saya nak tukar style, kasut baju sahaja bertukar ganti.
    Maaf tumpang lalu.

  2. November 5, 2009

    Terima kasih. Imej saya dah tak tukar, masih yang lama juga tapi wajah saja yang dah makin berkeredut..Cuma ubah kedudukan meja kerusi supaya masih syok merngimbau kenangan.. … walaupun syok sendiri je…

  3. lin permalink
    November 8, 2009

    masih perlu banyak belajar dari tok guru…
    teori mungkin dapat.. praktikal yang mungkin susah nak dapat… membaca kalau tak amalkan pn tak jd jg.. berpngalaman tp tak berilmu pn tak jd jg.. berpngalaman dn berilmu tu yg susah dpt.. kalau malas lg susah.. jd byak yg tak berubah.. mmg bagus sesekali ubah gaya..biar nampak ceria.. kdg2 idea pula tak berkembang… di dlm rumpun yg sama… mgkin budaya malas brfikir atau rasa gugup n malu mmberi ucapan yg berkesan… macamana tu ya cikgu…?

  4. gbpencen permalink
    November 11, 2009

    wah .. ini pun betul jugak

    Panduan dah saya beri ikut pengalaman saya cuma macamana cikgu praktikkan ?

  5. eyna permalink
    November 22, 2009

    Guru pun ingin dihargai seperti murid juga. Ianya sebagai motivasi untuk kami memperbetulkan apa yang terkurang dan memurnikan apa yang dah elok. Sekarang ni tiada lagi kelihatan komen-komen atau teguran-teguran positif di Buku Ringkasan, Buku Bertugas atau Buku Pemantauan….

  6. November 23, 2009

    Lain padang lain belalang. Terima kasih.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Spam Protection by WP-SpamFree