Pemulihan Bahasa Inggeris
Seorang guru Bahasa Inggeris mencuit saya dengan menyatakan bahawa Bahasa Melayu (BM) mempunyai program Pemulihan Khas. Bagaimana pula dengan murid yang lemah Bahasa Inggeris; mereka tiada program Pemulihan Khas untuk Bahasa Inggeris (BI). Terasa sangat kebenarannya kerana saya banyak mengomel mengenai Pemulihan BM (sahaja) sedangkan yang ketara kelemahan dan kegagalan peratusan dalam UPSR ialah subjek BI… betul juga, dan beliau meminta komen dari saya.
Pemulihan Khas, dengan bilik (hawa dingin) khas, dengan guru khas, dengan peralatan khas, dengan taklimat khas, komputer khas, dengan asakan bertali arus kepada Guru Besar (GB) juga khas datangnya dari peneraju utama peringkat negeri (Pengarah). Semuanya khas. Begitulah pentingnya Program Pemulihan Khas (BM) kepada KPMalaysia dan tidak juga kurang pentingnya kepada seorang Guru Besar. Bahkan pada saya itulah agenda saya selamanya berjawatan sebagai GB. Semuanya dikhaskan kepada Bahasa Melayu. Mengapa pentingnya Bahasa Melayu; Pemulihannya dikhaskan ? Umum sudah mengetahui. Pastinya Bahasa Rasmi Negara, dan sebagai kayu pengukur kepada medium utama dalam aliran perdana pendidikan (hanya sesetangah orang sahaja yang sanggup menafikannya (?)).
Apakah Bahasa Inggeris itu tidak mustahak maka di tiadakan pemulihan ? Saya dan pelayar blog ini tentunya akan menafikan sekeras-kerasnya…
Pengajaran BI merupakan pembelajaran yang tertua di dunia, maka sudah tentu ianya telah saling melengkapi sepanjang masa dan cukup dengan segala bahan dan strategi untuk memperkasakan penguasaan bahasa itu. Di dalamnya merangkumi berbagai kaedah pengajaran, ia telah menjadi amat sesuai untuk disampaikan kepada semua peringkat umur pelajar. Berbanding dengan BM yang dilengkapan strategi pembelajarannya di sekitar Nusantara ini sudah tentunya ianya memerlukan pendekatan secara berterusan untuk terus memartabatkannya. Maka usaha itu diteruskan oleh KP Malaysia untuk memperkukuhkannya melalui aktiviti Pemulihan Khas seperti yang kita bicarakan.
Oleh yang demikian, rata-rata guru BI di sekolah rendah sudah pun dimengertikan mengenai konsep pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam P&P yang dibawa oleh mereka. Maka KPMalaysia sedar yang ianya merupakan salah satu pelajaran yang paling kritikal di sekolah. Maka dengan itu telah diadakan elaun kritikal sebanyak 10% dari gaji pokok guru-guru BI bagi menyatakan betapa kritikalnya pelajaran tersebut. Diharapkan dari semasa ke semasa mata pelajaran ini akan menjadi tidak kritikal lagi. Maka usaha dari guru BI ditagih dengan berobjektifkan – mesti dilipat gandakan (sekurang-kirangnya 10% lagi) bagi menjamin penguasaan BI di kalangan murid-murid dibawah ‘core bussiness’nya – logikkan ?.
Berbalik kepada bahan dan kaedah dalam P&P – BI : Sepanjang pengamatan saya, ianya sungguh mengkagumkan, ianya telah lengkap dan sangat berkesan. Maka terpulang-lah bagaimana guru-guru BI menghadhamkan penyampaian, aktiviti, pendekatan dan pengolahan di hadapan murid di bilik darjah. Kalau ianya masih gagal, pada hemat saya sudah ada silap dan salah-nya di mana-mana :
1. Kesungguhan guru menganalisis maklumat pengajaran bersama keberkesanan guru menganalisis tahap kebolehan dan pengetahuan murid.
2. Kesedaran guru mentakrifkan pengajarannya sebagai pengajaran bahasa kedua. Pengajaran seharusnya tidak terikut-ikut dengan pengajaran Bahasa Ibunda. Dengan itu satu pengorbanan yang luar biasa harus ada dalam memperkasakan pengajaran BI (Pengajaran bahsa Kedua).
3. Keberkesanan memilih program yang yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memantapkan penguasaan BI. Pihak panita BI dan pengurusan sekolah harus memperkuatkan jalinan kerjasama agar program yang dipilih berkesan melalui kaedah pemantauan, post mortem, kepaduan dan kejituan proses.
4. Program BI harus dimakmurkan oleh keseluruhan warga sekolah dan sebaiknya BI adalah dijadikan satu budaya di sekolah.
5. Guru BI kena membulatkan hati dan bertindak sebagai Guru BI yang amat diperlukan dan amat dipertanggungjawabkan
Sejauh mana asas lima perkara ini disentuh oleh Guru Bahasa Kritikal ini. Atau hanya tersentuh dengan elaun 10% sahaja (yang tidak diperolehi oleh lain-lain guru). Semua guru BI dan semua murid termasuk kalangan waris pula ingin juga merasai sentuhan GB sesebuah sekolah kebangsaan yang menjadi peneraju utama di sekolahnya. Kita amat mengharapkan (sangat-sangat) guru-guru BIyang kebanyakannya bukan dari kalangan keturunan melayu juga sama-sama tersentuh dengan kelemahan murid keturunan melayu di Sekolah Kebangsaan – yang juga adalah salah satu punca yang perlu diperhatikan.
…gbpencen…mengakui tiada banyak kejayaan dan merintis pemulihan Bahasa Inggeris.
Anak saya memang tak boleh pandai dalam BI seperti saya juga. Jadi kenalah cari jalan supaya anak saya boleh pandai. Harapkan sekolah sajalah. Di rumah tidak menggunakan Bahasa Inggeris. GB@ kena tengoklah sungguh-sungguh
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semasa saya sedang mencari-cari tadika yang sesuai untuk anak-anak saya, saya pernah singgah di beberapa tadika swasta (Q Dees, bukan iklan sekadar contoh). Saya berasa kagum dengan kemampuan kanak-kanak yang belajar di sana, seawal 4 tahun sudah mampu membaca petikan pendek dalam bahasa inggeris. Guru-guru yang mengajar di sana bukannya pengkhususan dalam bidang pendidikan tetapi dalam bidang yang berbeza. Malah mereka tidak pernah mengikuti latihan perguruan tetapi mereka berjaya. Saya terfikir sendiri apakah kaedah dan teknik yang digunakan. Adakah tidak boleh diaplikasi dalam sistem pendidikan khususnya pengajaran bahasa inggeris.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Fazli dan hidhir : Pemalas adalah rasmi sesetengah murid, hakikat yang perlu kita terima dan hadapi.. Cucu saya di Tadika Swasta, dia bukan saja boleh berbahasa Inggeris tetapi boleh dan berani bercakap dalam bahasa Inggeris. Lancar bacaan BInya dari BM (?). Dia juga malas. Saya menyetujui hujah saya bahawa P&P BI adalah lengkap (kerana melalui proses pembelajaran yang sangat lama). Jika dipraktikkan betul2 (dengan penuh komitmen, maka hasilnya..tentulah membanggakan).
Bukan P&P BI yang anda katakan itu tidak dipraktikkan di sekolah, ianya mempunyai aplikasi yang lengkap untuk dijalankan di sekolah, tetapi – tidak dijalankan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh, membuat sedikit ‘home work’. analisa dan komitmen..
Saya juga mempunyai ramai murid Pra Sekolah ketika saya bertugas, tetapi…. bagaimana gurunya mengaplikasi P&P PRA Sekolah itu.. (jika dibandingkan dengan PRA Sekolah Swasta yang ANDA katakan ?) atau ada lain-lain halangan yang menjadi penghalang (?)
sekadar ingin bertanya,
Anak-anak yang bersekolah tadika di tadika swasta dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik, adakah mereka juga fasih berbahasa Melayu dengan baik?
Saya bukan berat sebelah, sekadar harap dapat diimbangi penguasaan kedua-dua bahasa ini. Jangan pula dikejar bahasa Inggeris, bahasa Melayu diabaikan.
Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan
1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.
http://mbmmbi.blogspot.com/
ryanhanna : Bila sampai di Tahun 6, di SK, maka berhempas pulaslah guru Bahasa Inggeris termasuk GBnya untuk mengecilkan potensi kegagalan murid dalam mata pelajaran itu dalam UPSR. Ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa tersebut memang menjadi masalah kepada murid-murid. Saya mengutarakan pendapat bahawa kalau di Tadika lagi, kemahiran berbahasa Inggeris itu dapat diperhebatkan.. sudah tentu ‘insiden’ yang saya nayatakan itu boleh dikurangkan.. kan ?
Oleh sebab Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian murid-murid SK.. maka perlulah guru Bahsa Melayu pula menggilapnya secara berterusan, tersusun dan berkesan. Jangan terikut-ikut menggunakan bahasa kampung Melayu, gunakan Bahasa Melayu.. kan ?
…atau bukan begitu !.. terima kasih.