Skip to content

Surat tunjuk banyak sebab

2010 July 25
by Guru Besar Pencen


Jangan jadi mereka ini mangsa –  walaupun apapun  sebabnya…

3 orang guru menghubungi saya.  Semua mereka mendapat Surat Tunjuk Sebab dari GB masing-masing. Melalui sms, perbualan dan e-mail.  Serba tak kena untuk saya menjawab luahan hati mereka.  Berbagai-bagai jawapan yang saya beri, namun saya masih rasa serba salah dan tak kena.

Saya meninjau-ninjau melalui beberapa orang rakan lama saya   yang masih bertugas di sekolah.  Terdapat 3 buah sekolah yang gurunya juga mendapat surat sedemikian baru-baru ini.  Saya mengandaikan bahawa kemungkinan pihak JPN telah mengetatkan prosedur ‘salah laku guru’ dengan satu sistem yang telah lama wujud tetapi jarang diparaktikkan di sekolah selama ini.

Kalau hendak dihitung perilaku guru di sekolah, pada saya, ianya sudah menjadi lumrah.  Saya menggantikan beberapa orang Guru Besar (di beberapa buah sekolah) untuk mengambil alih jawatan tersebut – apa yang saya warisi juga sama seperti yang GB itu warisi sebelumnya.  Ianya berpanjangan dan tidak habis-habis.  Kalau tidak kena gaya, masaalah perilaku guru yang negatif ini mungkin akan bertambah parah dengan sikap GB baru yang ingin membuat ‘operasi pemutihan’

Operasi pemutihan ini akan dibantu oleh kaki tangan pengurusan (PK) yang lain dengan memberikan berbagai maklumat negatif  kepada GB baru –  yang boleh mengwujudkan suasana resah di kalangan guru-guru bawahan. Tambahan pula PK ini pula sudah lama memendam rasa kepada guru-guru yang bermasalah (dengannya).  Ada sehingga mereka  terus menerus mendesak GB baru menukarkan guru-guru sebegini ke sekolah lain.

Salah perkiraan, kocakan kekeluargaan yang sedang berlaku dalam organisasi sekolah sebelum ini menjadi semakin bergelora sekiranya GB baru salah perhitungan.  Maklumat sebelah pihak ditambah dalam keadaan sangat terdesak ingin membetul keadaan dan melakukan perubahan dari yang sedia ada kepada suasana pengurusan yang lebih tegas dan bersistematik, selalunya mengundang padah. Sepatutunya GB baru melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai sebelum sesuatu perubahan atau program pemutihan dilakukan.

‘Protes’ dalam senyap oleh guru-guru amat bahaya kerana ianya merupakan bara yang mengintai semarak. Sedikit saja tiupan angin, ianya terus menyalakan api.  Dari api yang kecil melintuk-lintuk dibuai angin akan menjadi semakin besar dan mungkin akan sukar dikawal.  Maka tiada pilihan lagi, maka api itu terpaksa dipadamkan dengan Surat Tunjuk Sebab. Dan akan wujudlah banyak sebab yang boleh ditunjuk – oleh guru sebab apa mereka boleh berperilaku begitu.  Antara sebab-sebabnya ialah :  disebabkan oleh : perilaku dan tindakan GB, Penolong Kanan, orang-orang kepercayaan GB dan Penolong Kanan, JPN dan sebagainya. Mereka menyalahkan pihak lain pula…

Ada juga guru-guru kita yang ‘perangai’nya memang begitu. Ingkar dan tidak berhemah.  Sungguhpun begitu ada juga kebenaran sebab-sebab yang (akan)  ditunjukkan dalam Surat Tunjuk Sebab mereka. Oleh itu,  demi mengelakan  gelora begini sehingga boleh memaksa Surat Tunjuk Sebab terpaksa dikeluarkan;  amaran awal yang saya nyatakan tadi sangat penting (melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai) sebelum melakar satu strategi yang berkesan untuk melakukan perubahan termasuk pentadbiran dan minda / perilaku guru di bawah kita.  Ianya tentu memakan masa sebelum mereka semua boleh mengikut kemahuan GB baru. Kadang-kadang memakan korban.

Terus terang saya katakan dan mengaku bahawa saya tidak pandai mentadbir kerana tiada memiliki ilmu ‘pentadbiran’.  Saya hanya seorang pengurus yang dipilih dan diberi tanggungjawab untuk mengurus sebuah institusi bernama ‘sekolah rendah’ yang di dalamnya ada makhluk yang bernama manusia, seperti saya.  Ia memberi gambaran yang saya sedang berurusan dengan manusia ciptaan Allah sbhtlla. Biasanya saya akan berkorban dan ada kalanya terkorban.

Saya tidak pernah tahu (kerana tidak pernah belajar) bagaimana bentuk dan format Surat Tunjuk Sebab kerana tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengeluarkan surat sebegitu walaupun saya pernah sekali sekala mendengar ‘speaker’ dari JPN menyebutnya.     Semua masaalah yang saya hadapi bersama dengan guru saya,   saya serapkan dalam diri saya.  Saya yang melakukan anjakan dan perubahan untuk mengwujudkan satu suasana  di mana saya menjangkakan  ’akhirnya’ akan ada sedikit sinar hormat dari hati kecil mereka,  untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Insyaalah.  Banyak caranya walaupun ada yang  ’bengkeng‘.

Selapas ini, guru (yang menerima Surat Tunjuk Sebab) akan perihatin dan mungkin ada yang ‘takut’ selepas ini untuk ingkar perintah.  Kerana Surat Tunjuk Sebab ini dikatakan sebagai satu rekod disiplin yang boleh diguna pakai untuk apa-apa tujuan kenaikan pangkat nanti oleh pihak atasan. Itu adalah satu hikmah.  Orang yang takut (biasanya) boleh memberi kebaikan,  yang dibimbangkan – orang yang terlalu takut akan menjadi lebih berani dari sebelumnya.  Mereka pula mungkin sedang  melakar untuk meminta GB pula memberi tunjuk dan sebab akan apa-apa pula yang menjadi salah lakunya.

Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak pernah diberi Surat Tunjuk Sebab sepanjang tempuh perkhidmatannya selama 36 tahun, tak pun dinaikkan pangkat….. (?).  Dan adakah orang yang tidak pernah menerima Surat Tunjuk Sebab – seorang guru yang ‘perfect’ (?).

kes nayia.

…gbpencen…saya suka tunjuk cara sahaja.

11 Responses leave one →
  1. md darus permalink
    July 25, 2010

    suruh, x buat. suruh lagi, x buat juga. Lama kemudian suruh lagi, masih x buat.

    Akhirnya GB yang buat dengan cara tersendiri.

    Begitulah cikgu Idris. Maafkan saya, saya pernah bersama dengan cik gu. Saya pun kalut. Cikgu lagi kalut.

  2. zbti permalink
    July 31, 2010

    Kekadang, pihak pentadbir perlu turun padang sama untuk bersama2 dgn anak2 buahnya, barulah dapat menyelami masalah dan karenah anak2 buahnya.

  3. kiasan hidup permalink
    August 2, 2010

    salam hormat, kadang2 ada gb yang terus terang nyatakan, perlu ada jurang dengan guru dibawahnya, supaya dia dapat mentadbir dengan mudah kerana tidak pernah ‘terlebih mesra’ dengan orang bawahan.. untuk menambahkan lagi kegerunan, surat tunjuk sebab diberi sebagai pelengkap resipi.. dan ada pula pk yang terlebih sudu dari kuah.. seakan-akan dialah gb kerana gb diatasnya mudah di’autopilot’kan kerana gb itu juga punyai kesalahan yang perlu disembunyikan.

  4. August 5, 2010

    Pn zbti :
    Pengkhusuan mengajar Pemulihan (LINUS) sangat perlu kerana pendekatan yang diperlukan sangat tinggi. Sentuhan guru Pemulihan sangat memerlukan keberkesanan. Walaupun begitu.. kekangan ada di mana-mana menyebabkan ianya mungkin tidak dapat dilaksanakan. Jadi, jadilah guru LINUS guru camcamerba yang mengajar berbagai peringkat yang tidak tahu dimana penumpuan sebenar. Ianya sungguh ‘menyedihkan’, bukan ?. Tapi terimalah hakikatnya ada banyak lagi persoalan yang perlu diselesaikan sebelum benar-benar segala yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan…

    termasuk :
    mengubah cara pendekatan yang diarahkan dengan disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan yang ada di sekolah dengan berobjektifkan – mengajarlah tulis dan baca + mengira.. ! – caranya : selamilah permasaalahan yang berlaku di akar umbi dan keluarlah sedidik dari kepompongpong – pekeliling JPN atau KPM!

  5. August 5, 2010

    Kiasan Hidup : Anda suka Datsun, saya suka Volvo.. saya akan beli semula Volvo sebelum saya …. mati.

    Terima kasih atas komen. Pernah kekawan saya kalangan guru bercerita GB dia takut nak senyum dan takut nak makan se meja atau bergaul, bersembang dengannya dan juga dengan kekawannya. Saya berpendapat – kalau bersembang takut untuk bersemuka – muka – ke muka, bertentang mata, saya kira ianya ada sesuatu yang tersembunyi atau tidak ikhlas…. ! Dan surat tunjuk sebab sekadar mencari sebab – bukan untuk mencari penyelesaian…. PK juga kena pakai stering manual oleh GBnya … kalau pakai autopilot seperti yang tuan sebutkan, selalu akan ‘short’ sebab menggunakan ‘computer box’ (tiada perasan atau tiada berperasaan)

    Saya yakin jika guru kita tidak GILA, ia pasti boleh berubah kalau kita (GB) tidak membuat tindakan yang boleh menggilakannya…. semula, atau menyebabkan dia bertambah gila…

  6. hasim permalink
    November 17, 2011

    mengarut la. memang salah pentadbir le. diaorang suh wat keje tapi markah prestasi macam sial…ape ingat cikgu2 ni baruah dier ker? wat le sendiri. klu kene surat tunjuk sebab bagi je alat prestasi tu…pentadbir sampah dan kuno macam ni deir suka bagi kat kroni2 dier je. yang bole huha, huha ngan dier, duk bual2 kosong ngan dier. program2 kat sek saper wat..gb wat ker? dier tau arah je…piko la ckit2…jgan main sokong je pentadbir2 tu…

  7. November 18, 2011

    hasim :

    Saya simpati atas luahan hati cg. Memang selalu saya ditemukan dengan luahan seperti itu. Apa pun yang berlaku di sekolah … sekolah tetap padat dengan apa saja program yang dirancang maupun yang diarahkan. Siapa yang buat.. cikgu kan ?

    Itulah kelebihan cikgu (pada hemat saya). Dan sepanjang perkhidmatan saya, saya akan pandang cg macam tu, dan selalu suka memandang ke arah yang betul. Kalau pun tersasar, namun pada hakikatnya

    dia tetap cikgu saya (gb), yang saya hormati..

    Prestasi satu perkara yang saling mempengaruhi berbagai situasi. Perangai, kemahuan, minat, kesukaan, emosi, pandangan, salah pandang, salah hemat, terlalu hormat, sayang, kasih, cinta… banyak lagi kan ?

    Tapi yang akhirnya, yang adil tu hanya ALLAH… (saya yakin), insyaalh.

  8. Nazeem permalink
    May 25, 2014

    Cikgu, surat tunjuk sebab (STS) sometime makes people move…

  9. August 3, 2014

    Ya… Salah satu pendekatannya ialah (STS) setelah tiada jalan lain untuk penyelesaian.
    Setengahnya suka cara sedemikian, setengahnya masih lagi ada ruang tanpa STS.

    Terima kasih atas pandangan.

  10. SKJr permalink
    August 6, 2014

    Sy pernah bekerja dgn cikgu. Sy tahu bagaimana ckg bekerja dan Alhamdulillah tak pernah dpt surat tunjuk sebab kerana saling percaya dan memahami antara satu sama lain. Terima kasih ckg. Seronok bekerja dgn ckg & rakan-rakan ckg yg lain amat menyayangi ckg.

  11. August 24, 2014

    Terima kasih.
    Bila kita dihujung perkhidmatan kita sudah mula rasakan detik-detik kesunyian.
    Oleh itu saya kumpulkan semua pengalaman untuk berbuat yang terbaik terutama dari segi perhubungan sesama staf.
    Walaupun kurang kebolehan tapi pengalaman dan minat yang tinggi menjadikan saya merasa sungguh seronok dan bangga.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: