Skip to content

Guru Sukan Sekolah

2009 December 29
by Guru Besar Pencen

Coretan awal ‘entri’ ini rasanya telah lengkap dan telah di publish..

tetapi entah kenapa hanya separuh saja coretan yang terpapar.  Penat rasanya melakar tajuk ini sebelum ini.  Walaupun begitu ingin juga mencoret mengenainya,   maka coretan kedua terus dilakukan.   Bukannya apa, tetapi ingin juga mencoret pengalaman lalu yang tidak seberapa ini.

Kalau tidak salah, baru-baru ini  seorang Timbalan Menteri Pelajaran, Malaysia  mengumumkan bahawa tidak lama lagi  sekolah-sekolah akan ditempatkan seorang Guru Sukan khas.  Ramai kalangan warga pendidik tidak terkejut dengan pengumuman itu.  Sudah menjadi kebiasaan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa oleh KPM walaupun ada diantaranya boleh dibicarakan kesannya terhadap pengurusan atau pembelajaran di sekolah.

Apakah keperluan Guru Sukan (khusus) diwujudkan di sekolah melainkan untuk memantap dan memperkemaskan pengurusan sukan di sekolah. Mungkin pada pandangan KPM pengurusannya masih tidak berkesan atau untuk membantu memudahkan lagi pengurusan sukan yang sedia ada di sekolah.  Apapun alasannya kita bersetuju dengan cadangan KPM itu.

Walau bagaimanapun kita sepatutnya mengimbas kembali pelaksanaan ICT dalam PPSMI yang telah mengundang banyak masaalah dalam menguruskan peralatannya.  Setelah melalui berbagai kekangan,  akhir sekali KPM telah membuat penambahbaikan dengan membekalkan 2 orang juruteknik ke sekolah bagi membantu memudahkan tugasan penyelenggaraan peralatan ICT tersebut. Mungkin pada ketika itu KPM merasakan tugas penyelenggaraan yang dijalankan oleh agensi swasta (sebelum itu) tidak sampai ke tahap yang diharapkan.

Sungguhpun 2 juruteknik (kebanyakannya perempuan) dibekalkan, adakah masaalah yang dihadapi oleh makmal ICT (multi media) telah berakhir.  Jawapannya sangat pasti iaitu TIDAK.   Jika auditan (istilah popular masakini) dibuat secara jujur hanya keselesaan menjawat jawatan (kerajaan)  tersebut oleh golongan yang bernasib baik ini saja yang ketara.  Untuk makmal ICT ianya masih di tahap lama.  Komputer masih berhabuk, internet yang tidak berfungsi terus begitu juga,  bilik akses terus sunyi, pemantaun pembelajaran murid terus terabai, stok entah ke mana dan printer terus tidak bergerak.

Dulu tidak ada kaunselor sekolah tetapi GB bersama rakan pengurusan memilih guru yang sesuai untuk dipertanggungjawabkan  mengenainya di sekolah.  Selepas itu diwujudkan jawatan guru kaunseling. KPM (mungkin) pada masa itu merasakan bahawa amat penting ada satu jawatan khusus untuk tujuan itu;  yang akan berkhidmat dalam waktu perjabat di sekolah.  Gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengisi jawatan ini.  Pada akhirnya ada kaunselor yang menjalankan tugas dengan baik dan ramai pula yang separuh jalan.  Pada masa ini jawatan dan guru kaunseling masih ada di sekolah, hanya ada pada nama tetapi pengingkatan dari segi memberi input yang maksima di sekolah masih banyak boleh dipersoalkan.

Guru Besar harus melibatkan diri untuk membuat auditan di sekolah samaada kedua-dua jawatan khusus yang diwujudkan di sekolah sebelum ini menepati kehendak KPM.  Atau KPM harus membuat satu auditan bebas terhadap keberkesanan pelaksanaan  Juruteknik ICT dan Guru Kaunseling Sekolah.  Auditan termasuk adakah Guru Besar sendiri telah mengkhuskan tugasan mereka demi tidak membazirkan jawatan atas nama keperluan sekolah.   Adakah stok telah dikemas kini, semua peralatan sudah berfungsi dan diselenggara dan penggunaannya oleh murid boleh dibuat secara maksima.

Adakah murid yang bermasaalah ditangani dengan berkesan, adakah rekod pertemuan menggambarkan tugasan yang profesional,  semua sistem kaunseling berjalan dengan teratur.  Benarkah disiplin di sekolah ditangani secara bijaksana dan pendekatan berhemah dibuat kepada semua warga sekolah.  Bagaimana dengan program dengan waris (?) adakah ianya memberi impak (baik) maksima terhadap warga sekolah.  Dan yang penting adakah guru kaunselor bertugas seperti waktu pejabat ?.  Dan banyak lagi.

Yang paling dikhuatiri,  jawatan khusus tetapi tugasan tidak khusus.  Tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh sekolah bagi menetukan pengkhususan yang harus dilaksanakan oleh penjawat jawatan tambahan di sekolah.   Ianya amat penting kerana ia akan menggambarkan (KPI) sesorang penjawat jawatan tersebut di sekolah.  Dan pemantauan secara berterusan harus dilakukan supaya tidak berlaku pembaziran jawatan. Ini menyebabkan tugas pengurus sekolah lebih berat lagi dengan pengwujudan jawatan-jawatan baru di sekolah (istilah baru : kerana ia melibatkan wang rakyat - kata ahli politik).

Begitu jugalah akan berlaku jika sekiranya jawatan Guru Sukan Sekolah diwujudkan.  Dengan kehadiran pegawai baru ini sekadar untuk memberi arahan, tampil dengan idea yang bermutu maka ianya sudah tentu  akan turut membazirkan jawatan seperti yang telah berlaku sebelum ini.  Ianya perlu mempunyai minat (terhadap sukan) berpengalaman,  boleh mengwujudkan suasana kerja berpasukan, komited, mempunyai seni menguruskan manusia (guru yang pelbagai gelagat) / keadaan.

kalau tidak, biarlah seperti keadaan sekarang, kerana sebelum ini pun sukan di sekolah telah lama menjadi feeder kepada negara untuk meniti kecemerlangan. Dan kalau jawatan ini diwujudkan sekalipun  belum tentu lagi kecemerlangan sukan yang sedia ada akan lebih menyerlah…

…gbpencen…sentiasa membawa test pen keliling sekolah sambil menjadi juruteknik sambilan.

8 Responses leave one →
  1. jhyvtec permalink
    December 29, 2009

    xramai gb yang nak bawa testpen ke sekolah.. :)

  2. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    December 30, 2009

    Salam sekali lagi Cikgu,
    Bila disebut Seni Mengurus Manusia ini terkenanng saya pada Mantan Perdana Menteri kiat Pak Lah. Acapkali Modal Insan meniti dibibir dan menjadi topik yang selalu diperkatakan. Cuma apa yang saya selalu persoalkan ialah antara homo sapien dan insan ini lain sebenarnya. Insan adalah makhluk tuhan yang mengetahui siapa PenciptaNya manakala Homo Sapien ini kadangkala dangkal akalnya. yang pertama sentiasa redha dengan ketentuan yang ditentukan untuknya manakala yang kedua masih tertakluk dengan permikiran Darwinismenya.
    Menguruskan keduanya memerlukan satu bentuk permikiran terbuka kerana keduanya mempunyai cabang permikiran yang berlainan. Dalam dunia perniagaan yang satu akan menjadikan duit@harta@apa-apa yang bersifat duniawi sebagai hamba yang bekerja untuk mereka. Manakala yang kedua menjadi hamba kepada yang disebut tadi.Bukan mudah untuk menyatukan mereka dalam satu konsep pencarian duniawi ini. matlamat yang sama tetapi masing masing mempunyai dua niat yang berbeza.
    Ia seperti kita hendak memberi Sedekah tetapi mempersoalkan siapa peminta sedekah itu.Entah betul atau tidak, bagi saya niat sedekah itu yang penting. Kalau ditipu, bergandalah pahala. Kalau betul dapatlah kita memakmurkan dunia ini.
    Ok, berbalik pada topik Cikgu, dahulu saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh nun di Selatan sana. Guru Sains saya adalah Coach pasukan hoki sekolah saya. Saban tahun kami tidak pernah gagal menjuarai Hoki MSSJ bawah 18. Kenapa? Guru Sains kami itulah Coach untuk pasukan Johor bawah 18 malah pernah menjadi coach pasukan bawah 18 tahun kebangsaan.Dia bukan didatangkan khas untuk menjadi guru sukan kami. Kami ada guru sukan lain.Cuma apa yang saya lihat, dahulu dengan Sumber Manusia ( Modal Insan ) dan sumber kewangan yang terhad, kita dapat mencari sebutir berlian dalam longgokkan batu.Sementara Badan sukan pula memberikan segala kemudahan untuknya menimba ilmu mengenai sukan yang dicintainya.Apa yang ditimba kemudian dicurahkan kepada kami. Hasilnya kami tidak pernah tewas sepanjang 5 tahun saya belajar disana Hari ini mungkin kerana kedua dua sumber itu mudah. Kita cuma membawa sebutir intan yang digilap di kilang untuk mempermudahkan semua urusan.Batu batan yang terus tegak kaku tanpa dibentuk selain menjadi batu.Satu sumber tak ternilai terbiar kerana hanya digelar batu walhal banyak lagi nilainya bagi yang mengerti.
    Cikgu saya akhirnya ditukarkan ke Sekolah lain, kerana tidak mempunyai kelayakkan mengajar di sekolah saya. Hilanglah sebutir permata yang bukan sahaja bernilai tetapi berjaya juga mengilap beberapa lagi butir Intan.Dia ibarat Jauhari kerana menjadikan sesetengah kami ini Manikam.
    Keupayaan insan menjayakan sesuatu mengikut kepandaianya adalah jauh berbanding dengan keupayan insan menjayakan sesuatu melalui pengalaman.
    Untuk berjaya, apa yang perlu adalah suatu Passion terhadap apa yang kita lakukan. Kalau ada selain disebalik itu, nikmat kejayaan tidak terasa kemanisannya.
    Maaf Cikgu saya kalau dah menulis, kata orang dahulu berkajang-kajang. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Satu dekat kita lalui abad ke 21. Adakah kita masih berlari seperti dahulu, atau seiring dengan yang lain atau mungkin sedang memotong untuk mendahului?.
    Selamat menyahut cabaran yang mendatang berbekalkan pengalaman lalu.
    Terima Kasih Cikgu.

  3. gbpencen permalink
    December 30, 2009

    Aziz :

    Yang menariknya ungkapan anda :
    Banyak orang mempoersoalkan peminta sedekah, bukannya siapa yang hendak bersedekah …

    Guru hoki anda seorang guru yang :
    mempunyai minat (terhadap sukan) berpengalaman, boleh mengwujudkan suasana kerja berpasukan, komited, mempunyai seni menguruskan manusia (guru yang pelbagai gelagat) / keadaan.

    Mr VTec : Kereta saya kereta lama perlukan test pen juga, dan kereta Vtec mungkin tak perlu, boleh guna Lap Top untuk akses kerosakan.

    Terima kasih semua kerana menemani saya sorang-sorang.

  4. Kenalan lama permalink
    December 30, 2009

    Tahniah, apa yang tuan tuliskan semuanya benar2 belaku dikebanyakkan sekolah

  5. December 30, 2009

    Salam Cikgu. Betul ke cikgu serius nak mencantikkan blog? atau saje2 je.. Saya linkkan blog saya di blog cikgu supaya ada pengunjung saya mendapat manfaat daripadanya. Cikgu juga boleh berbuat perkara yang sama bagi memudahkan cikgu mengesan entri baharu daripada saya. Tujuan link adalah untuk tujuan itu. Kita ziarah blog sahabat dan komen, mereka akan membalas kunjungan dan komen. Lama kelamaan blog kita akan meriah dan pengunjung bertambah. Blog saya baru 2 bulan lebih beroperasi. Alhamdulillah, pembaca tetap sudah ramai dan mesej kita tersebar kepada lebih ramai orang. Cikgu pandai menulis, sayang jika tidak dikongsi bersama orang lain. Wallahualam dan wassalam.

  6. gbpencen permalink
    January 1, 2010

    Maybabah.blogspot : Kalau ditanya saya memang serius nak cantikkan blog ini, mungkin masa saja yang menghantui saya.. ada apa-apa yang saya boleh perlajari dari tuan.. Bagaimana saya menghubungi tuan ? Blog tuan memang hebat. Blog tuan memang ramai dikunjungi kerana ianya ada banyak info yang diperolehi dengan gambar-gambar yang menarik.. tuan juga seorang ahli politik yang mempunyai ramai pengikut setia dalam perjuangan. Dah 14k dalam masa dua bulan .. tentunya hebat berbanding dengan blog saya baru hanya 4000 pengunjung setelah hampir 1 tahun berada di maya.. tentunya ada kekurangan kan !

    Teringin saya nak sertai bersama.

    Untuk Kenalan lama : … mesti mengenali saya.. namanya Nas.. any how selamat berkomunikasi kembali di blog kerdil ini…

  7. Cikgu Sukan permalink
    January 15, 2010

    Salam Cikgu..

    Sebenarnya jawatan ini dah lama, saya pernah dilantik sebagai ‘guru sukan’ disebuah sekolah, namun jawatan ini tidaklah memberi makna keistimewaan apa-apapun. Jadi apabila ‘ Guru Sukan Khas’ nak ditempatkan disekolah-sekolah jadi timbullah persoalan dimanakah status guru sukan yang sedia ada hendak diletakkan.
    Saya nak kata setuju 100% tidak dengan topik ini. Tapi kadangkala kehadiran “Orang Baru” di tempat kita dengan jawatan yang sedap didengar mungkin membawa ketidakpuasan hati segelintir “orang lama’. Kadang-kadang ilmu yang dibawa tidak mampu menandingi “orang’ lama yang telah sedia ada.

  8. January 17, 2010

    Salam cg Sukan : Dek kerana cg minat maka cg telah pun buat apa yang sepatutnya untuk memenuhi minat cg. Cg juga telah cuba memenuhi kehendak sekolah khasnya kehendak pentadbir cg. Cg akan terus menimba pengalaman berharga ini pada sepanjang kerjaya cg di sekolah. Saya yakin ianya sangat berharga.. bukan pengalaman sukan sahaja bahkan dalam semua hal berkaitan kehidupan.. ini yang penuh dengan cabaran

    Layarilah kehidupan ini kerana banyak sungguh takrifan akan erti kehidupan kepada setiap / semua insan.

    Terima kasih cikgu . suka kerana bersama saya.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 10 ?
Please leave these two fields as-is: