Hj Khazai vs Ustaz Mamat

2010 January 31
by Guru Besar Pencen

Tidak semena-mena selepas bermain badminton di gelanggang jiran se taman ustaz Mamat mohon ingin berbicara dengan kami semua.  Nampak seperti amat penting permintaannya itu.  Diselak rambutnya yang dibasahi peluh,   menyerlahkan bahagian hadapan kepalanya yang tidak berambut  Beliau memulakan ‘majlis‘.  Bahasanya menggunakan bahasa mesyuarat rasmi.

Sekarang kita kena buat giliran berjaga malam kata ustaz Mamat,  kerana diberitahu ada rusuhan yang  mungkin berlaku dalam masa terdekat ini.  Beliau menggambarkan bahawa perselisihan kaum seperti retak menunggu belah sahaja.  Persediaan harus di buat. Lebih kurang sepuluh keluarga (kebanyakannya guru)  yang tinggal di Perumahan Murah Kerajaan Perikatan di pekan Pantai Remis seolah-olah dipaksa untuk berkerjasama menjaga ketenteraman malam.

Ketika itu saya baru saja berkahwin, sekitar tahun 1978.  Tarikh 13 Mei 1969 telah lama berlalu.  Saya / kami nampak seperti tiada apa-apa ketegangan.  Tenteram sahaja sekitar pekan Pantai Remis yang kebanyakan dihuni oleh keturunan Cina. Kami semua bersetuju tanpa banyak membantah, mungkin kerana yang bercakap itu seorang ‘ustaz’.  Selepas itu kami meneruskan permainan  badminton malam itu tanpa ustaz yang berpuashati atas persetujuan kami.  Beliau  terus berlalu ke rumahnya sebaris di kawasan perumahan itu juga. Mungkin pulang untuk membuat jadual giliran bertugas.

Telah tiga hari jadual giliran berkawal (12.00 malam hingga 5.00 pagi) telah berlalu. Kebanyakan yang terlibat sudah mula merungut.  Tiada apa-apa pun berlaku.  Giliran saya di hari ke empat bersama dua orang guru seorang dari SK Sungai Batu dan seorang lagi dari SM Dato’ Idris, Pengkalan Bahru. Kami berkawal tanpa banyak bersembang.  Tersenguk-senguk di ‘dangau’ yang kami gotong royong membinanya sebelum itu.  Kami semua merungut juga kerana akan bersekolah keesokan paginya.

Pada suatu hari,  seorang rakan telah datang menemui kami digelanggang badminton bahawa ustaz Mamat telah menyatakan yang ibadat haji itu tidak WAJIB. Oleh sebab yang memberitahu itu juga seorang ustaz, dia begitu perihatin dengan ungkapan itu.  Beliau menyatakan yang ustaz Mamat juga mempertikaikan makanan yang kami makan tidak suci dan harus disucikan dengan tunjuk ajar beliau. Kami mendengar sambil bersahaja menganggukkan kepala.   Sokongan ke atas kawalan malam  semakin longgar kerana tiada tanda-tanda akan berlaku rusuhan.  Selang beberapa hari kawaan malam ditamatkan.  Selesa rakan guru di situ bermain badminton.

Mungkin ustaz Mamat telah membuat post mortem atas kelemahan arahan berkawalnya,  maka beliau telah mengundang kami ke satu perjumpaan bersama-sama dengan ustaz Khazai pada suatu malam. Ustaz Khazai adalah tok guru yang sangat dihormati di Pantai Remis kerana ilmu dan amalannya.  Beliau menghabiskan 30 juzuk al quraan pada setiap 30 hari (sebulan).

Selepas set kedua permainan badminton malam itu berakhir ustaz Khazai pun sampai.  Salam dan senyum untuk semua yang hadir dari ustaz Khazai semasa ketibaannya.  Ustaz Mamat menyediakan sebiji periok besar (melebihi satu pemeluk besarnya) penuh berisi air.  Kami agak kehairanan; nak minum ke, nak mandi ke, nak masak ke.  Kalau kenduri tak nampak hidangan pun.

Ustaz Mamat memulakan Tuan-tuan……….. saya nak minta ustaz (Khazai) buatkan air untuk menguatkan hati kita semua menghadapi apa-apa yang akan berlaku.  Itulah antara intipati mukadimah perjumpaan pada malam itu.

Dengan senyuman ustaz Khazai menyatakan :  Tiada apa-apa yang dia boleh buat dengan seperiok air ini.  Beliau meminta sebatang pen dan mula menuliskan potongan ayat-ayat suci al quraan di kertas.

Ustaz Khazai menamatkan majlis : Ustaz  Mamat! …… (lembut kata-katanya)  Minta kawan-kawan amalkan ayat ini, wiridnya selepas solat Isyak.. insyaalah Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua.  Begitulah seingat-ingat saya kata-kata ustaz Khazai menamatkan sepekulasi pada malam itu. Permainan badminton disambung kemudiannya..

Selepas itu ustaz Mamat makin bercelaru dengan hujah-hujahnya.  Walaupun dia cuba mempengaruhi kami dengan hujah keagamaan yang agak luar biasa, tetapi kami sering duduk berbincang  untuk tidak meperjudikan agama dengan amalan yang luar dari pengetahuan kami. Kesimpulannya kepada saya / kami, amalan yang kebiasaan kita lakukan itulah yang sebenarnya.

Kawalan malam sudah tiada lagi, ustaz masih bermain badminton tetapi sering berkira-kira dengan kawan-kawannya untuk meneroka Bukit Sungai Batu kerana di sana ada harta karun.  Kami guru-guru jiran setaman juga berbincang mengenai hal itu tetapi ianya tidak menarik perhatian kami.  Lebih baik bermain badminton untuk menyihatkan badan.

…gbpencen…melakukan amalan ibadat secara biasa  saja sebab takut tersesat.

6 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    January 31, 2010

    AsSalamualaikum W.B.R,
    Lama saya tak melawat blog ini, masa itu detiknya sama cuma saya terlebih kederat nak memburu segala, bekejar kesana kemari berhajat menongkat dunia ini untuk seribu tahun lagi.Begitu pun dalam tenggelam didunia saya, bila membaca dan mendengar nasihat dari mereka yang telah merasa asam garam kehidupan ini membuat saya kembali mencermin diri.Meliht garis dimuka yang semakin nyata senyata dunia yang kian dekatakan menjauh pergi.
    Dalam kesedikitan merasa asam garam hidup ini pun Cikgu, banyak bijak pandai agama ini berselisih dan berkongsi jalan. Banyak yang mengaku meminta minta nama yang sesuai. cuma kadangkala dangkalnya terasa umpama garam yang hilang masinnya, dan yang membuat jiwa ini terasa ceteknya ilmu manusia ini bila hanya mampu melihat kesalahan manusia lain tanpa sedar kalbu sendiri telah tertutup hijab, menjadi gelap sehingga tak mampu diri sendiri mencarinya.
    Biar apapun ilmu didunia ini, ada tunjangnya. Apatah lagi ilmu yang turun dari langit.Dalam mengejar dan mendekatkan diri dengan Yang Wujud ramai yang terlupa menyukuri kewujudan diri.Ramai yang Bismillah tak lekang di hujung lidah sehingga kadangkala masih diucap ketika membeli nombor ekor.Tanpa kita sedari hatta yang menulis ini sendiri pun selalu lupa diri, selalu membuat seolah Yang Pengasih dan Penyayang itu milik kita. Meminta itu menagih ini.Kadangkala membentak bila hajat tak kesampaian, mengalir air mata mengadu nasib sedangkan Dia Maha Melihat tatakala tawa mengelilinggi Rahmat yang setiasa gugur tanpa dipinta.
    Kita ini hamba sahaya, yang kadangkala bertuankan nafsu.Lupa Tuan Hakiki kerana dirasuah sang nafsu, cerdik pandaiku hasil pembelajaranku. Tajam pena dan lidah kerana hebat ilmuku. Semuanya aku, kerana bagiku aku lebih mengetahui tuhanku. Cuma tak berapa nak kuat suara nak berkta neraka itu juga untukku.
    Cikgu, banyak yang menasihati saya, bahwa wirid dan zikir itu jangan dilupa kerana bila sakaratulmaut menjemput itu yang akan sentiasa dibibir. Kamu sentiasa duit dikepala.duit,duit, duit. Moga itu bukan zikir terakhir saya. Nauzubillah.
    Andai nanti jalan saya semakin jauh lencungnya, pimpinlah saya kembali. Kerana saya takut dalam jalan yang gelap ini banyak yang mengikut tanpa menyedari jamung yang saya bawa ini rupanya menuju jalan yang salah.
    Janganlah saya ini sesat lagi menyesatkan.

  2. February 7, 2010

    Salam Cikgu,

    Saya tertarik dengan nama Bukit Sungai Batu. Apabila difikirkan, pastinya bukit itu adalah Bukit Teluk Sera yang tersergam kelihatan dari Pekan Pantai Remis.

  3. February 7, 2010

    Amat bahaya, jika sesuatu isu diterjemahkan berasaskan spekulasi. Spekulasi pula tanpa fakta yang jelas. Kebarangkaliannya, langkah mengatasi isu itu adalah berasaskan ‘macam biasa’ yang sering dilakukan. Oleh itu, personaliti kita mempengaruhi tindakan kita. Jika berfikiran negatif, tindakan kita agak berbeza dengan individu berpersonaliti positif.

    Tambahan pula, isu berkaitan agama, ‘orang biasa’ agak sukar untuk menterjemahkannya. Hanya orang agama yang mampu mengupas dan mengatasinya. Malang sekali, jika orang agama mentafsir isu berasaskan spekulasi dan berpersonaliti negatif.Apatah lagi, ianya melibatkan proses mencari pengaruh.. Fuuhhhh… Cukup bahaya tu.. risau dibuatnya!!!

  4. February 7, 2010

    Untuk Aziz :
    Pada prinsipnya Aziz tahu apa yang sepatutnya anda tahu dalam bidang agama, ianya tidak akan menjadi masaalah dalam melayari kehidupan. Ke arah mana pun Aziz ingin pergi tentunya ia lebih berfokus kerana anda telah boleh menentukukan yang mana ‘intan’ dan yang mana ‘kaca’.

    Indahnya bahasa suratan anda .. Tahniah.

    Satu lakaran cerita (sahaja) kenangan untuk renungan diri sendiri dan kawan-kawan yang sudi.
    Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta. Jadilah pemimpin mereka !..

  5. February 7, 2010

    En Azlan Lin : Ya.. betul nama bukit itu Bukit Teluk Sera. Saya kurang serasi dengan panggilan itu kerna jarang menyebutnya. Ada ke harta karun di situ ?

    Itu lah kerisauan yang kita hadapi dalam menghadapi tokoh-tokoh agama. Haruslah kita memperkemaskan diri agar tidak jauh melencong dari tuntutan agama sebenar. Banyak sangat dilebelkan tokoh-tokoh agama dengan berbagai-bagai nama dan gelaran. Juga dengan bermacam pengajaran dan tujuk ajar. Saya rasa bertuah kerana belajar dari tok guru lama, begitu juga dengan tok guru quraan saya .. tok guru lama..

    Sama-samalah kita menegur satu dengan lain. Terima kasih cg.

  6. zura permalink
    May 6, 2010

    assalamualaikum.encik azlan lin.ada kah azlan dulu brsklah di sng batu .

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Spam Protection by WP-SpamFree