{"id":1762,"date":"2019-05-12T18:30:12","date_gmt":"2019-05-12T10:30:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1762"},"modified":"2019-05-12T18:30:12","modified_gmt":"2019-05-12T10:30:12","slug":"dunia-yang-sempit","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1762","title":{"rendered":"Dunia yang sempit."},"content":{"rendered":"<p>Bila usia sudah hampir mencapai 70tahun, sungguh terasa bahawa dunia ini rupanya sangat sempit.\u00a0 Sempit bukan sangat\u00a0 kerana kekangan kewangan, bukan kerana kekangan masa, dan bukan kerana kekangan tenaga tetapi mata hati telah dapat melihat semua aturan hidup secara dekat.<\/p>\n<p>Dalam usia ini yang ditambah sedikit pengetahuan dan ruang untuk mendekati keagungan Ilahi. Semua yang ada sudah ditakdirkan ilahi. Apa saja yang berlaku di depan mata semuanya telah dilalui. Pendek kata, apa saja aktiviti, perlakuan di depan mata semuanya telah ada dalam pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sebelum ini.<\/p>\n<p>Maka dengan itu, ianya sudah tidak menjadi hal lagi.\u00a0 Sudah tidak sibuk, kalut dan hairan lagi. Sempit sungguh dunia ini kerana sudah tiada lagi yang merupakan urusan yang tergesa-gesa mahu diselesaikan.\u00a0 Saya ingin membawa maksud bahawa bahawa tiada keperluan yang mendesak kerana dunia telah menjadi sempit.<\/p>\n<p>Ada ramai rakan menyatakan situasi sebegini berlaku kerana setiap bulan saya memperolehi pencen persaraan sekitar 2000rm. Jawapan saya &#8211; ada juga orang yang semacam saya keadaannya tetapi tidak seselesa yang saya alami. Jadi, kenapa ?. Kerana semasa saya bertugas dahulu saya rasa saya telah bekerja bersungguh-sungguh.\u00a0 Maka pastinya ganjaran yang saya perolehi diakhirnya adalah lumayan.<\/p>\n<p>Perlukah saya menyertai satu demontrasi jalanan untuk menuntut sesuatu ? Perlukan untuk menyibukkan diri dengan penubuhan sebuat parti baru dalam negara ? dan perlukan saya menyelesaikan satu masalah yang rumit dalam keluarga ? Jawapannya semuanya tidak perlu.\u00a0 Kerana ada orang yang lebih perlu dan bertenaga juga lebih berkebolehan\u00a0 untuk mengambil alih tugas itu. Dan\u00a0 Allah telah mengaturkan penyelesaian tersebut.<\/p>\n<p>Kita ke depan kerana tiada orang yang ingin ke depan.\u00a0 Kita membuat kerana tidak ada orang yang ingin membuat.\u00a0 Lebih baik kita ke belakang sebab ada orang yang ingin ke depan dan kita menjadi pengikut kerana ada orang yang berkebolehan menjadi ketua.<\/p>\n<p>Kemungkinan besar kita sudah tidak diperlukan lagi. Maka itulah sebaik-baiknya kerana usia ini sudah tidak lagi memerlukan dan diperlukan. Tidak lagi memerlukan pengiktirafan, nama, ketokohan.\u00a0 Apatah lagi pangkat, darjat, kegembiraan yang berlebihan, penghormatan dan lain-lain.\u00a0 Hanya cukup sekadar begini yang sudah cukup menggembirakan.<\/p>\n<p>Apakah ini boleh dinamakan kepentingan diri ?. Jawapannya : Tidak, kerana banyak lagi yang baik-baik yang boleh dilakukan secara sembunyi seperti mana yang diajarkan kepada kita melalui kebajikan, ketelusan dan keikhlasan dalam menghabiskan baki-baki kehidupan.<\/p>\n<p>Pada suatu ketika dahulu, apa saja yang terjadi, baik dari hal kerjaya, keluarga, kewangan, keselesaan dan sebagainya menjadi keutaman untuk difikir dan diselesaikan.\u00a0 Tetapi semuanya sudah tiada lagi untuk disibuk sibukkan. Ianya berlalu seperti angin.\u00a0 Satu persatu pasti menemui jalan penyelesaian. Dan yang pasti Allah selalu menentukan apa yang terbaik untuk kita. dan saya yakin bahawa pengaturan hidup ini telah ditentukan oleh Nya.<\/p>\n<p>Kini ada orang, rakan dan keluarga yang menjauhi kita; ingatlah ianya semestinya begitu kerana dunia kita telah sempit.\u00a0 Jangkauan kita sudah terlalu pendek &#8211; dalam semua hal.\u00a0 Ianya tidak menjadi satu kesan untuk kita terasa hati bahkan kita sentiasa mengukir senyuman. Senyuman sebagai tanda syukur kerana semuanya telah kita lalui dan terus lalui dengan penuh keyukuran.<\/p>\n<p>Bila saya renung kembali, mengapa dunia ini telah sempit untuk kehidupan saya ? Saya memberi jawapan bahawa ketika dulunya dunia ini luas,\u00a0 sayat elah\u00a0 gunakann untuk memnabur bakti tanpa batasan dan tanpa pengiktirafan sesama manusia.\u00a0 Saya yakin kini dunia sudah menjadi sempit dan saya sudah tidak perlu lagi bersusah susah seperti dulu lagi.<\/p>\n<p>Saya panjatkan kesyukuran dengan penuh insaf, juga dipohonkan ampun dengan sepenuhhati atas apa-apa ketelanjuran ketika dunia yang dulunya sangat luas.\u00a0 Aminn.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;bersimpati dengan rakan seusia yang dunianya masih luas.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bila usia sudah hampir mencapai 70tahun, sungguh terasa bahawa dunia ini rupanya sangat sempit.\u00a0 Sempit bukan sangat\u00a0 kerana kekangan kewangan, bukan kerana kekangan masa, dan bukan kerana kekangan tenaga tetapi mata hati telah dapat melihat semua aturan hidup secara dekat. Dalam usia ini yang ditambah sedikit pengetahuan dan ruang untuk mendekati keagungan Ilahi. Semua yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1762"}],"collection":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1762"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1762\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1783,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1762\/revisions\/1783"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}