Saya kenal cikgu
Antara yang paling menyusahkan hati saya ialah bila guru memperlakukan sambil lewa buku latihan murid. Dari sini waris sudah mengenali siapakah cikgu anak-anak mereka. Banyak yang saya pernah ungkapkan dan banyak yang saya selalu berpesan. Waris tidak melihat kita di bilik darjah; GB pun tidak sempat untuk melihat kita; hatta buku latihan atau buku aktiviti murid mencerminkan peribadi sebenar kita sebagai seorang guru yang mengajar di bilik darjah.
Latihan yang tidak sesuai, atau latihan yang tidak berkualiti, atau latihan sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’, atau latihan yang tidak diurus dengan baik, atau latihan yang tidak kena pada tempatnya; walaupun di Tahun berapa sekalipun anak murid kita berada, semuanya akan mendedahkan peribadi kita sebagai seorang guru kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan latihan yang tidak disemak, tidak ditanda dan tiada tindak ikut selanjutnya seperti membuat pembetulan, akan menguatkan lagi tanggapan negatif kepada seseorang guru.
Semua guru berkeinginan untuk menguruskan buku latihan muridnya dengan baik, tetapi terdapat beberapa kekangan yang membantutkan hasrat itu. Antaranya kekurangan masa yang diperuntukan oleh guru itu sendiri, atau kelemahan murid sendiri untuk menguruskan latihan yang diberi, atau guru tidak dapat menyesuaikan atau menguruskan masa menyalin atau membuat latihan murid, atau guru tidak dapat menyesuaikan jumlah latihan yang patut diberi kepada murid, atau guru sendiri tidak begitu berhati-hati ketika memberi latihan, termasuk tidak mengetahui secara mendalam kebolehan dan kemampuan murid untuk menghabis dan mengemaskan latihan mereka.
Bila saya buka buku seorang murid Tahun 1, ” Kata penghubung digunakan untuk menyambungkan dua ayat …. “. “Kata ganti nama ialah …..”. Begitulah catatan yang dibuat oleh seorang murid tersebut yang baru 5 bulan bersekolah, telah diminta oleh gurunya untuk menyalin satu rangkai kata yang begitu kompleks untuk mereka fahami. Dari segi positif ianya merupakan sesuatu yang baik tetapi dari segi rasionalnya … adakah catatan sebegitu dapat membantu murid Tahun 1.
Disamping itu juga didapat banyak latihan yang sesuai untuk murid membuat latihan dalam buku mereka. Saya juga sempat menyemak lain-lain buku termasuk buku matematik yang lebih tersusun latihannya kerana memeringkatkan kemahiran melalui kebolehan murid berkenaan. Ternayata hasilnya lebih berkesan.
Berilah latihan supaya sesuai dengan masa yang cikgu berikan kepada mereka, kelak mereka akan dapat menyempurnakan latihan berkenaan. Kawal gerak geri murid agar tidak membazirkan waktu kerana tanpa kawalan, masa yang diperuntukan akan tidak mencukupi. Apabila latihan yang dibuat menjadi sempurna, waris akan mengenal cikgu sebagai guru yang didikasi. Ini mengundang kepada peningkatan penghormatan mereka kepada kita – sesuatu yang kita cari. Di samping itu, latihan yang terlalu banyak akan menyukarkan kita untuk mendapatkan ruang masa yang mencukupi untuk menyemak, nanti akan menyebabkan kerja-kerja semakan bertindan-tindih yang akhirnya akan membiarkan latihan murid tanpa di semak. Ini pula akan memberi gambaran yang negatif. Ditambah lagi akan mengundang lain-lain masaalah .. yang kita semua sudah sedia maklum.
Untuk murid Tahap 1, gunakanlah buku aktiviti yang disediakan sebaiknya. Latihan di dalamnya tersusun dan ambillah masa untuk menyemak buku aktiviti berkenaan. Adakan helain tambahan untuk kerja-kerja pengukuhan yang boleh diperolehi dari buku aktiviti yang ada dalam pasaran. Saya dapati ada guru-guru yang sangat perihatin, yang menggunakan lembaran tambahan untuk meningkatkan kebolehan murid-muridnya. Disamping itu terus meningkatkan lagi martabat seorang insan yang berprofesion mulia ini.
Kalau waris itu seorang guru, maka beliau akan dapat sedikit sebanyak menggambarkan perilaku , cara kerja, cara mengajar, sejauh mana keperihatinana, kesungguhan guru berkenaan melalui buku latihan atau buku aktiviti anak nya. Kalaupun waris itu bukan seorang guru setidak-tidaknya dia akan menyatakan, “Rajin guru anak aku ini .. atau sebaliknya.. “Cikgu ini tak buat apa pun, tak periksa pun kerja anak aku ini... atau “Cikgu ni periksa pun halai balai je (sambil lewa) buku anak aku ni.. dan mungkin lebih banyak lagi kata-kata yang berunsur kutukan yang tidak berhajat untuk kita mendengarnya.
Apa yang penting, ibubapa (selalu / akan) menilai dan mengenali kita dari semasa ke semasa walaupun dari luar pagar sekolah. Ada antara kita yang memperolehi prestasi tinggi dan kalangan masyarakat setempat, dan ada kalanya kita ini seolah-olah kita langsung tidak bernilai pada mereka. Walaupun banyak ketidakbenarannya (mungkin disebabkan terlalu menyebelahi anak masing-masing), tetapi kita harus menerima .. kadang-kadang banyak juga kebenarannya. Perihatinlah.
…gbpencen…sekali semak, sepuluh kali dah tahu.
Salam Cikgu.
N3 yang amat berguna untuk dijadikan panduan.
Terima kasih cikgu!
Wassalam.
Salam Cikgu,
Hujung minggu kelmarin Alumni Sekolah saya menganjurkan Makan Malam Amal SAJOHA.
bertemu rakan rakan amat mengujakan. Akan tetapi berjumpa guru-guru amat mengharukan kerana setelah sekian lama masih ada secebis ingatan tentang anak muruid yang nakal ini.
Jasa guru akan sentiasa dalam ingatan.
Wassalam
UMNO nibong tebal berpecah kerana orang tua pencen x sedar diri.Yb sg acheh gila glomour
ugut wartawan sinar.ketua bahagian dengarkata setiausaha yang rendak moralakhlaknya.Setiausah DAP bahagian pun reti halal haram.
sy rasa kurang cantik bahasa yang dilontarkn oleh bluedragon.. bahasa jiwa bangsa, bahasa melambangkan peribadi penuturnya…
bluedragon :
Anda betul macam ‘dragon’. Kata orang utara ‘cengea’. Anda bebas untuk menyatakan pendirian anda. Anda tentu dah banyak mengikuti, mengalami, membaca, dan menilainya, dan begitulah rumusan yang anda dapat.. mungkin ianya benar dan mungkin tidak. Lihat dari sudut mana anda pandangh, atau di penjuru mana anda berdiri.. dan satu pernyataan akan memberi gambaran mengenai pendirian anda…
Tahniah, tapi anda tidaklah begitu ‘cengea’ sebenarnya, kerana anda hanya naga biru… yang ‘cengea’ sebenarnya ‘naga yang merah – matanya, bernyala-nyala’
…melawak.. je… dari gbpencen.
Salam sejahtera,
Beban kerja guru agak banyak, malah tugas sebenarnya telah terhakis oleh berbagai paper work yang bertimpa-timpa. Jabatan tidak peka, malah tidak ada penyelarasan yang betul dan munasabah. Sektor jabatan masing-masing nak tunjuk hebat dengan program nya. Sektor akademik, Kemanusiaan, Pembangunan, Sekolah & Organisasi, Kualiti dan macam-macam. masing-masing nak mencapai SKT , yang menjadi sasaran sebenarnya guru. Paper work ? Borang, data, analisis, perperiksaan, ISO . . entah siapa tak faham2 ?
Musi :
Perkara ini diperakui sudah lama berlaku. Semuanya disebabkan ‘fokus’ yang tersasar – maksud saya :
Fokus di sekolah seharusnya : Mengajar murid supaya mereka menjadi ‘manusia yang berilmu dan bertaqwa’ – berpadanan dengan sosio budaya setempat, kemampuan sekolah, keupayaan modal insan – yang telah diberi upah sebaiknya.
Fokus di JPN pula : Duit datang mesti buat program. Program KPM datang mesti sampaikan ke sekolah minta dilaksanakan kemudian isi data secara online kemudian e mail kan data dan ‘kehebatan akan menjelma’ bila data telah dihantar dengan tak tepat dan tak padat bahkan tak betulpun (kadang-kadang)….