{"id":844,"date":"2010-06-30T04:44:57","date_gmt":"2010-06-30T04:44:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=844"},"modified":"2010-06-30T04:44:57","modified_gmt":"2010-06-30T04:44:57","slug":"tidurlah-sayang","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=844","title":{"rendered":"Tidurlah sayang.."},"content":{"rendered":"<blockquote><p><a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/06\/Picture-086.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-910\" title=\"Picture 086\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/06\/Picture-086-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/06\/Picture-086-300x225.jpg 300w, http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/06\/Picture-086.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Guru Besar perihatin,\u00a0 guru perihatin.\u00a0 Terima kasih cikgu yang perihatin. Dan <strong>beri perhatian <\/strong>kepada cikgu yang tidak perihatin.<\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p>Jam sudah pukul 12.30 tenghari.\u00a0 Lagi setengah jam loceng akan berbunyi dan murid Tahun 1 akan dilepaskan pulang. Saya masuk mengajar ke bilik darjah Tahun 1 <strong>Abidin <\/strong>(guru ganti), kelas Tahun 1 yang tercorot kemahiran belajarnya. Lazimnya saya mengarahkan PK 1 untuk menyusun jadual guru ganti untuk saya di kelas-kelas tercorot. PK 1 akan melaksanakannya apabila berlaku kekangan guru ganti.<\/p>\n<p>Biasanya saya memilih untuk mengajar kemahiran membaca dan menulis secara minima sahaja, dalam masa yang sama mempromosi dan memotivasi galakan belajar.\u00a0 Yang penting murid memperolehi sesuatu dari saya. Mungkin kali pertama saya masuk ke kelas saya akan menilai kebolehan menulis murid.\u00a0 Murid akan rasa kaku bila berhadapan dengan saya.\u00a0 Kebanyakannya akan merasa takut dan ada yang gerun. Bengiskah saya ?. Tidak. Saya seorang guru yang penyayang tetapi <strong>lagak garang<\/strong>.<\/p>\n<p>Cerita mengenai saya tersebar luas di kalangan murid sekolah saya. Murid yang pernah melakukan salah laku akan menceritakan tingkah laku saya yang tidak menakutkan kawan-kawan mereka.\u00a0 Jadi senanglah saya melakukan tugas murni saya ini di kalangan murid-murid yang &#8216;nakal&#8217;.\u00a0 Murid-murid rasa curiga untuk melakukan pelanggaran peraturan asas sebagai seorang pelajar. Tambahan Tahun 1, yang selalu menyaksikan hukuman dan denda saya secara sepontan saya laksanakan terutama selepas saya melakukan teguran di perhimpunan pada setiap hari Isnin.<\/p>\n<p>Pujukan saya termakan juga, mereka semua akan mula menyukai laokonan saya di bilik darjah.\u00a0 Gelak tawa berderai-derai.\u00a0 Tujuan saya menghilangkan rasa curiga mereka terhadap saya. &#8221; Tulis nama kamu di papanhitam&#8221;. Itulah tugasan saya setiap kali measuk ke kelas ganti.<\/p>\n<p>Di sini dapatlah kita menilai kebolehan murid menulis.\u00a0 Mohd Khairulnizam &#8211; mOhd KHairUL nizAM.\u00a0 Begitulah antara contoh-contoh tulisan murid di papan hitam yang boleh dilihat.\u00a0 Bukan saja kita dapat\u00a0 melihatnya di Tahun 1, hatta saya masuk di darjah 6 sekalipun, masih banyak terdapat tulisan-tulisan murid yang sebegini.<\/p>\n<p>Itu baru ejaan yang bercelaru, belum lagi bentuk tulisan mereka.\u00a0 O tidak seperti O, A tidak seperti A.\u00a0 Bentuk huruf\u00a0 K yang terkangkang, bentuk ekor G yang terputus &#8211; pendek dan j, yang titiknya hilang entah di mana dan banyak lagi yang menggeli dan menyusahkan hati saya sepanjang masa.<\/p>\n<p>GB memberi tunjuk ajar bagaimana menulis nama &#8216;<em>anda<\/em>&#8216; yang betul.\u00a0 Giliran murid lain juga hadir dengan tulisan nama mereka yang bermacam-macam.\u00a0 Sambil mengambil pendekatan menyindir, murid diajak berseronok belajar dengan kaedah yang begitu &#8211; mungkin tidak ada dalam pengkaedahan pengajaran yang diajar di maktab atau di universiti pendidikan. Setiap masa murid hendaklah diajak menulis nama mereka dengan betul, menulis tarikh dan hari dengan tepat sebelum meminta mereka menulis selainnya.\u00a0 &#8216;Drill&#8217;.<\/p>\n<p>Adakah guru melakukan itu di awal persekolahan murid?. Jawapan yang tepat ialah &#8216;<strong>tidak<\/strong>&#8216;.\u00a0 Dan dengan yang demikian, terhasillah murid Tahun 6 Abidin yang masih tidak betul menulis nama sendiri;\u00a0 apatah lagi menulis karangan.\u00a0 Itu yang selalu saya promosikan kepada guru-guru &#8211; &#8216;<strong>do the basic<\/strong>&#8216;.<\/p>\n<p>Semua sudah letih,\u00a0 lagi 10 minit loceng akan berbunyi;\u00a0 &#8221; Cikgu nak semua orang rehat sekarang,\u00a0 semua orang kena tidur &#8221;.\u00a0 Semua murid membaringkan kepala di atas meja dan melindungkan mata dari penglihatan saya.\u00a0 &#8220;<strong>Tidur <\/strong>!&#8221; herdik saya,\u00a0 &#8220;<strong>Tidur<\/strong>&#8221; dengan nada lebih keras.\u00a0 Semua tidur. Saya memulas telinga seorang murid &#8221; Tak mau tidur ya&#8230; saya pulas telinga kamu&#8230; hahhh.. ! sakit ?&#8221; Aksi saya tanpa memulas telinga sesiapa pun, hanya lagak sahaja seperti melakukan denda kepada murid yang tidak mahu tidur, kerana tiada siapa yang melihat aksi saya.<\/p>\n<p>Akhirnya separuh dari kelas terlena.\u00a0 Ada antaranya yang sampai meleleh air lior di atas meja.\u00a0 Hanya ada beberapa orang sahaja murid yang bergerak-gerak, tidak terlena.\u00a0 Perlahan-lahan saya menguiskan murid berkenaan dan meminta mereka beredar meninggalkan kelas secara senyap dan meninggalkan yang lain di kelas.\u00a0 Saya juga turut beredar dari kelas tersebut. Memerhati dari jauh.<\/p>\n<p>Tidak lama kemudian loceng pun berbunyi, ada yang terkejut, terjaga dan meninggalkan kelas mereka untuk pulang ke rumah.<\/p>\n<p>&#8220;Guru Besar !, ada orang dalam kelas dok tidur lagi&#8230;.&#8221;, \u00a0 &#8220;Kamu pergi gerakkan dia suruh balik.&#8221;\u00a0 Kata saya ringkas,\u00a0 memberi respon kepada maklumat seorang murid dari kelas Tahun 1 Abidin. \u00a0 Agak riuh rendah juga dalam kelas tersebut selepas itu, mereka ketawa satu sama lain.\u00a0 Mungkin mereka mentertawakan murid yang sungguh-sungguh terlena tadi.\u00a0 Mereka bangga keran mereka telah berjaya &#8211; <strong>tidak terlena<\/strong>.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; terus menyambung tugasan sebaik murid Tahun 1 Abidin pulang hingga murid sesi petang meninggalkan sekolah.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Guru Besar perihatin,\u00a0 guru perihatin.\u00a0 Terima kasih cikgu yang perihatin. Dan beri perhatian kepada cikgu yang tidak perihatin. Jam sudah pukul 12.30 tenghari.\u00a0 Lagi setengah jam loceng akan berbunyi dan murid Tahun 1 akan dilepaskan pulang. Saya masuk mengajar ke bilik darjah Tahun 1 Abidin (guru ganti), kelas Tahun 1 yang tercorot kemahiran belajarnya. Lazimnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/844"}],"collection":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=844"}],"version-history":[{"count":10,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/844\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":919,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/844\/revisions\/919"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}