{"id":1141,"date":"2011-01-15T11:17:39","date_gmt":"2011-01-15T11:17:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1141"},"modified":"2011-01-15T11:17:39","modified_gmt":"2011-01-15T11:17:39","slug":"kenanganmu-guru-kenanganku-murid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1141","title":{"rendered":"Kenanganmu (guru), kenanganku (murid)"},"content":{"rendered":"<blockquote><p><em>S<\/em><strong><em>alam cikgu&#8230;Cikgu ajar saya masa darjah empat.Saya sering menceritakan pada anak-anak saya yang tulisan cikgu sangat cantik.Lepas cikgu mark periksa buku,cikgu mesti tulis A dan baik.Di bawahnya mesti ada awanlarat.Sayalah yang cikgu selalu suruh nyanyi bila dekat dekat nak balik.Terutamanya lagu Si baju hijau.Dan saya masih ingat bila cikgu cerita Pinocchio,satu kelas boleh teriak!Dah tua ni baru terfikir,takdalah sedih sangat.Saya doakan supaya cikgu sentiasa sihat dan dilindungi Allah.Insya-Allah.<\/em><\/strong><\/p><\/blockquote>\n<p>Tengahari itu saya masuk kelas seperti biasa. \u00a0Saya selalu berkaca mata hitam ketika mengajar sesi \u00a0petang. \u00a0Guru baru selalunya di <em>bully <\/em>ke petang. \u00a0Guru-guru senior kebanyakannya ke pagi. \u00a0Guru-guru lembam di tolak ke petang juga kecuali guru yang mengajar kelas <em>lembam<\/em>. Guru muda, datang dari Pulau Pinang mengajar di sebuah kampung yang masih ketinggalan dari segi kemudahan asas dan taraf sosio ekonomi &#8211; tentunya ia diberi perhatian oleh penduduk setempat termasuk murid-muridnya.<\/p>\n<p>Seingat saya, saya mengajar geograpfi, \u00a0pada masa itu dipanggil Ilmu Alam. Tiba-tiba saya melihat Wahid sedang bermain-main dengan kayu pembaris di mejanya. \u00a0Saya rasa agak marah dan mengarahkannya memberhentikan tingkah lakunya. \u00a0Murid lain melihat sahaja Wahid. \u00a0Dia memang seorang murid yang agresif. \u00a0Saya teruskan sesi pengajaran yang makin lama makin menarik perhatian semua murid lain. \u00a0Saya melukis peta Tanah Melayu secara free hand. Meletakkan simbol-simbol dengan kapur warna seceruk rantau Tanah Melayu di papan yang memang hitam. (belum ada papan hijau di masa itu).<\/p>\n<p>Sekali lagi saya terpandang Wahid yang sedang meneruskan aktivitinya. \u00a0Saya memberhentikan pengajaran dan memberi amaran &#8216;terakhir&#8217; supaya dia jangan melawan kehendak saya. \u00a0Dia meneruskannya juga dengan senyum sinis. \u00a0Saya memintanya bangun di kerusi duduknya. \u00a0Dia akur berdiri di atas kerusi. Saya menghayunkan pembaris panjang dengan sekuat-kuatnya ke punggungnya. \u00a0Dia terkejut besar termasuk seluruh kelas darjah 4 itu. \u00a0Dia duduk dan memekupkan mukanya di meja. \u00a0Saya rasa dia sangat sakit.<\/p>\n<p>Sebelum sempat saya meneruskan pengajaran, Wahid sudah meninggalkan kelas. \u00a0Dia berjalan keluar dari kawasan sekolah dengan meninggalkan begnya di kerusi. \u00a0Saya tidak memberi sebarang respon sebaliknya meneruskan pelajaran seperti tiada apa yang berlaku. \u00a0Murid-murid lain kelihatan termanggu-manggu atas tindakan saya yang tidak seperti sebelumnya.<\/p>\n<p>Esoknya Wahid tidak datang sekolah. \u00a0Tengahari saya nampak ayah Wahid datang. \u00a0Saya kenal ayahnya. \u00a0Di &#8216;pelantar&#8217; basikalnya ada sebilah parang. \u00a0Kecut perut saya melihatnya. \u00a0Dia datang dengan seorang rakan saya, Man. \u00a0Dia menongkatkan basikal di tepi bangunan setingkat &#8211; lama \u00a0&#8211; sekolah &#8216;pattern&#8217; orang putih&#8217; dulu. \u00a0Mereka terus menuju ke pintu kelas bilik saya. \u00a0Saya melihat pintu satu lagi terbuka. \u00a0Hanya ada dua pintu saja di kelas itu. \u00a0Dan ada 2 tingkap yang cukup besar untuk saya meloloskan diri. \u00a0Semuanya bersedia jika &#8216;apa-apa&#8217; berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;&#8216;Cikgu!, Wahid ni memang &#8216;jahat&#8217; cikgu&#8230;. cikgu pukullah dia, jangan bagi patah, pekak ke, bisu ke&#8230; tak palah&#8221;. \u00a0Lega&#8230; saya tak perlu lagi melihat pintu atau tingkap untuk melarikan diri. \u00a0Dan tak perlu lagi melihat parang pemotong <em>pelepah nipah<\/em> di pelantar basikal ayah Wahid.<\/p>\n<p>&#8220;Tu&#8230; dia, sebiji lukis peta Tanah Melayu, tak tengok buku pun&#8221;. \u00a0Kata Man, \u00a0rakan saya yang datang bersama ayah Wahid. \u00a0Tidak terasa apa-apa pun dengan pujian Man, tetapi rasa amat lega dengan selesainya episod pembaris panjang semalam. Saya menyerahkan beg Wahid yang ditinggalkan &#8216;semalam&#8217; kepada Man untuk di bawa balik.<\/p>\n<p>&#8230;<\/p>\n<p>SMS yang saya terima (di atas) \u00a0melalui facebook mengungkapkan semuanya. \u00a0Dari seorang murid tentunya ada kenangan dengan gurunya: \u00a0 dari seorang guru ada kenangan bersama gurunya. \u00a0Satu perkara yang menjadi perbezaan antara pengirim <strong><em>SMS ini dengan Wahid<\/em><\/strong> adalah jurang digital \u00a0dan aras pendidikan antara mereka.<\/p>\n<p>Pengirim SMS ini, seingat saya adalah seorang murid yang taat dan patuh kepada perintah gurunya. \u00a0Berdisiplin, berhemah dan berbudi bahasa. Gurunya sudah berjaya menambat hatinya untuk belajar bersama antara keduanya. \u00a0Minat yang di tanam oleh guru akan membuatkan murid begitu &#8216;hormat &amp; kasih &#8216; kepada gurunya. \u00a0Gurunya (saya) bukanlah seorang guru yang berpelajaran tinggi tetapi kemahiran mendidik (menulis, melukis dan bercerita\u00a0&#8211; contoh) yang digarapkan dengan situasi dan persekitaran yang sesuai dan tepat telah menjadikannya beliau murid yang lengkap \u00a0untuk belajar.<\/p>\n<p>Berbeza dengan Wahid, ianya mempunyai minat yang berbeza. \u00a0<strong><em>Dia berlari keliling<\/em><\/strong> kampung bersama saya dan cik gu Faizol untuk meningkatkan tahap stemina. \u00a0Akhirnya kami, buat kali pertama dan kesekian kalinya menjadi Johan Bolasepak bawah 12 Tahun di daerah Dinding (sekarang Manjung). \u00a0Beliau seorang kapten dalam pasukan itu. \u00a0Semua murid menghormatinya. \u00a0Dia boleh memimpin pasukan dan semua rakan menghormati kebolehannya. Di dalam kelas, perhatiannya tidak terarah. \u00a0Beliau gagal di situ. Akhirnya menjadi penagih tegar&#8230;.<\/p>\n<p>Guru dan murid. \u00a0Murid dan murid ada bezanya. \u00a0Guru dan guru tidak semestinya ada perbezaan. \u00a0Satu nama yang perlu di dokong adalah <strong><em>Guru itu Pendidik<\/em><\/strong> &#8211; perlu bekerja keras untuk mendidik murid yang berbeza-beza. \u00a0hakikat yang mesti di terima.<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230; ada kenangan bersama guru. Ada kenangan bersama murid. tidak semua boleh dicerita dan sebahagiannya adalah rahsia. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Salam cikgu&#8230;Cikgu ajar saya masa darjah empat.Saya sering menceritakan pada anak-anak saya yang tulisan cikgu sangat cantik.Lepas cikgu mark periksa buku,cikgu mesti tulis A dan baik.Di bawahnya mesti ada awanlarat.Sayalah yang cikgu selalu suruh nyanyi bila dekat dekat nak balik.Terutamanya lagu Si baju hijau.Dan saya masih ingat bila cikgu cerita Pinocchio,satu kelas boleh teriak!Dah tua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1141"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1141"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1146,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1141\/revisions\/1146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}