{"id":935,"date":"2010-07-20T02:14:57","date_gmt":"2010-07-20T02:14:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=935"},"modified":"2010-07-20T02:14:57","modified_gmt":"2010-07-20T02:14:57","slug":"tunduk-dan-mengintai","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=935","title":{"rendered":"Tunduk dan mengintai."},"content":{"rendered":"<blockquote><p><a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Picture-623.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-936\" title=\"Picture 623\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Picture-623-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Picture-623-300x225.jpg 300w, http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Picture-623.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em><strong>kita yang sentiasa perihatin<\/strong><\/em><\/p>\n<\/blockquote>\n<p>Semasa menghantar cucu (Tahun 1) ke sekolah, saya sering berselisih dengan waris lain yang turut berbuat demikian. Berbagai-bagai ragam ibubapa dapat dilihat demi anak-anak tersayang. Raut muka ibubapa ini menunjukan keazaman mereka bahawa di sini, anak-anak akan memperolehi yang terbaik dari guru-guru masing-masing.<\/p>\n<p>Saya akan menghantar cucu saya dengan motosikal.\u00a0 Tangannya dipimpin hingga ke bilik darjah.\u00a0 Saya melakukan demikian kerana kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu melakukan demikian.\u00a0 Apatah lagi cucu saya berjauhan dengan ibubapanya yang telah berpisah; jadi saya perlu <strong>meminimakan <\/strong>rasa rendah dirinya untuk keselesaannya belajar sepanjang hari di sekolah nanti.<\/p>\n<p>&#8216;Mood&#8217; pagi menceritakan segalanya.\u00a0 Raut muka waris menggambarkan apa yang berlaku di rumah di waktu pagi.\u00a0 Apatah lagi gelagat anak-anak yang mereka hantar.\u00a0 Sebagai GBP ianya telah menceritakan segalanya kepada saya kerana setiap pagi &#8211; seboleh-bolehnya,\u00a0 saya akan berada di muka pintu sekolah menyambut kedatangan anak-anak dan waris.<\/p>\n<p>Di sekolah itu, saya pernah bersua dengan seorang waris yang mengeluarkan kata-kata &#8220;<em>aku tendang sat lagi baru tau<\/em>!&#8221; kepada anaknya. Saya mohon supaya anaknya ditinggalkan kepada saya dan meminta dia meninggalkan perkarangan sekolah.\u00a0 Dia akur dan saya membawa anaknya ke kelas tanpa masalah kerana &#8216;<strong>saya\u00a0 dekat di hati <\/strong>murid itu&#8217;. Dia berpimpin tangan dengan cucu saya dan mereka masuk ke kelas.\u00a0 Saya mengiringi mereka.<\/p>\n<p>Biasanya saya masuk ke kelas cucu saya dan bermesra dengan anak-anak di situ.\u00a0 Gurauan senda saya dengan mereka membuatkan setiap pagi mereka menyambut saya dengan berbagai cerita. Cerita saya mengusik mereka mengenai pembelajaran mereka.\u00a0 Berbagai cerita dan situasi yang saya sengaja reka supaya keceriaan cucu saya dan rakannya terus disemarakkan sebelum mereka menghadapi &#8216;<strong>saat-saat mencabar nanti di bilik darjah sepanjang hari<\/strong>&#8216;.\u00a0 Itulah yang telah saya lakukan sepanjang 35 tahun yang lalu dan saya sambung kerja terseubut di bilik darjah 1 Melati, Sekolah Convent, Kulim.<\/p>\n<p>Sebelum saya meninggalkan bilik darjah cucu saya, saya membetulkan meja-kerusinya dan meja-kerusi rakan-rakannya agar lebih kondusif.\u00a0 Saya beredar untuk pergi berjogging dengan rasa puas kerana <em><strong>kerja lama <\/strong><\/em>saya dapat saya lakukan (juga walaupun dan pencen) pada setiap hari persekolahan.<\/p>\n<p>Suatu hari saya memerhatikan seorang waris (ibu), tunduk sambil mencangkung di celah-celah pokok bunga sambil mengintai anaknya yang berjalan ke perhimpunan pagi.\u00a0 Dia bangun dan tunduk semula. Dan bangun semula. Saya faham bahawa dia bimbang anaknya akan dimarahi kerana datang lewat.\u00a0 Hatinya berdetik takut anaknya mungkin di denda.<\/p>\n<p>Saya menghampirinya dan berkata bahawa dia tidak perlu berbuat begitu, kerana bukan selalu murid datang lewat.\u00a0 Saya menyatakan bahawa cucu saya juga datang lewat &#8216;hari ini&#8217; tetapi kita perlu meyakinkan mereka (anak kita) bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku.\u00a0 Sesungguhnya cikgu amat perihatin dan akan menjaga anak kita sebaik mungkin. Didiklah mereka agar segera bangun awal untuk bersiap ke sekolah &#8211; kita pun kena bersiap awallah (dia tersenyum dan berdar dari situ).<\/p>\n<p>Saya selalu faham akan anak-anak yang terlewat ke sekolah.\u00a0 Saya tidak jemu untuk mendidik mereka agar datang awal ke sekolah kerana sekolah menyediakan program seawal pagi.\u00a0 Kalau ianya sudah menjadi satu budaya &#8211; budaya lewat &#8211; ianya perlu dibenteras dengan berbagai pendekatan yang sesuai. Yang penting, ibubapa perlu awal mempersiapkan diri sendiri sebelum mempersiapkan anak-anak mereka ke sekolah.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;bangun awal sedia beg cucu dan bancuh susu (darjah 1, cucu saya masih minum susu dalam botol).<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>kita yang sentiasa perihatin Semasa menghantar cucu (Tahun 1) ke sekolah, saya sering berselisih dengan waris lain yang turut berbuat demikian. Berbagai-bagai ragam ibubapa dapat dilihat demi anak-anak tersayang. Raut muka ibubapa ini menunjukan keazaman mereka bahawa di sini, anak-anak akan memperolehi yang terbaik dari guru-guru masing-masing. Saya akan menghantar cucu saya dengan motosikal.\u00a0 Tangannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/935"}],"collection":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=935"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/935\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":938,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/935\/revisions\/938"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=935"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=935"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=935"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}