Skip to content

Komen anda saya jawab (1)

2010 April 6
by Guru Besar Pencen

Untuk Paksu Pencen, Aziz, Shima, Yuslan dan vtech:

Terima kasih atas respon anda semua.  Saya hargai.  Saya hargai pendapat peribadi anda (untuk dikongsi) yang dicoretkan dalam setiap komen anda.  Melalui pengalaman anda dalam era moden (atau semakin bertambah moden) yang sangat mencabar ini.

Saya memahami betapa berbagainya pendapat mengenai agihan pendapatan untuk menyara kehidupan dalam negara kita yang tercinta ini.  Semua generasi muda kita (harus) berkemampuan untuk mengharunginya.  Buktinya tidak  dinafikan kerana saya sering berselisih bahu dengan bekas anak didik kita yang telah berjaya dan antaranya telah sangat berjaya.  Namun realitinya,  saya tidak dapat memisahkan diri saya untuk merenung anak didik kita yang masih tidak berjaya.  Ramai di antara mereka hanyut dalam arus pemodenan Satu Malaysia.

Bahawa dengan tidak menafikan, kita semua menyedari apa yang anda katakan bahawa bangsa kita adalah bangsa yang suka berselesa.  . Sebenarnya bangsa kita telah didik untuk berselesa dari dahulu lagi.  Sebelum mencapai kemerdekaan bangsa kita telah selesa,  cukup sekadar boleh makan. Selepas merdeka juga, bangsa kita terus selesa kerana  tiada ada apa yang hendak dikejarkan.  Pernah saya katakan bahawa  pada ketika itu tiada motivator yang dapat mendorong bangsa saya untuk terus merebut ‘kek’ negara dengan seberapa segera.

Kita hanya dapat melihat perubahan kepada sedikit suasana tidak selesa iaitu pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir.  Beliau merupakan seorang motivator untuk bangsanya termasuk bangsa Malaysia. Ungkapan keramat beliau : Kita tidak akan mengambil hak orang lain untuk diberikan kepada bumiputra tetapi akan membuka ruang baru untuk diteroka.  Beliau   telah membuatkan bangsanya sedikit terbuka.  Maka semenjak itu bermula lah era Melayu Moden, tetapi bangsa kita tetap bangsa kita, bangsa saya, bangsaku.

Bila berada diruang-peluang sebagai pendidik dan pengurusan pendidikan (peringkat rendah) , maka ruang litup yang terhad itu sajalah yang boleh dimanipulasi.  Sebagai insan kerdil yang serba kekurangan, melihat kedaifan anak didik bangsa saya yang serba tidak menjadi, saya perhambakan diri semau-maunya untuk mereka tanpa sangat memikirkan apa-apa.  Apa saja – Guru j-qaf, PPSMI, isu berat beg, KWAPM, bauchar tuisyen dan banyak lagi cerita dalam institusi pilihan saya itu,   ditempuhi dengan rela tanpa sangat akan memikir hal-hal lain, hatta diri sendiri.

Persoalannya , keselesaan bangsa saya dalam Satu Malaysia juga dinikmati oleh semua bangsa di Malaysia.  Maka kita harus menuntut keselesaan itu daripada orang yang lebih selesa dari kita.  Ini harus dilakukan  sebagai mengenang jasa dan menghargai kerja kuat pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu yang telah memberi keselesaan kepada bangsanya dan kepada ‘mereka’ .  Walaupun ramai bangsa kita tidak berniaga, bahawa mereka adalah satu bangsa yang perlu Satu Malaysiua hargai kerana mereka merupakan  satu bangsa yang baik, pemurah, lembut hati dan bertolak ansur.  Mereka sudah melakukan perkara itu, lamaaaaaa dulu sehingga sekarang.  Berterima kasihlah kepada mereka. Mereka perlu diharga walau dengan apa alasan sekalipun.

…gbpencen…masih tidak emosi.

2 Responses leave one →
  1. Aziz Kassim permalink
    April 6, 2010

    Mereka perlu dihargai walau dengan apa alasan sekalipun.

    Cuba kita bertanya kepada pelaut pelaut Melayu yang menetap di Liverpool bagaimana mereka menghargai Mat Salleh Mat Salleh di sana.

    Cuba kita bertanya kepada Melayu Melayu Cape Hope bagaimana mereka menghargai Pak Hitam Pak Hitam di sana.

    Cuba kita bertanya kepada Melayu Melayu Amsterdam bagaimana mereka menghargai Belanda Belanda tak cukup tanah di sana.

    Mungkin mereka ada jawapannya. Mungkin benar kata Cikgu kita memang suka berselesa .
    Kalau tidak masakan ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya.

    Orang berbudi kita berbahasa ,
    Orang memberi kita merasa,
    tapi alangkah malangnya kita berharap dengan orang yang tak reti bahasa.

    Maaf Cikgu, keras bunyi saya kerana saya kurang selesa dengan keadaan bangsa kita.

  2. azza permalink
    April 29, 2010

    Salam, saya azza dari majalah nur berminat untuk mengadakan temuramah bersama guru besar pencen (gbp) bagi ruangan kami yang berjudul nostalgia guru (menceritakan pengalaman menjadi guru & memberi tips kepada bakal-bakal guru). Saya boleh dihubungi melalui emel di bawah. Terima kasih.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 10 + 10 ?
Please leave these two fields as-is: