Tunduk dan mengintai.
kita yang sentiasa perihatin
Semasa menghantar cucu (Tahun 1) ke sekolah, saya sering berselisih dengan waris lain yang turut berbuat demikian. Berbagai-bagai ragam ibubapa dapat dilihat demi anak-anak tersayang. Raut muka ibubapa ini menunjukan keazaman mereka bahawa di sini, anak-anak akan memperolehi yang terbaik dari guru-guru masing-masing.
Saya akan menghantar cucu saya dengan motosikal. Tangannya dipimpin hingga ke bilik darjah. Saya melakukan demikian kerana kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu melakukan demikian. Apatah lagi cucu saya berjauhan dengan ibubapanya yang telah berpisah; jadi saya perlu meminimakan rasa rendah dirinya untuk keselesaannya belajar sepanjang hari di sekolah nanti.
‘Mood’ pagi menceritakan segalanya. Raut muka waris menggambarkan apa yang berlaku di rumah di waktu pagi. Apatah lagi gelagat anak-anak yang mereka hantar. Sebagai GBP ianya telah menceritakan segalanya kepada saya kerana setiap pagi – seboleh-bolehnya, saya akan berada di muka pintu sekolah menyambut kedatangan anak-anak dan waris.
Di sekolah itu, saya pernah bersua dengan seorang waris yang mengeluarkan kata-kata “aku tendang sat lagi baru tau!” kepada anaknya. Saya mohon supaya anaknya ditinggalkan kepada saya dan meminta dia meninggalkan perkarangan sekolah. Dia akur dan saya membawa anaknya ke kelas tanpa masalah kerana ‘saya dekat di hati murid itu’. Dia berpimpin tangan dengan cucu saya dan mereka masuk ke kelas. Saya mengiringi mereka.
Biasanya saya masuk ke kelas cucu saya dan bermesra dengan anak-anak di situ. Gurauan senda saya dengan mereka membuatkan setiap pagi mereka menyambut saya dengan berbagai cerita. Cerita saya mengusik mereka mengenai pembelajaran mereka. Berbagai cerita dan situasi yang saya sengaja reka supaya keceriaan cucu saya dan rakannya terus disemarakkan sebelum mereka menghadapi ‘saat-saat mencabar nanti di bilik darjah sepanjang hari‘. Itulah yang telah saya lakukan sepanjang 35 tahun yang lalu dan saya sambung kerja terseubut di bilik darjah 1 Melati, Sekolah Convent, Kulim.
Sebelum saya meninggalkan bilik darjah cucu saya, saya membetulkan meja-kerusinya dan meja-kerusi rakan-rakannya agar lebih kondusif. Saya beredar untuk pergi berjogging dengan rasa puas kerana kerja lama saya dapat saya lakukan (juga walaupun dan pencen) pada setiap hari persekolahan.
Suatu hari saya memerhatikan seorang waris (ibu), tunduk sambil mencangkung di celah-celah pokok bunga sambil mengintai anaknya yang berjalan ke perhimpunan pagi. Dia bangun dan tunduk semula. Dan bangun semula. Saya faham bahawa dia bimbang anaknya akan dimarahi kerana datang lewat. Hatinya berdetik takut anaknya mungkin di denda.
Saya menghampirinya dan berkata bahawa dia tidak perlu berbuat begitu, kerana bukan selalu murid datang lewat. Saya menyatakan bahawa cucu saya juga datang lewat ‘hari ini’ tetapi kita perlu meyakinkan mereka (anak kita) bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Sesungguhnya cikgu amat perihatin dan akan menjaga anak kita sebaik mungkin. Didiklah mereka agar segera bangun awal untuk bersiap ke sekolah – kita pun kena bersiap awallah (dia tersenyum dan berdar dari situ).
Saya selalu faham akan anak-anak yang terlewat ke sekolah. Saya tidak jemu untuk mendidik mereka agar datang awal ke sekolah kerana sekolah menyediakan program seawal pagi. Kalau ianya sudah menjadi satu budaya – budaya lewat – ianya perlu dibenteras dengan berbagai pendekatan yang sesuai. Yang penting, ibubapa perlu awal mempersiapkan diri sendiri sebelum mempersiapkan anak-anak mereka ke sekolah.
…gbpencen…bangun awal sedia beg cucu dan bancuh susu (darjah 1, cucu saya masih minum susu dalam botol).

terima kasih GBP kerana berkongsi cerita.teringt zaman sy masuk sekolah dulu.hehe. bolehx GBP tulis tentang persediaan guru ketika hari pertama sekolah, lg2 utk menyambut kedatangn plajar dajah1 ni.mesti menarik kan utk dikongsi.terima kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa pandangan cikgu tentang LINUS ? Murid-murid Tahun 1 di sekolah rendah kampung saya hampir keseluruhannya tidak melepasi LINUS. Pada masa murid-murid Tahun 1 terkial-kial belajar KVKV, KVKK dan sebagainya, sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dilihat amat berat seperti membuat ayat berdasarkan gambar yang diberi, membina ayat selapis dan sebagainya. Adakah menjadi satu kesalahan kepada guru yang memberi penekanan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan buku teks kepada murid-murid Tahun 1. Yang manakah yang lebih berkesan iaitu mengajar secara fonetik atau suku kata.
Sekian, terima kasih.
Hidhir :
Saya ada melihat buku teks Tahun 1, Bahasa Melayu – hebat.. memang hebat. Saya faham sangat dengan murid desa yang gagal dalam bacaan – pemulihan mereka. Kita sedia faham yang murid perlukan bimbingan yang bersepadu di rumah.. program pemulihan (dulunya) juga baik tapi mesti ada guru yang berkesan dan sangat komit. Mengeni Linus, saya tidak melaluinya.. tapi saya rasa macam bentuk pemulihan yang dulu juga.
Yang menjadi kekangan pada saya (2) sahaja – guru dan ibubapa. Guru perlu diberi ruang yang secukupnya untuk membimbing kerana guru pemulihan juga tidak lari dari kekangan mengisi data dan kerja-kerja yang menghambat masanya. Penumpuan Guru Pemulihan mestilah 90% untuk murid sebegini. Ibubapa perlu sangat memberi tunjuk ajar di rumah ke arah menguasai 3M ini. Bukannya susuah sangat – kerja-kerja Tahun 1 sahaja. Hanya berikan ruang yang sesuai di rumah terutamanya pada waktu malam.. untuk menilai anak-anak dan membimbing mereka. Perlu.. sangat perlu, kalau tidak …. (?)
Kalau itu dapat dilakukan, insyaalah kita akan berjaya.
Jumpa lagi…
Sonigonzale :
Insyaalah…. saya akan cuba, menarik permintaan itu..
Jumpa lagi,
Apa pula pendpt ckg dgn guru yg diberi bebanan tugas mgajar murid Linus dan pada masa yg sama perlu mgajar murid tahun 6 yg akan mghadapi UPSR?