Skip to content

Buat Azza.

2010 May 23
by Guru Besar Pencen

Majalah yang menjadi idola saya ialah Majalah Filem.  Ketika saya sudah mula boleh membaca saya suka sangat membaca majalah ini.  Abang dan kakak ipar saya masih muda ketika itu.  Seperti pemuda-pemudi lain mereka menggemari bintang-bintang filem di zaman itu – zaman kegemilangan filem melayu terbitan di Singapura.  Masih segar diingatan saya gambar dan isi kandungan majalah itu.  Kertasnya juga berkilat seperti kertas majalah Nur.. berkualiti. Pernah kakak saya bergaduh kerana abang saya tidak membelikan majalah ini.  Mungkin itulah satu-satunya majalah hiburan ketika tahun 60’an.

Saya membaca salah sebuah komen di blog saya :

Salam, saya azza dari majalah nur berminat untuk mengadakan temuramah bersama guru besar pencen (gbp) bagi ruangan kami yang berjudul nostalgia guru (menceritakan pengalaman menjadi guru & memberi tips kepada bakal-bakal guru). Saya boleh dihubungi melalui emel di bawah. Terima kasih.

Terima kasih banyak-banyak, azza, dan saya sangat menghargainya.  Saya menghargai jemputan ini dan saya akan menemui azza, insyallah.

Keesokan harinya saya singgah membeli Majalah Nur.. Kecil saja majalah yang belum pernah saya sentuh sebelum ini.  Bukan majalah Nur sahaja yang saya belum pernah sentuh, lain-lain majalah pun jarang saya membacanya.  Kalau ianya satu kelemahan, memang itu kelamahan saya.

Saya tahu pada masa kini banyak sungguh majalah yang diterbitkan dalam pasaran namun sebagai seorang yang yang penyegan membaca, saya tidak pernah menyentuh majalah-majalah seperti ini. Nur saya tatapi dan betul seperti kata azza, ada ruangan yang khas disediakan untuk guru di dalamnya.  Saya terpanggil untuk menyatakan dalam benak saya.. terima kasih ‘karangkraft ‘ kerana mahu menghargai ‘cikgu’ melalui ruangan khas ini.

Bila saya menyebut ‘karangkraft’ saya teringat yang saya pernah menerima selambak majalah dari karang kraft.  Hadiah itu disampaikan kepada saya oleh Hj Zainal Abidin Rawop, pengacara sukan TV 1. Ketika itu saya menjadi host dalam siaran langsung, program Sukan – Fokus Bola.  Mungkin ‘karangkraft’ menjadi penaja program itu, maka saya telah dihadiahkan lebihkurang sepuluh jenis majalah keluaran terkini syarikat tersebut. Saya memandang positif kerana syarikat ini begitu gigih mempromosikan keluarannya.  Insyaalah mereka akan terus berjaya.

Dunia berubah dan paparan majalah juga berubah.  Persaingan semakin hebat dan penerbit majlah berlumba-lumba membuat persembahan yang sesuai menurut kehendak pelanggan untuk melariskan jualan.  Disamping batasan oleh kerajan (KHDN), majalah terus memperagakan keanggunan personaliti tertentu untuk menarik perhatian audince termasuklah personaliti dalam ruangan nostalgia guru.  Cantik gambar guru di majalah Nur ini.

Azza tentu faham, kalau keanggunan saya menjadi modal dalam paparan dan penampilan saya dalam majalah sdr, maka ianya tidak mungkin akan menemuinya kerana kualiti itu tiada pada saya. Maafkan saya.  Jika pun kalau ilmu yang ingin saya berikan, juga tiada banyak yang ada pada saya.  Kalau pun yang ada hanyalah pengalaman, jarak antara yang hebat.. tinggallah saya hanya sekerdil yang saya sendiri dapat rasai. Jika pun hendak dicari kejayan.. hanya keyakinan saya sahaja yang membuahkan  kejayaan.. yang tidak pernah dilihat oleh orang lain.

Yang ada, kalau pun tidak salah saya menyatakan, hanya kerana minat, kesedaran,  kemahuan, keikhlasan, dan rasa syukur atas tanggung jawab dan peranan yang telah diberikan – ingin saya tunaikan. Temuilah saya, saya sudi menerimanya. Hasilnya hanya penerbit anda saja yang dapat menilai.. SILAkan.

…gbpencen…saya tetap saya, yang terus meniti usia dan banyak cerita.

3 Responses leave one →
  1. Ong permalink
    May 29, 2010

    Orang dah cari tuan, patutnya promosilah diri tuan sedikit, mungkin tuan ada kelebihan yang orang nampak. kita tak nampak.. thniah, anyhow.

  2. azza permalink
    June 14, 2010

    Salam gbpencen,

    Terima kasih kerana membuat coretan di atas satu nama saya, rasa terharu pun ada tapi saya nak betulkan sedikit kesalahan ejaan seperti Karangkraf di eja dengan Karangkraft (macam nama keju lak)

    Seperti yg gbpencen lihat dalam Majalah Nur ada satu ruangan khusus untuk para guru bercerita mengenai pengalaman mereka. Saya rasa gbpencen tersilap tengok ruangan yang saya ingin paparkan mengenai pengalaman gbpencen.

    Ruangan PERSONALITI GURU itu memang dikhaskan untuk guru-guru yang sedang berkhidmat manakala ada satu lagi ruangan bertajuk NOSTALGIA GURU yang dikhaskan kepada bekas guru yang boleh berkongsi cerita dengan para pembaca. Jadi bagaimana, masih berminat untuk menghubungi saya? Emel sahaja ya…:)

  3. June 22, 2010

    pengalaman GBP mungkin berguna kepada ramai org di luar sana sebagai panduan. dan inilah masanya mempromosikan http://www.gurubesarpencen.com

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 3 ?
Please leave these two fields as-is: