Apa salah saya…….berpahala

2010 August 9
by Guru Besar Pencen

Apa salahnya kalau memberi senyuman.

Kalau masih tak mahu mendengar cerita tok guru, apalah saya ini di penghujung usia beginii.  Makin hujung makin terasa nikmat mendengar cerita tok guru.  Kalau hendak dikira’ kalut’, saya kira – sampai sekarang pun saya tidak pernah tak kalut.  Makin bertambah kalut lagi apabila cermin mata di tangan, masih tercari-cari sehingga lenguh kaki, berjalan. Dengan ungkapan itu, saya boleh ‘confirm’ bahawa memang sudah di penghujung bicara.

Langkah saya masih boleh ‘tahan’ jika dibandingkan dengan beberapa orang kawan saya yang seusia.  Terasa banyak kekurangannya.  Rasa ‘melelong’, rasa nak goyah, macam nak tersungkur dan sebagainya. Semua itu adalah ‘permainan’ orang berusia. Kadang-kadang pening-pening lalat, dan yang hebatnya kadang-kadang rasa cergas, kuat dan masih boleh berlari.  Ragam orang berusia sebegini seperti ragam ‘pancaragam’ – semuanya ada yang mengharmonikan bunyian.

Jika dibandingkan dengan cg Non, dia tidak secergas dulu tetapi dia masih bersemangat. Dalam banyak kali bertemu dengannya sebaik tamat sesi jemaah Isyak di surau , tidak kurang dari tiga kali dia bertanya saya : Adakah saya berpoligami ?. Lantas saya menjawabnya tidak dan diulangnya pertanyaan itu setiap kali saya bertemu dengannya.  Seronok sungguh dia bertanya soalan itu.  Saya beranggapan yang dia berminat untuk berpoligami.

Dia terus mempertahankan dirinya dengan menyatakan yang ramai rakan se taman memberitahunya bahawa saya sudah berpoligami.  Tidak adillah bagi mereka yang mengajukan soalan itu kepada cg Non – tidak kepada saya agar saya boleh menyatakan samaada benar atau tidak .  Katanya, ramai yang menyatakan demikian.  Lebih baik saya bertanya tuan tubuh sendiri – tambahnya lagi.

Saya memang suka mendiamkan diri dan tidak ramai yang berani bertanya hal-hal peribadi saya.  Walaupun begitu, kalau ada yang bertanya,   saya tidak pun menunjukkan reaksi marah sebaliknya akan menyatakan yang benar.  Terang saya kepada cg Non dalam perbualan mesra kami. Dia terus menempelak rakan-rakannya yang sengaja menabur gossip yang tidak berasas. Tanpa usul periksa dia menyatakan ramai jiran setaman memperakui yang saya berpoligami.

Saya menyatakan kepada cg Non bahawa berpoligami itu tidak salah,  tapi saya tidak berpoligami kerana saya tidak mampu walaupun ada calun kalau saya hendak berbuat demikian.  Dengan menyindir saya menyatakan bahawa cg Non adalah orang yang paling layak berpoligami kerana dia seorang pesara guru DG52 yang mampu dan tidak perlu ragu-ragu berbanding dengan saya : pesara GB DG 29.  Dan isteri cg Non  juga pesara Guru Besar DG34, berbanding dengan isteri saya hanya seorang suri rumahtangga sahaja.  Saya menyambung lagi:  Cuma cg Non – takut. Senyumnya makin meleret..

Sembang kami sampai ke peringkat ‘gossip’ setempat. Itu dan ini ceritanya. Barulah saya tahu, rupanya banyak cerita saya yang diceritakan oleh rakan-rakan.  Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah terguris dengan gossip setempat terhadap saya kerana saya mungkin boleh menganggap bahawa mereka tidak adil kepada saya kerana saya tidak dapat menyatakan kebenaran atau saya tidak berpeluang untuk mempertahankan diri saya.

Tambahan pula, ustaz (tok guru) ada menyatakan, setiap kali orang berkata (mengata) atau mengumpat atau mencela atau menghina kita – ganjaran yang kita perolehi ialah “pahala’. Maka semuanya tidak akan menjadi apa-apa masaalah kepada kita / saya.

Ustaz juga berkata : Jangan kita memutuskan sillatur rahim – maka saya hadir ke surau, tempat saya dan cg Non bermesra dan bersembang ini untuk mengeratkan silla turrahim – MAKA, hulurkan tangan dan pandanglah muka sesama saudara, satu saf (barisan) dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk – jangan memalingkan muka ketika bersalaman,  tidak ada apa salahnya… kalaum senyum sedikit.

Saya memuji :  Cg Non memang seorang yang berkrisma.  Sebagai Pengerusi Biro Ukwah, saya menyatakan perlakuannya yang berterus terang dengan saya adalah mencerminkan beliau mempunyai kualiti kepimpinan. Beliau tersenyum gembira.  Tok guru juga berkata : menggembirakan orang lain juga adalah ibadat.

Walau bagaimanapun beliau mengakui bahawa dia tidak sanggup bertanya jiran sebelah rumahnya untuk mempastikan samada rakan-karibnya itu berpoligami atau tidak.  Hah, kata saya – mengapa dengan saya cg Non berani bertanya, tetapi dengan jiran sebelah cg Non  tidak berani.   Dia tersenyum, tanpa jawapan (?).

Kami beredar.  Cg Non beredar dengan salah sebuah dari 4 buah kereta keluarga
nya dan saya berjalan kaki pulang ke rumah.  Kami berhasrat untuk pergi mendengar cerita tok guru di padang awam dalam ceramah perdana setelah balik terlebih dahulu melapik perut masing-masing.

...gbpencen…memilih tok guru yang hendak dipatuhi.

Membalas dendam

2010 August 2
by Guru Besar Pencen

Didiklah mereka semau-maunya walaupun kadang-kadang kita tersasul atau tersilap

Berada di hujung perjalanan ini,  saya menginsafi ada perkara-perkara yang pelik atas kesilapan dan kejahilan saya telah berlaku atau telah dilakukan.  Banyak.  Sehari ke sehari saya akan ‘riflex’ balik semuanya; semua berlaku dengan banyak sebab.  Antaranya ialah jahil, gopoh, nafsu, tekanan dan banyak lagi.  Saya redha dengannya.

“‘Saya tak tahan dengan cikgu D.  Dia menghentak kepala Rashid dengan rotan bulu ayam dengan kuat sekali.  Saya sungguh marah dengan perbuatan itu.  Sampai hari ini  saya masih ingat (masih marah).” Kata Azman yang kini berusia 31 tahun,  ketika saya berbual-bual dengan saya di suatu hari.

Saya menggambarkan, ketika saya mengajarnya selama 5 tahun di sebuah sekolah ,  dia dan Rashid memang berkawan baik.  Dia seorang yang nakal tetapi baik hati.  Kurang pandai tetapi rajin.  Kapten pasukan bolasepak sekolah ketika saya menjadi jurulatih dan ada bakat kepimpinan dalam pasukan. Kini dia bekerja sebagai seorang pemandu lori. Rahid kini seorang Kapten tentera laut.

Dia pasti memendam rasa.  Dengan selamba saja  guru menghukum murid.  Selepas itu guru mungkin tidak lagi merasa apa-apa tetapi sebaliknya murid itu, atau kawan-kawan murid itu menjadikan insiden itu satu tragedi, atau satu insiden ‘yang tidak dapat dilupakan‘.  Mungkin pula merasa terluka;  atau sayu dan sedih – dikenang dan diingati. Dia sungguh terasa dengan perbuatan cikgu D

Masa terus berlalu, dan murid semakin dewasa.  Seperti saya mengingati tingkahlaku guru saya dahulu (yang biasa menapar muka saya sehingga menyebabkan telinga saya bengang dan bernanah sampai sekarang); mereka juga demikian.  Banyak kemungkinan perkara itu telah terjadi pada saya atau cik-cikgu yang lain…

Murid semakin dewasa; mereka sudah memiliki semuanya ketika ini.  Apa yang hendak dihairankan dengan cikgu-cikgunya yang di dendami oleh mereka selama ini. Keretanya hebat dari kereta guru, pangkatnya besar dari pangkat guru, gajinya banyak dari gaji cikgu, sihatnya lebih dari sihat guru.  Maka riak untuk mereka membalas dendam jelas kelihatan.  Termasuk ketika mereka menyembang-nyembang kosong, rasa dendam mereka diluahkan,  seperti yang Azman ceritakan pada saya.

Dulu keluarga murid kita (mungkin) kurang berada dan disebabkan kejayaan  murid ini berjaya meneroka pelajaran, sekarang keluarga mereka sudah boleh dikategorikan sebagai keluarga berada.  Ada diantara mereka sombong sambil memalingkan muka.  Ada di antaranya sedang berada dalam ‘misi membalas dendam‘ seperti yang saya nyatakan.

Perlakuan guru terhadap murid-murid yang tidak begitu bersalah atau yang bersalah mesti setimpal.  Bibit tidak puas hati itu akan menular dalam jiwa mereka dan boleh di bawa sehingga ke alam  dewasa yang boleh mereka mengingingati kita dalam berbagai bentuk dan tindakan, kemudian.

Selain dari itu, kata-kata guru merupakan ‘kata azimat‘.  Ungkapan bahawa ‘lidah itu lebih tajam dari pedang‘ semestinya menjadi azimat dalam kerjaya guru kerana guru sentiasa bercakap – sepanjang hari.  ’Cakap siang pandang-pandang dan cakam malam – dengar-dengar‘.  Guru tidak perasan ungkapan-ungkapan yang bersahaja di depan murid kadang-kadang membawa padah sehingga ada yang membabitkan orang lain terutama keluarga murid.

Tingkahlaku kita yang  keterlaluan sudah tentu mempunyai kesan yang mendalam di kalangan murid-murid.  Kadang-kadang guru tidak menjangkakan bahawa gurauan yang berlebihan itu juga boleh menjadikan sesorang murid kemurungan sepanjang hari / minggu dan kadang kala membawa kesan yang mendalam sepanjang kehidupannya.  Ada antaranya yang terus menjauhkan diri dari guru berkenaan sehingga murid berkenaan meninggalkan sekolah – bahkan setelah mereka dewasa – ia telah berlaku kepada saya dalam beberapa kes.

Juga saya merasai kenikmatan setelah meninggalkan anak-anak di sekolah,  murid-murid kita dahulu begitu mengingati kita.  Tanpa saya kenali (sebab terlupa) murid ini mendekati saya.  Sapaan mereka begitu hormat dan saya dapat membayangkan betapa gembiranya mereka ketika bertemu dengan bekas gurunya.  Kebanyakan murid yang ditemui itu bukanlah murid yang kita melayannya secara istimewa semasa di sekolah tetapi mereka ini menerima sentuhan kita sebagai seorang guru yang berhemah dan penyayang.  Teguran dan tunjuk ajar yang kita berikan kepada mereka memberi kesan kepada penghidupan mereka.  Walaupun mereka tidak berjawatan tinggi tetapi ‘jasa guru tetap mereka kenang

Pernah juga saya mengalami situasi bersama murid yang pintar, berpendapatan tinggi dari keluarga yang berada.  Langsung ‘tidak pandang‘ saya.  Bukan saya sahaja bahkan rakan-rakan sekelasnya. ketika sempat bertemu dalam satu majlis, tingkahnya kepada  saya, seperti saya –  gurunya tidak pernah wujud di dunia ini  .  Begitu juga dengan waris – ibubapanya – yang saya amat kenali.  Selepas itu saya meninjau-ninjau, apa salah saya ?

Terdapat dua keputusan dalam sistuasi di atas iaitu :( 1) : Oo.. saya yang bersalah kepadanya, atau :( 2):  Oo.. begitulah dunia sebagai seorang guru.

…gbpencen…jika peguam menang bicara,  jika hari ini seorang raja menaiki takhta, ianya bermula dari seorang guru biasa yang hanya naik kereta Proton Saga….

Surat tunjuk banyak sebab

2010 July 25
by Guru Besar Pencen


Jangan jadi mereka ini mangsa –  walaupun apapun  sebabnya…

3 orang guru menghubungi saya.  Semua mereka mendapat Surat Tunjuk Sebab dari GB masing-masing. Melalui sms, perbualan dan e-mail.  Serba tak kena untuk saya menjawab luahan hati mereka.  Berbagai-bagai jawapan yang saya beri, namun saya masih rasa serba salah dan tak kena.

Saya meninjau-ninjau melalui beberapa orang rakan lama saya   yang masih bertugas di sekolah.  Terdapat 3 buah sekolah yang gurunya juga mendapat surat sedemikian baru-baru ini.  Saya mengandaikan bahawa kemungkinan pihak JPN telah mengetatkan prosedur ’salah laku guru’ dengan satu sistem yang telah lama wujud tetapi jarang diparaktikkan di sekolah selama ini.

Kalau hendak dihitung perilaku guru di sekolah, pada saya, ianya sudah menjadi lumrah.  Saya menggantikan beberapa orang Guru Besar (di beberapa buah sekolah) untuk mengambil alih jawatan tersebut – apa yang saya warisi juga sama seperti yang GB itu warisi sebelumnya.  Ianya berpanjangan dan tidak habis-habis.  Kalau tidak kena gaya, masaalah perilaku guru yang negatif ini mungkin akan bertambah parah dengan sikap GB baru yang ingin membuat ‘operasi pemutihan’

Operasi pemutihan ini akan dibantu oleh kaki tangan pengurusan (PK) yang lain dengan memberikan berbagai maklumat negatif  kepada GB baru –  yang boleh mengwujudkan suasana resah di kalangan guru-guru bawahan. Tambahan pula PK ini pula sudah lama memendam rasa kepada guru-guru yang bermasalah (dengannya).  Ada sehingga mereka  terus menerus mendesak GB baru menukarkan guru-guru sebegini ke sekolah lain.

Salah perkiraan, kocakan kekeluargaan yang sedang berlaku dalam organisasi sekolah sebelum ini menjadi semakin bergelora sekiranya GB baru salah perhitungan.  Maklumat sebelah pihak ditambah dalam keadaan sangat terdesak ingin membetul keadaan dan melakukan perubahan dari yang sedia ada kepada suasana pengurusan yang lebih tegas dan bersistematik, selalunya mengundang padah. Sepatutunya GB baru melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai sebelum sesuatu perubahan atau program pemutihan dilakukan.

‘Protes’ dalam senyap oleh guru-guru amat bahaya kerana ianya merupakan bara yang mengintai semarak. Sedikit saja tiupan angin, ianya terus menyalakan api.  Dari api yang kecil melintuk-lintuk dibuai angin akan menjadi semakin besar dan mungkin akan sukar dikawal.  Maka tiada pilihan lagi, maka api itu terpaksa dipadamkan dengan Surat Tunjuk Sebab. Dan akan wujudlah banyak sebab yang boleh ditunjuk – oleh guru sebab apa mereka boleh berperilaku begitu.  Antara sebab-sebabnya ialah :  disebabkan oleh : perilaku dan tindakan GB, Penolong Kanan, orang-orang kepercayaan GB dan Penolong Kanan, JPN dan sebagainya. Mereka menyalahkan pihak lain pula…

Ada juga guru-guru kita yang ‘perangai’nya memang begitu. Ingkar dan tidak berhemah.  Sungguhpun begitu ada juga kebenaran sebab-sebab yang (akan)  ditunjukkan dalam Surat Tunjuk Sebab mereka. Oleh itu,  demi mengelakan  gelora begini sehingga boleh memaksa Surat Tunjuk Sebab terpaksa dikeluarkan;  amaran awal yang saya nyatakan tadi sangat penting (melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai) sebelum melakar satu strategi yang berkesan untuk melakukan perubahan termasuk pentadbiran dan minda / perilaku guru di bawah kita.  Ianya tentu memakan masa sebelum mereka semua boleh mengikut kemahuan GB baru. Kadang-kadang memakan korban.

Terus terang saya katakan dan mengaku bahawa saya tidak pandai mentadbir kerana tiada memiliki ilmu ‘pentadbiran’.  Saya hanya seorang pengurus yang dipilih dan diberi tanggungjawab untuk mengurus sebuah institusi bernama ’sekolah rendah’ yang di dalamnya ada makhluk yang bernama manusia, seperti saya.  Ia memberi gambaran yang saya sedang berurusan dengan manusia ciptaan Allah sbhtlla. Biasanya saya akan berkorban dan ada kalanya terkorban.

Saya tidak pernah tahu (kerana tidak pernah belajar) bagaimana bentuk dan format Surat Tunjuk Sebab kerana tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengeluarkan surat sebegitu walaupun saya pernah sekali sekala mendengar ’speaker’ dari JPN menyebutnya.     Semua masaalah yang saya hadapi bersama dengan guru saya,   saya serapkan dalam diri saya.  Saya yang melakukan anjakan dan perubahan untuk mengwujudkan satu suasana  di mana saya menjangkakan  ’akhirnya’ akan ada sedikit sinar hormat dari hati kecil mereka,  untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Insyaalah.  Banyak caranya walaupun ada yang  ’bengkeng‘.

Selapas ini, guru (yang menerima Surat Tunjuk Sebab) akan perihatin dan mungkin ada yang ‘takut’ selepas ini untuk ingkar perintah.  Kerana Surat Tunjuk Sebab ini dikatakan sebagai satu rekod disiplin yang boleh diguna pakai untuk apa-apa tujuan kenaikan pangkat nanti oleh pihak atasan. Itu adalah satu hikmah.  Orang yang takut (biasanya) boleh memberi kebaikan,  yang dibimbangkan – orang yang terlalu takut akan menjadi lebih berani dari sebelumnya.  Mereka pula mungkin sedang  melakar untuk meminta GB pula memberi tunjuk dan sebab akan apa-apa pula yang menjadi salah lakunya.

Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak pernah diberi Surat Tunjuk Sebab sepanjang tempuh perkhidmatannya selama 36 tahun, tak pun dinaikkan pangkat….. (?).  Dan adakah orang yang tidak pernah menerima Surat Tunjuk Sebab – seorang guru yang ‘perfect’ (?).

kes nayia.

…gbpencen…saya suka tunjuk cara sahaja.