Skip to content

Apa salah saya…….berpahala

2010 August 9
by Guru Besar Pencen

Apa salahnya kalau memberi senyuman.

Kalau masih tak mahu mendengar cerita tok guru, apalah saya ini di penghujung usia beginii.  Makin hujung makin terasa nikmat mendengar cerita tok guru.  Kalau hendak dikira’ kalut’, saya kira – sampai sekarang pun saya tidak pernah tak kalut.  Makin bertambah kalut lagi apabila cermin mata di tangan, masih tercari-cari sehingga lenguh kaki, berjalan. Dengan ungkapan itu, saya boleh ‘confirm’ bahawa memang sudah di penghujung bicara.

Langkah saya masih boleh ‘tahan’ jika dibandingkan dengan beberapa orang kawan saya yang seusia.  Terasa banyak kekurangannya.  Rasa ‘melelong’, rasa nak goyah, macam nak tersungkur dan sebagainya. Semua itu adalah ‘permainan’ orang berusia. Kadang-kadang pening-pening lalat, dan yang hebatnya kadang-kadang rasa cergas, kuat dan masih boleh berlari.  Ragam orang berusia sebegini seperti ragam ‘pancaragam’ – semuanya ada yang mengharmonikan bunyian.

Jika dibandingkan dengan cg Non, dia tidak secergas dulu tetapi dia masih bersemangat. Dalam banyak kali bertemu dengannya sebaik tamat sesi jemaah Isyak di surau , tidak kurang dari tiga kali dia bertanya saya : Adakah saya berpoligami ?. Lantas saya menjawabnya tidak dan diulangnya pertanyaan itu setiap kali saya bertemu dengannya.  Seronok sungguh dia bertanya soalan itu.  Saya beranggapan yang dia berminat untuk berpoligami.

Dia terus mempertahankan dirinya dengan menyatakan yang ramai rakan se taman memberitahunya bahawa saya sudah berpoligami.  Tidak adillah bagi mereka yang mengajukan soalan itu kepada cg Non – tidak kepada saya agar saya boleh menyatakan samaada benar atau tidak .  Katanya, ramai yang menyatakan demikian.  Lebih baik saya bertanya tuan tubuh sendiri – tambahnya lagi.

Saya memang suka mendiamkan diri dan tidak ramai yang berani bertanya hal-hal peribadi saya.  Walaupun begitu, kalau ada yang bertanya,   saya tidak pun menunjukkan reaksi marah sebaliknya akan menyatakan yang benar.  Terang saya kepada cg Non dalam perbualan mesra kami. Dia terus menempelak rakan-rakannya yang sengaja menabur gossip yang tidak berasas. Tanpa usul periksa dia menyatakan ramai jiran setaman memperakui yang saya berpoligami.

Saya menyatakan kepada cg Non bahawa berpoligami itu tidak salah,  tapi saya tidak berpoligami kerana saya tidak mampu walaupun ada calun kalau saya hendak berbuat demikian.  Dengan menyindir saya menyatakan bahawa cg Non adalah orang yang paling layak berpoligami kerana dia seorang pesara guru DG52 yang mampu dan tidak perlu ragu-ragu berbanding dengan saya : pesara GB DG 29.  Dan isteri cg Non  juga pesara Guru Besar DG34, berbanding dengan isteri saya hanya seorang suri rumahtangga sahaja.  Saya menyambung lagi:  Cuma cg Non – takut. Senyumnya makin meleret..

Sembang kami sampai ke peringkat ‘gossip’ setempat. Itu dan ini ceritanya. Barulah saya tahu, rupanya banyak cerita saya yang diceritakan oleh rakan-rakan.  Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah terguris dengan gossip setempat terhadap saya kerana saya mungkin boleh menganggap bahawa mereka tidak adil kepada saya kerana saya tidak dapat menyatakan kebenaran atau saya tidak berpeluang untuk mempertahankan diri saya.

Tambahan pula, ustaz (tok guru) ada menyatakan, setiap kali orang berkata (mengata) atau mengumpat atau mencela atau menghina kita – ganjaran yang kita perolehi ialah “pahala’. Maka semuanya tidak akan menjadi apa-apa masaalah kepada kita / saya.

Ustaz juga berkata : Jangan kita memutuskan sillatur rahim – maka saya hadir ke surau, tempat saya dan cg Non bermesra dan bersembang ini untuk mengeratkan silla turrahim – MAKA, hulurkan tangan dan pandanglah muka sesama saudara, satu saf (barisan) dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk – jangan memalingkan muka ketika bersalaman,  tidak ada apa salahnya… kalaum senyum sedikit.

Saya memuji :  Cg Non memang seorang yang berkrisma.  Sebagai Pengerusi Biro Ukwah, saya menyatakan perlakuannya yang berterus terang dengan saya adalah mencerminkan beliau mempunyai kualiti kepimpinan. Beliau tersenyum gembira.  Tok guru juga berkata : menggembirakan orang lain juga adalah ibadat.

Walau bagaimanapun beliau mengakui bahawa dia tidak sanggup bertanya jiran sebelah rumahnya untuk mempastikan samada rakan-karibnya itu berpoligami atau tidak.  Hah, kata saya – mengapa dengan saya cg Non berani bertanya, tetapi dengan jiran sebelah cg Non  tidak berani.   Dia tersenyum, tanpa jawapan (?).

Kami beredar.  Cg Non beredar dengan salah sebuah dari 4 buah kereta keluarga
nya dan saya berjalan kaki pulang ke rumah.  Kami berhasrat untuk pergi mendengar cerita tok guru di padang awam dalam ceramah perdana setelah balik terlebih dahulu melapik perut masing-masing.

...gbpencen…memilih tok guru yang hendak dipatuhi.

4 Responses leave one →
  1. aziz permalink
    August 11, 2010

    He..he..he…i like this one

  2. md darus permalink
    August 12, 2010

    Dah tua-tua ni elok le cari pahala banyak-banyak.

    Dulu ada juga pahala tapi seimbang dengan dosa.. he !.. he!

  3. August 23, 2010

    hebat gossip ttg ayah di surau..hehehe

  4. Khairi Din permalink
    December 10, 2010

    I like these articles all ha ha life begin at 40 but the real life begin at 55. I am not wrong.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: