LINUS – sama, serupa, semacam.

2010 January 16
by Guru Besar Pencen

3 sms saya panjangkan kepada 3 orang guru lama saya.  Seorang pun daripada mereka bertiga belum menjawab seperti kebiasaannya .  Jam sudah hampir 4.20 petang.  Mungkin mereka tidur sebentar setelah penat mengajar pada waktu pagi.  Saya bertanyakan ejaan sebenar nama program baru pemulihan - LINUS (?).  Entri ini saya tulis kerana tertarik dengan penjelasan dan perincian yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah KPM mengenai program ini.  Saya mula memikirkan untuk berkongsi pengalaman dengan guru / pemulihan lantas saya mula menulis mengenainya.

Tertarik saya bila seorang rakan GB yang masih bertugas memberi tahu impak program barupemulihan ini  ke atasnya.  Katanya ‘dia tidak perlu takut, kerana ketika program ini hampir tamat nanti (3 tahun dari sekarang) dia sudah pun bersara… Saya tertarik untuk berfikir… berfikir mengapa dia menggunakan perkataan takut (?).  Adakah dia takut ? Dia takut kepada siapa ?

Di sekolah, Program Pemulihan adalah satu kemestian.  Ianya bukan satu program ‘baru’ seperti yang beliau nyatakan,  mungkin baru kerana namanya ditukar dan dinaik taraf pengurusan program tersebut.  Umum warga pendidik sudah maklum akan perkara tersebut.   Sebelum ini pun berbagai-bagai nama telah diberikan kepada program yang berkonsepkan pemulihan oleh KPM.  Malah sekolah juga sering menganjurkan program khas pemulihan dan memberikan berbagai-bagai nama sendiri.  Pemulihan sentiasa di ‘upgrade‘ setiap tahun kerana .. murid yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sentiasa menghantui semua warga pendidikan termasuk KPM pada setiap masa.

Apa pun yang akan berlaku, sehebat manapun Guru Besar bertindak,  Pengarah mana pun yang akan memantau, Ketua Pengarah mana pun yang akan memberi penjelasan,  Menteri Pelajaran mana pun yang akan mencanangkan program baru.. tetapi keberkesanan pemulihan untuk murid yang tidak menguasai 3M adalah menjadi duri dalam daging KPM. Kalau waris mempersoalkan penguasaan anak kami di Tahun Tiga tidak sampai tahap untuk layak belajar di tahun 4.. maka ianya menunjukkan KPI setiap yang dipertanggungjawab itu juga  GAGAL (terutama GBnya)

Sebenarnya ia (kegagalan penguasaan3M) tidak memberi apa-apa impak kepada GB atau guru-guru tetapi impak yang ketara ialah kepada murid yang menghadapi masaalah menguasai 3M diperingkat awal persekolahan.  Mereka ini  sudah tidak bersedia untuk belajar dalam matapelajaran yang lebih mencabar apabila mereka di Tahun 4 nanti.  Mereka pasti akan ditinggalkan.  Dan mereka akan meninggalkan kesan yang hebat sehingga banyak gejala yang tidak mahu kita dengar,  bermula dari murid Tahun 3 yang tidak menguasai 3M.

Mengapa tidak : Umum rakan guru mengetahui murid yang tidak menguasai kemahiran asas ini akan : berkongsi masaalah tidak minat belajar, sering terpengaruh gejala tidak sihat, ingin melakukan vandlism, mengwujudkan gangguan sesama rakan, suka melakukan perkara yang tidak baik dan tidak mahu mengurus diri dan harta benda sendiri – sama ada di sekolah atau di luar sekolah.  Mereka akan terus terpinggir terutamanya setalah guru-guru sudah berada di luar batasan kemampuan untuk menanganinya dan lebih malang lagi sekiranya pihak pengurusan sekolah juga ambil sikap lepas tangan.

Maka dengan itulah LINUS (pula) diwujudkan, di upgrade dari program Pemulihan Khas, Pemulihan dalam kelas, Program PROTIM atau program lain yang bersangkutan dengan pemulihan. Satu penambahbaikan yang memberi lebih penekanan kepada guru dan GB untuk memantapkan komitmen agar ianya lebih berkesan.  Tapi apa yang berlaku saban waktu,  pemulihan tetap pemulihan,  murid masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya tapi rekod pemantauan guru yang akan bertambah, catatan guru makin bertambah,  ruang waktu semakin mengecil dek kerana tugasan perkeranian semakin juga bertambah.   Hanya satu saja (pada pendapat saya) yang boleh menjamin kejayaan program ini ialah kesungguhan dan budi bicara GB bagi menentukan guru dan murid dapat berjalan seiringan walaupun dengan membuat catatan dan rekod dengan kadar yang minima.

Kalau GB hanya memikirkan, saya akan pencen tak lama lagi,  program ini program hanyalah program lama,   cuma baru pada nama,  siapkan segera laporan bertulis hendak di hantar ke JPN/PPD, biarlah guru-guru mencari pendekatan yang sesuai, maka berilah apa saja nama yang untuk program pemulihan ini – saya yakin,  pi mai, pi mai dok tang tu jugaklah …..

Dek terasa amat pilu bila murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan6) , tidak boleh membaca,  saya mengajar Tahun 6C di akhir-akhir tempoh perkhidmatan saya.  Selepas kami mengwujudkan program Pemulihan dalam Kelas, dalam cuti pertengahan penggal kedua, kami mengwujudkan pula program pemulihan, PERKACA (namanya).  Sepanjang hari bekerja dalam masa cuti itu,   saya mengajar murid-murid tahap 2, yang tidak menguasai 3M.   Tidak banyak yang boleh diselamatkan tetapi sekurang-kurangnya kita telah menunjukan keperihatinan kita.  Dan yang membanggkan saya ada ramai guru yang menawarkan diri untuk bersama-sama dengan saya.  Mereka memberi isyarat kepada saya bahawa guru memerlukan GBnya untuk menjayakannya.  Saya masih kenal dan ingat guru-guru berkenaan yang memang sama-sama perihatin akan murid 3M ini.

Terima kasih cikgu.

…gbpencen…suka mengajar murid lemah.

10 Responses leave one →
  1. January 22, 2010

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Saya sangat setuju dengan cikgu, bahawa komitmen Guru Besar atau Pengetua sebagai Pemimpin Instruksional adalah sangat penting. Saya pernah menjadi Pengetua sekolah gred B, selama lima tahun sebelum saya dilantik sebagai Guru Cemerlang. Ketika itu saya mengajar mp Sains SPM. Saya mengajar tiga kelas (15 waktu seminggu). Melalui contoh dan teladan yang ditunjuk kepada rakan guru, sepanjang ingatan saya tiada para guru dibawah kelolaan saya yang liat, lembik, lemau, malas atau ponteng. Oleh itu komitmen pemimpin adalah penting.
    Apabila ada menteri baru ada dasar baru, ada KPPM baru ada idea baru. Nanti yang menjadi mangsa pelakasa ialah guru bilik darjah. Berbagai borang perlu diisi. Akhirnya masa nak fikir cara untuk meningkatkan kemahiran tiada, idea untuk menginovasi hilang… Akhirnya kerja guru jadi lebih teruk dari kerani sekolah. Semua surat guru yang buat… P&P akan dibuat ala kadar. Lebih teruk lagi kalau Pengetua/GB jenis penakut atau kaki ampu… Guru jadi mangsa.

  2. emb permalink
    February 3, 2010

    baiknya abg..sentiasa support apa jua progaram yang di anjurkan tapi saya sedih bila masa saya nak mengajar pemulihan khas ni di tarik pla ke kelas perdana apa hal ada muridmyang perlu kan khidmat saya dah lah tu di marahi lagi kerana mengajar murid itu…alasan yang di berikan murid tu dah boleh membaca tapi hanya KVKV bagaimana kemahiran yang lain…dia tidak mampu lagi…di tambah kesihatan nya lagi murid perlu di ajar slow and steady perlu main peranan dengan dia..tapi yang cantiknya kwn sejawatbanyak menyokong hasrat saya supaya teruskanmengajar murid ini…jgn pedulikan progaram sekolah…kadang-kadang perlu berdiri juga menyatakan pendirian demi murid ini….smoga lancar membaca nak…teruskan usahamu di rumah biarkan cikgu bantu mu di sekolah….

  3. February 7, 2010

    Nampaknya ada telah mempegalaman diri anda melalui tugas sebagai pentadbir sekolah. Sungguh indah pengalaman itu. Bicara kita lebih bermakna kerana anda juga bersama dengan saya merasai segala. Ia akan menjadi petunjuk hala dimana harus anda berada bila ada diberi tanggung jawab sebagai pemimpin. Bila anda menjadi guru cemerlang.. tentunya anda akan lebih berfokus kepada ‘guru’ bukan kepada pentadbir.

    Saya berharap anda tidak akan terhalang menjalankan tugas baru anda bila berhadapan dengan karenah.. termasuk pengetua anda.

    Selamat maju jaya dan terima kasih.

  4. February 7, 2010

    Untuk emb:
    Sukanya murid bersama cikgu. P&P berbeza di kelas Perdana. Mereka kita dekati dan kita bimbingi secara terhormat. Kehormatan yang mereka perolehi dari cikgu lah yang menyebabkan mereka sukar melupai cikgu – itulah keindahan seorang yang bernama ‘cikgu’

    Apapun bicara dan kisah yang berlaku, mereka perlukan kan kita.. mereka sudah ketinggalan, mungkin telah lama ketinggalan.. yang kita inginkan, ketinggalan itu tidak akan menjadi satu ‘kehilangan’ – Dalam ertikata sebenar, diakhir persekolahan mereka nan (kalau tidak dipulihkan) mereka akan kehilangan segala-galanya. Pada ketika itu, siapalah kita, cikgu.

    Teruskan cikgu, biar apa pun, pemulihan itu amat murni untuk mereka dan untuk kita.. Selamat Bertugas.. doa untuk kesejahteraan cikgu. Terima kasih.

  5. February 14, 2010

    Assalamualaikum,

    Saya dapati murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu dan Matematik akan dihantar menghadiri kelas pemulihan. Bagaimana yang lemah dalam Bahasa Inggeris ? Apa pandangan cikgu ? Sekolah di kampung saya tidak ada kelas pemulihan untuk bahasa inggeris.

    Sekian, terima kasih.

  6. gbpencen permalink
    February 14, 2010

    Hidir : Saya selalu merasakan ada sesuatu yang tidak kena (sedikit) kat mana-mana.. Guru BI sepatutnya lebih keras menangani permasaalahan ini.. KPM pun sedar bahawa guru BI perlu diberi isentif 10% lebihan gaji (banyak tu..) dan berurusan lah mereka dengan pemulihan Bahasa Inggeris di sekolah dan tumpuan untuk murid yang lemah (untuk diberi pemulihan). Kalau 10% pun masa yang dikhaskan untuk pemulihan BI, ianya tentu sesuatu yang bererti untuk mereka.

    Saya melihat P&P BI amat lengkap dengan input-input yang mantap untuk diajar agar murid dapat menguasai. Bahan-bahan yang disediakan memang banyak kerana BI merupakan bahasa yang lengkap untuk dipelajari. Maka terpulanglah kepada sekolah untuk mempromosikan aktiviti untuk pemulihan BI di sekolah. One day a word, English is Fun dan banyak lagi yang saya lihat Panitia AJK bincangkan.

    Maka tepuklah dada guru BI, tepuklah bahu GB dan ajaklah murid bersama dengan kemudahan yang serba lengkap di sekolah kini….

  7. Mohd Fazli Norizab permalink
    March 8, 2010

    Salam…

    Saya sungguh tertarik dengan pandangan,luahan dan juga komitmen Cikgu melalui artikel ini dan juga lain-lain artikel di dalam blok ini yang mana saya rasa ia cukup bermanfaat untuk diambil pedoman terutamanya bagi saya seorang guru pemulihan khas yang baru setahun jagung berkhidmat di sekolahyang terleteak di kawasan pedalaman Sarawak ini.

    Bagi saya,apa yang Cikgu tulis di sini sedikit sebanyak dapat terus membakar semangat saya untuk terus berbakti dan menabur budi di perkampungan Iban ini sungguhpun dihimpit seribu macam kepayahan baik dari segi kemudahan infrastrutur mahupun dari sudut mentaliti nya.Namun begitu,ia bukan lah alasan untuk saya menunduk ke bumi.Mengajar di kelas pemulihan ini memerlukan minat serta tahap kesabaran yang tinggi yang bukan calang2 orang yang mampu melakukannya kalau tidak sanggup.

    Saya amat kagum dengan keprihatinan dan kesanggupan cikgu untuk turut sama terlibat secara langsung dalam memulihkan murid-murid tahap 2 yang masih lemah dalam 3M. Memang saya akui bahawa peranan yang dimainkan oleh seseorang GB itu amat penting dalam menentukan hala tuju serta prestasi sekolah kerana jika seseorang GB itu hanya memikirkan lagi berapa lama dia hendak pencen,atau tidak pandai menguruskan guru-guru bawahannya maka sekolah itu tak ubah seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam..

  8. March 10, 2010

    Fazlee : Anda di pendalaman Sarawak ? Syabas… anda telah mendahului komitmen jika di bandingkan dengan guru-guru lain yang sentiasa dalam keselesaan. Suatu hari anda akan pulang ke kampung atau dipinggir bandar. Bekalan yang akan anda bawa dari sana cukup berhanga.. cukup menginsafkan.. dan cukup untuk menjadikan pengalaman bagi terus menempuhi profession yang penuh dengan cabaran dan penuh kemuliaan. Tabah dan ..
    kita jumpa lagi..
    Terima kasih..

  9. Mohd Fazli Norizab permalink
    March 12, 2010

    Salam sejahtera..
    Terima kasih saya dahulukan kerana cikgu sudi membalas komen saya..dan juga ucapan syabas dari cikgu sungguh bermakna buat diri saya..maklumlah,kata-kata perangsang dan semangat dari orang-orang lama seperti cikgu lah yang akan menjadi dorongan dan juga pembakar semangat kepada kami guru-guru baru yang masih meraba-raba dalam profesion keguruan ini….bagi saya,cikgu adalah idola dan juga mentor saya utk terus menyusuri liku-liku hidup sebagai seorang guru di pedalaman ini..
    Alhamdulillah,walaupun di tempatkan di sini,saya merasa amat bersyukur kerana sabagai seorang anak kampung yg hidup susah dan dibesarkan di dalam kebun getah, akhirnya saya dapat kembali merasai kepayahan seperti zaman persekolahan saya 19 tahun yg lalu..dan kerja mendidik itu menjadi lebih menarik bagi saya di sini kerana majoriti murid-murid di sini yang dahagakan ilmu serta tak banyak karenah…berbeza situasinya dengan rakan-rakan mereka di semenanjung…
    Bagi saya,adalah lebih baik kita bermula dari bawah dan susah..kerana segala kesusahan dan kepayahan ini satu hari nanti akan membuatkan kita sentiasa sedar diri dan tak mudah melatah bila pulang ke semenanjung..Seperti mana cerita-cerita dan kisah hidup ckgu yang telah saya baca di dalam blog ini, saya berharap suatu hari nanti saya juga akan dapat menikmati hari-hari yang indah selepas bergelar guru pencen.Namun saya sedar,masih terlalu jauh perjalanan hidup saya dan saya berjanji dan berazam dalam diri saya untuk menjadikan segala nasihat dan juga pandangan cikgu sebagai motivasi utk saya terus melangkah..meniti hari-hari yang berlalu di bumi pedalaman ini dengan penuh kesabaran dan juga kecekalan..

    Terima kasih cikgu….

    Jumpa lagi…

  10. Sharifah permalink
    May 3, 2010

    Salam…
    Saya mula mengajar pemulihan untuk sekolah menengah pada tahun ini.Apa yang saya dapati pelajar lelaki lebih lemah daripada perempuan.Majoriti pelajar saya adalah lelaki. saya mula mencari buku latihan yang sesuai untuk mereka malangnya saya dapati buku tahun satu pun masih tak sesuai untuk mereka. Adakah silibus yang terlalu tinggi menyebabkan mereka tertinggal ? Apa pendapat cikgu?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Spam Protection by WP-SpamFree