Skip to content

Profil Guru Besar Pencen

Laman Blog ini adalah perkongsian insan bawahan yang bernama ‘rakyat’ yang ingin mempromosikan pengalamannya yang tidak seberapa sebagai guru dan pentadbir sekolah dan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang telah dilalui.

Pada hari ini (12 Febuari, 2010) sempena ulangtahun pertama lahirnya blog kerdil ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama dengan gbpencen - berkomuikasi tanpa batas ini. Atas kesudian anda semua juga,  saya catatkan sedikit sebanyak mengenai diri saya untuk sesiapa yang belum mengenali saya.  Ianya bukan tujuan mempromosi diri tetapi hanya sebagai wadah sillaturahim yang tidak tahu sampai bila akan noktahnya:

IDERIS BIN REJAB derisjab@gmail.com / facebook – Lahir pada 6 Disember, 1951.

Lahir di Kampung Kepala Gajah, dan dibesarkan di Kampung Padang Lalang, dalam Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Pada tahun 1958 (3 bulan selepas Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu) saya bersekolah rendah di Sekolah UMUM Tasek Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Simpang Empat Seberang Perai Selatan sehingga ke tingkatan 3.

Meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam.  Ber  SPM di sana pada tahun 1968 dengan memperolehi gred 2 (sahaja).

Berjaya masuk ke maktab perguruan hanya selepas 2 tahun menaganggur – DTC, Penang 1971/72.

Mengajar di SK Panchor (1973-1983),

SK Sungai Batu (1984) Pantai Remis Perak.

Kemudian berpindah balik negeri ke SK Bagan Tuan Kecil (1985), SK Machang Bubok (1986-1997).

Bertugas sebagai  Penyelia HEM PPD,  Seberang Perai Selatan (1998),

Guru Besar Kampung Selamat (1999),

Guru Besar SK Nibong Tebal (2000) Guru Besar SK Machang Bubok (2001-2003),

Guru Besar SK Juru (2004- sehingga bersara-  6 Disember 2007)

Bulan April 2008 meneruskan pekerjaan sebagai Pembantu Khas di sebuah kilang sehingga bulan Februari 2014.

Selepas itu menjadi pembantu suri rumah untuk menjaga cucu sehingga sekarang.

Beristeri (1 ) dan (3) orang anak tetapi ada (4) menantu, cucu (3).  Masih sihat semuanya termasuk saya. Alhamdullilah.

Tinggal di No 404, Lorong Cengai Puteh, Taman Bersatu 09000 KULIM Kedah.  Rumah teres satu tingkat -  Tahun 2012 baru habis hutang dengan gomen.

Pada yang sudi ‘gurubesarpencen’ mengalu-alukan komen-komen yang positif maupun pedas tanpa unsur-unsur cerca, maki hamun dan perkataan yang diluar batas ketertiban kita sesama manusia.

Terima kasih.

Yang benar,

…gurubesarpencen…berkhidamat selama 34 tahun 11 bulan 5 hari..PUAS.

22 Responses leave one →
  1. Adnan Saad permalink
    December 3, 2009

    Tahniah kerana membuka laman ini.Banyak sumbangan fikiran yang boleh dimanfaatkan hasil daripada pengalaman.

  2. jhyvtec11 permalink
    March 24, 2010

    cikgu.. mai la jadi cikgu di skjuru balik.. :)

  3. March 28, 2010

    Tahniah kepada GBpencen.Harap perjuagan cikgu akan berterusan melalui blog ini. Sepatutnya ramai lagi orang2 pencen macam kita guna peluang ini untuk memberi gambaran sebenar mengenai situasi penjawat awam kerana kita sekarang agak bebas dan tidak ada apa2 kepentingan.

    Harap cikgu dapat memberi pandangan ikhlas tentang beberapa isu pendidikan negara kita yg berlanjutan hingga dewasa ini seperti Struktur Organisasi sekolah, beban tugas cikgu, masalah disiplin murid dll.

  4. March 30, 2010

    Sama-sama pencen.. sama-sama ada kenangan. Nak sembang kedai kopi, orang pergi kerja: nak masuk pertubuhan, banyak orang lebih layak: nak masuk politik, dok tengok semua orang kata orang lain tak kena (siapa yang kena pun tak tahu) Jadi.. tulis lah apa yang ingin diperkatakan, kalau tak dak orang baca, syok sendiri lah. Apa yang penting “maka berkata benarlah kamu.. selagi mana di tanya, begitulah jawapannya – tetap sama”
    Salam perkenalan.

  5. CIKGU RAM permalink
    June 12, 2010

    Cikgu,saya berminat mengikuti coretan cikgu. walaupun dah pencen aura dan roh cikgu tetap membara. Tahniah dan teruskan perjuangan.
    harimau mati meninggalkan belang,
    manusia mati meninggalkan nama.

  6. sonigonzales permalink
    July 2, 2010

    salam singgah.saya guru baru (xla baru sgt pun) dan berharap kesudian cikgu mengajar kami yg masih mentah dlm dunia penddikan.sesungguhnya ilmu yg itu bukan dari buku saja, adalah lebih bmakna kiranya dituntut dr mereka yg tahu.moga cikgu terus menulis dan berkongsi cerita bersama

  7. July 18, 2010

    Sonigonzales : Terima kasih : Menulis pengalaman kerana hendak menulis pengalaman. Saya tidak berilmu.. hanya pengalaman yang dilalui itu digarapkan sebagai ilmu. Tanpa kajian maka ianya tidak ‘valid’ pengalaman itu dijadikan ilmu sebagai panduan, hanya yang sesuai bolehlah dijadikan digunakan setelah diubah suai dengan keadaan yang berbagai keadaan yang sedia ada .. kalau mahu.

    Anda telah memberi perangsang kepada saya…

    ..hanya terima kasih dari saya, yang ikhlas.

  8. July 18, 2010

    sonigonzales :
    Anda sebenarnya telah memberi perangsang kepada saya… hanya terimalah seikhlas kasih dari saya : iaitu – terima kasih.

    Menulis pengalaman kerana saya ingin menulis pengalaman. Saya tiada berilmu. Pengalaman saya garapkan sebagai ilmu. Kalau ianya baik, sesuaikan untuk dijadikan panduan melalui keadaan yang banyak keadaan di sekolah …. Tidak sesuai panduan yang diberikan tanpa ada ilmu.. tetapi ilmu juga boleh datang dari pengalaman tetapi juka tidak melalui kajian ilmu itu tidak diperakui.. tak mengapa…timabang dan tara lah mana yang baik… sebenarnya kita semua boleh berfikir untuk diri kita sendiri….

  9. Khairi Din permalink
    December 9, 2010

    Satsuga Ideris sensei desu. Supoto shimasu-Khairi, Tokyo, Japan

  10. January 6, 2011

    saya memang menyokong para guru menulis blog, kerana kita semua tidak dapat melalui pengalaman hidup org lain. melalui blog dan perkongsian pengalaman itu sajalah kita dapat tahu berapa banyak pilihan jalan yg ada dalam dunia perguruan. sy suka membaca blog para cikgu yg bercerita tentang situasi mereka di sekolah baik positif / negatif. yg baik kita jadikan teladan yg buruk kita jadikan sempadan. sy cuma berharap cikgu dapat terus menulis dan berkongsi akan pengalaman cikgu mengurus sekolah, komen cikgu tentang guru2 sekarang dan arus pendidikan sekarang. jika tiada yg lama tak mungkin ada yg baru. pucuk pangkalnya niat kita menulis bukan lah untuk mengkondem org sesuka hati tetapi menyuarakan pendapat peribadi. saya akui masih banyak lg yg saya harus pelajari tentang selok belok menjadi seorg guru yg berdedikasi. inshallah

  11. Mas permalink
    January 24, 2011

    Assalamualaikum…
    Hari ini dgn takdir ALLAH sya berjumpa dgn cikgu Deris kt tempat kerja sya (x perlu disebutkan) after 25yrs…. memang x sangka sungguh…. i still remember, cikgu Deris ni ngajor BM & garang la jugak …. not sure if he still can recall some of us kat SKBTK, especially bebudak drjh 6 Hijau time tuuu….sempat gak sembang sikit ngan cikgu tadi…..hmmm, well I’m speachless actually…..

  12. salmah rejab permalink
    February 28, 2011

    Saya amat terharu dapat berjumpa cikgu walau hanya di maya. Allah Maha Kaya mempertemukan seorang guru yang sgt saya hormati. Terima kasih cikgu. Daripada saya yang kini juga bergelar cikgu….

  13. May 30, 2011

    hai cikgu lama x jumpa….21

  14. Cikgu Ashri permalink
    April 7, 2012

    salam, maaf jika menganggu.Mungkin tuan masih mengenali saya, Cikgu Ashri Guru Besar SK Pokok Sena Kepala Batas.Pernah berbual bual dgn tuan terutama semasa Mesyuarat Guru Besar Pulau Pinang.Alhamdulilah tuan masih sihat.Berkat doa guru dan murid murid yang mengasihi tuan selama ini.

  15. emzex zain permalink
    April 18, 2012

    laaa…baru jumpa blogni. skrg ni lepas pencen buat apa? tentu ada aktiviti kan.

  16. gbjawab permalink
    April 19, 2012

    Terima kasih cg Ashri. Alhamdullilah saya sihat la juga, masih bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Masih bertugas lagi ye.. saya dah masuk tahun ke 5 bersara.

    Siapa pula En emzex zain ni.. mungkin cg Md Zain pakar Matematik ni. Terima kasih le layari blog saya.. sekarang ni sibuk sikit dengan Perasatuan Bolasepak Nibong Tebal dan tugas di pejabat… kurang munulis…

    Terima kasih semua, nanti hubungi no telefon saya ye.. kita boleh sembang panjang dan doa saya tuan-tuan semua sihat sejahtera.. amin.

  17. October 31, 2012

    Salam perkenalan buat Guru Besar Pencen.

    Pertama kali singgah ke blog GBP, hati sudah tertarik dengan isi kandungan blog ini.
    Teruskan menulis & berkongsi pengalaman dengan semua pembaca terutama mereka yang bergelar GURU.

    Cikgu Laili

  18. SHAH RIZAL AZROIE permalink
    May 13, 2014

    Asalammualaikum cikgu,

    Walau dah pemcen, seolah-olah masih berkhidmat… Benarlah kata-kata pujangga….mata pena mampu menggoncang dunia…..
    Saya juga seorang guru… berkhidmat lebih 20 tahun…..Apakah yang mampu kita lakukan sebagai pendidik?? Tepuk dada, tanyalah selera….. Sebelum masuk maktab dulu, kita dah sematkan dalam dada…kuatkan semangat…bulatkan tekad…”Aku akan berkhidmat walau dihantar ke mana sahaja….”
    Adakah akujanji kita itu masih lagi relevan di masa sekarang??? Sudah tentu ya…..kita yang memilih jawapannya….

  19. mohamed abass roban permalink
    June 15, 2014

    ..apa khabar cikgu?..ingat saya lagi tak?..abass

  20. June 22, 2014

    Abas kenal saya di sekolah mana ye? Terima kasih kerana menjenguk saya.

  21. August 24, 2014

    Syabas cgu Shah Rizal. Wsslm.

    Cgu akan rasa kepuasannya nnti bila cgu lalui dengan penuh minat.

    Wang tidak ke mana. Hati yang tulus akan menjadi teman nanti….. apabila dah pencen macam saya.

    Tahniah

  22. February 11, 2017

    Salam Sillaturahim..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: