Profil Guru Besar Pencen

Laman Blog ini adalah perkongsian insan bawahan yang bernama ‘rakyat’ yang ingin mempromosikan pengalamannya yang tidak seberapa sebagai guru dan pentadbir sekolah dan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang telah dilalui.

Pada hari ini (12 Febuari, 2010) sempena ulangtahun pertama lahirnya blog kerdil ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama dengan gbpencen - berkomuikasi tanpa batas ini. Atas kesudian anda semua juga,  saya catatkan sedikit sebanyak mengenai diri saya untuk sesiapa yang belum mengenali saya.  Ianya bukan tujuan mempromosi diri tetapi hanya sebagai wadah sillaturahim yang tidak tahu sampai bila akan noktahnya:

IDERIS BIN REJAB ideris_rejab@yahoo.com / facebook – Lahir pada 6 Disember, 1951.

Lahir di Kampung Kepala Gajah, dan dibesarkan di Kampung Padang Lalang.  Pada tahun 1958 (3 bulan selepas Malaya merdeka saya bersekolah rendah di Sekolah UMUM Tasek,  Sekolah Menengah di SMK Simpang Ampat Seberang Perai Selatan dan SMK Bukit Mertajam.  Ber  SPM di sana pada tahun 1968 dapat gred 2 (sahaja).   Ber Maktab DTC, Penang 1971/72. Mengajar di SK Panchor (1973-1983),  SK Sungai Batu (1984) Pantai Remis Perak.  Kemudian berpindah balik negeri ke SK Bagan Tuan Kecil (1985), SK Machang Bubok (1986-1997).  Bertugas sebagai  Penyelia HEM PPD,  Sebenrang Perai Selatan (1998), Guru Besar Kampung Selamat (1999), Guru Besar SK Nibong Tebal (2000) Guru Besar SK Machang Bubok (2001-2003), Guru Besar SK Juru (2004- sehingga bersara-  6 Disember 2007)

Beristeri (1 ) dan (3) orang anak, menantu (1), cucu (2).  Masih sihat semuanya termasuk saya. Alhamdullilah. Tinggal di No 404, Lorong Cengai Puteh, Taman Bersatu 09000 KULIM Kedah.  Rumah teres satu tingkat -  Tahun 2012 baru habis hutang dengan gomen.

Pada yang sudi ‘gurubesarpencen’ mengalu-alukan komen-komen yang positif maupun pedas tanpa unsur-unsur cerca, maki hamun dan perkataan yang diluar batas ketertiban kita sesama manusia.

Terima kasih.

Yang benar,

…gurubesarpencen…berkhidamat selama 34 tahun 11 bulan 5 hari..PUAS.

8 Responses leave one →
  1. Adnan Saad permalink
    December 3, 2009

    Tahniah kerana membuka laman ini.Banyak sumbangan fikiran yang boleh dimanfaatkan hasil daripada pengalaman.

  2. jhyvtec11 permalink
    March 24, 2010

    cikgu.. mai la jadi cikgu di skjuru balik.. :)

  3. March 28, 2010

    Tahniah kepada GBpencen.Harap perjuagan cikgu akan berterusan melalui blog ini. Sepatutnya ramai lagi orang2 pencen macam kita guna peluang ini untuk memberi gambaran sebenar mengenai situasi penjawat awam kerana kita sekarang agak bebas dan tidak ada apa2 kepentingan.

    Harap cikgu dapat memberi pandangan ikhlas tentang beberapa isu pendidikan negara kita yg berlanjutan hingga dewasa ini seperti Struktur Organisasi sekolah, beban tugas cikgu, masalah disiplin murid dll.

  4. March 30, 2010

    Sama-sama pencen.. sama-sama ada kenangan. Nak sembang kedai kopi, orang pergi kerja: nak masuk pertubuhan, banyak orang lebih layak: nak masuk politik, dok tengok semua orang kata orang lain tak kena (siapa yang kena pun tak tahu) Jadi.. tulis lah apa yang ingin diperkatakan, kalau tak dak orang baca, syok sendiri lah. Apa yang penting “maka berkata benarlah kamu.. selagi mana di tanya, begitulah jawapannya – tetap sama”
    Salam perkenalan.

  5. CIKGU RAM permalink
    June 12, 2010

    Cikgu,saya berminat mengikuti coretan cikgu. walaupun dah pencen aura dan roh cikgu tetap membara. Tahniah dan teruskan perjuangan.
    harimau mati meninggalkan belang,
    manusia mati meninggalkan nama.

  6. sonigonzales permalink
    July 2, 2010

    salam singgah.saya guru baru (xla baru sgt pun) dan berharap kesudian cikgu mengajar kami yg masih mentah dlm dunia penddikan.sesungguhnya ilmu yg itu bukan dari buku saja, adalah lebih bmakna kiranya dituntut dr mereka yg tahu.moga cikgu terus menulis dan berkongsi cerita bersama

  7. July 18, 2010

    Sonigonzales : Terima kasih : Menulis pengalaman kerana hendak menulis pengalaman. Saya tidak berilmu.. hanya pengalaman yang dilalui itu digarapkan sebagai ilmu. Tanpa kajian maka ianya tidak ‘valid’ pengalaman itu dijadikan ilmu sebagai panduan, hanya yang sesuai bolehlah dijadikan digunakan setelah diubah suai dengan keadaan yang berbagai keadaan yang sedia ada .. kalau mahu.

    Anda telah memberi perangsang kepada saya…

    ..hanya terima kasih dari saya, yang ikhlas.

  8. July 18, 2010

    sonigonzales :
    Anda sebenarnya telah memberi perangsang kepada saya… hanya terimalah seikhlas kasih dari saya : iaitu – terima kasih.

    Menulis pengalaman kerana saya ingin menulis pengalaman. Saya tiada berilmu. Pengalaman saya garapkan sebagai ilmu. Kalau ianya baik, sesuaikan untuk dijadikan panduan melalui keadaan yang banyak keadaan di sekolah …. Tidak sesuai panduan yang diberikan tanpa ada ilmu.. tetapi ilmu juga boleh datang dari pengalaman tetapi juka tidak melalui kajian ilmu itu tidak diperakui.. tak mengapa…timabang dan tara lah mana yang baik… sebenarnya kita semua boleh berfikir untuk diri kita sendiri….

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Spam Protection by WP-SpamFree