Skip to content

Cukuplah Pra Sekolah

2011 April 10
by Guru Besar Pencen

Anak Permata Kampung – Kenangan mu mengusik jiwa ku

Semasa saya berkunjung ke sekolah lama saya baru-baru ini,  saya diberitahu (secara tidak rasmi) bahawa JPN berhasrat untuk menambah lagi (1) kelas Prasekolah untuk sekolah tersebut;  bagi menjadikan (3) kesemuanya.  Oh ! banyaknya.  Tentu ianya ada kebaikannya untuk penduduk-penduduk setempat.

Bangunan usang pra penjajah yang sedia ada akan digunakan untuk program peluasan itu.  Tempatnya di atas bangunan pra yang sedia ada sekarang.  Bangunan itu hampir reput.  Ada pendapat ‘ya’,  ada ‘tidak..’   Ada yang iya – begini caranya dan ada yang tidak – begitu caranya.  Semua pendapat boleh diterima kerana semuanya ada alasannya yang tersendiri.

Oleh sebab Prasekolah dewasa ini menjadi satu keperluan yang amat sangat, maka keperluan program peluasan tersebut sudah menjadi amat penting kerana (salah satu sebabnya) dapat mengekang pertumbuhan Pra sekolah swasta, NGO atau badan politik daripada membiak tanpa batasan.  Pada setengah pendapat ianya mungkin satu masa lagi tidak dapat dikawal penerapan berbagai nilai, ideologi, fahaman di dalamnya.  Juga dikira dapat membendung kerakusan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dari mengaut keuntungan berlebihan.  Betul ke ?  Mungkin iya, mungkin tidak.

Anak Permata Negara,  satu nama yang GAH dari seorang isteri Perdana Menteri.  Tahniah kerana mengwujudkan satu program yang belum tentu hujung pangkal  kejayaannya.  Walau bagaimanapun ianya memang program permata kerana lahir bersama seorang pembesar yang paling berkuasa di dalam negara Malaysia. Walau apapun masalahnya tentu dapat di atasi kerana semua keperluan yang dimahukan akan diperolehi – dengan apa cara sekali pun.

Perlukah anak-anak permata ini satu program khas dimana terdapat masih berselerak -taraknya institusi rasmi dan tidak rasmi untuk anak-anak pra persekolahan. Atau mungkin lebih perlu program yang sedia ada di Kementerian Pelajaran itu dimantapkan dengan sebaik-baiknya supaya Prasekolah di sekolah aliran Perdana Kerajaan tidak menjadi seperti Prasekolah Kelas Dua sahaja seperti anggapan setengah-tengah pihak.

Diperhatikan trend di bandar-bandar,  galak,   waris menghantar anak-anak ke Prasekolah swasta yang memberi cerminan akan parasekolah ‘berkualiti tinggi‘.  Di kampung-kampung pula diperhatikan Prasekolah – sekolah kerajaan menjadi tarikan kerana yuran yang rendah tanpa menghiraukan kualiti output yang dihasilkan (?)

Apakah kualiti yang dihasilkan oleh Prasekolah – sekolah kerajaan ini boleh dipertikaikan ?  atau boleh dibandingkan dengan Prasekolah swasta ?  Persoalannya sangat subjektif  kerana kajian ke atas itu belum lagi saya terbaca.  Walau bagaimanapun  hanya untuk membezakannya – eloklah kita tanya kepada guru besar di sesebuah sekolah.  Guru Besar itu akan menjawab… dari segi kemudahan – ianya sudah melimpah ruah.., Dari segi guru mencukupi.. tetapi apakah kualiti guru yang berada di kelas itu.. bagaimana komitmennya, ruang dan peluang yang ada padanya,   kesungguhanya dan juga bagaimana pihak pengurusan sekolah memantau perkembangannya.  juga di katakan, bagaimana pula kualiti waris dalam kedudukan sosio ekonomi setempat (?)  Semuanya ada hubung kait.

Itu lah ungkapan dan telahan yang biasa kita dengar dalam pengurusan sesebuah organisasi sekolah.

Isteri Perdana Menteri begitu tertarik dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak – kononnya.  Di sana sini pelancaran demi pelancaran penuh dengan warna-warni.  Bukan sedikit yang memakan korban,  tenaga wang ringgit, pegawai-pegawai, kakitangan – semuanya sibuk di hari pelancaran.  Walaupun begitu (andaian) semuanya tanggung beres,  si isteri berbisik je.. semua tanggung ‘lulus’

Apa yang di ingin disampaikan :

1.  Adakah Kementerian Pelajaran (yang ditugaskan) tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap pendidikan Prasekolah hinggakan terpaksa isteri Perdana Menteri turun padang untuk up grade keperihatinan negara kepada anak-anak pra persekolahan.

2.  Adakah ianya demi untuk mencetuskan kepopulariti peribadi seorang isteri Perdana Menteri.

3.  Adakah perlu menunjukan yang Permata Negara ini khas untuk menampakkan kehebatan dan kemampuan membelanjakan jutaan ringgit yang mana sepatutunya boleh difikirkan untuk disalurkan ke tempat-tempat lain yang lebih penting  dan sangat memerlukan. Dengan lain perkataan adakah program itu Sangat Memerlukan.

4.  Penampilan yang bersungguh-sunggah penaraju program ini menjadikan ramai di kalangan kita memikirkan bahawa seperti ada satu lagi tangan untuk menentukan hala tuju negara… kalau tidak sekarang, mungkin pada suatu masa nanti.

…gbpencen… hanya melemparkan senyuman sinis tanda hormat.

3 Responses leave one →
  1. khairi din permalink
    April 14, 2011

    Saya dan isteri mengusahakan Montessori atau Pra Sekolah yang canggih sedikit Saya tak FaHaM mengapa isteri PM menghabis jutaan RM utk projek terbut.Mengapa perlu dia campor tangan urusan kementerian……

  2. Ong permalink
    April 15, 2011

    dalam urusan keluarga, seorang adalah pembantu. bukan jalan di depan, laki dia ikut belakang…

  3. May 2, 2011

    terima kasih tuan GB kerana meletakkan blog saya dalam blogroll . Tentang hal Permata Negara ni saya bersetuju dengn pendapat tuan..bagi saya apa yang perlu ialah PRAsekolah yang ada di pertingkatkn dari dana 100 juta permata ni…tak perlu permata..apa yang perlu ialah penambahbaikan….

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 12 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: