{"id":1300,"date":"2011-11-13T11:33:15","date_gmt":"2011-11-13T11:33:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1300"},"modified":"2011-11-13T11:33:15","modified_gmt":"2011-11-13T11:33:15","slug":"guru-tidak-pernah-panik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1300","title":{"rendered":"Guru tidak pernah panik"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini menasihatkan guru agar tidak panik kerana pengumuman waktu bekerja untuk mereka masih dalam kajian. Hakikatnya ramai guru yang panik. Tetapi sepatutnya guru tidak panik.<\/p>\n<p>Melalui zaman bekerja sebagai seorang guru telah mematangkan saya bahawa apa saja perubahan yang berlaku di dalam pendidikan negara dibuat di peringkat tertinggi dalam pengurusan pendidikan iaitu &#8211; dari perjabat pak menteri.<\/p>\n<p>Saya beranggapan bahawa perubahan bukan hanya anjakan paradigma pendidikan tetapi memenuhi citarasa politik semasa. Maka dilihat sehingga ke hari ini, perubahan mutakhir yang dilalui sekarang tidak banyak beza dari segi prinsip pengajaran dan pembelajaran (P&amp;P) tapi tetap memenuhi citarasa politik semasa.<\/p>\n<p><strong>Sebelum ini&#8230;<\/strong><\/p>\n<p>Kejayaan membekalkan peralatan PPSMI &#8211; pengajaran menggunakan ICT di bilik darjah. \u00a0Pemasangan peralatan av bersama paparan dari lap top ke screen di bilik-bilik darjah menelan kos yang tinggi. \u00a0Jika diaudit, sejauh mana penggunaan dan kelangsungan program penggunaan peralatan itu berjalan ?<\/p>\n<p>Sudah banyak troli ICT di sekolah yang telah tersadai. \u00a0Projektor yang telah padam lampunya, screen yang runtuh, lap top yang luput pakai yang tidak diganti semula kerana &#8220;proses bekalan sudah berekahir&#8221;. \u00a0Tiada satu prosedur dan makanisma pembaikan dan penyelenggaraan yang mantap untuk menjamin kelangsungan program itu. \u00a0Alatan av yang telah dipindah dan ubahsuai oleh sekolah -kalau tidakpun diluput atau lupuskan. \u00a0Sebelum ini amat rancak tetapi kini semuanya sudah berakhir.<\/p>\n<p><strong>Sebelum itu&#8230;<\/strong><\/p>\n<p>Begitu bersungguh-sungguh sekali pak menteri yang lain mempromosi Plan Induk Pendidikan (PIPP) oleh Menteri Pelajaran sebelum ini. \u00a0Gegak gempita gendang dipalu &#8211; kecut perut sebahagian \u00a0guru-guru termasuk beberapa instituisi pendidikan yang lain untuk melaksanakannya. \u00a0Amaran, teguran, perancangan, pemantauan bertali arus dari segenap organisasi dalam sistem pendidikan negara sehinggalah ke PPD dan dari bilik GB sendiri.<\/p>\n<p>Bila lain menteri yang datang, PIPP sudah jarang disebut dan akhirnya sama nasibnya seperti PPSMI.<\/p>\n<p><strong>Lama dulu&#8230;.<\/strong><\/p>\n<p>Banyak lagi kejutan demi kejutan yang dilaksanakan melalui berbagai-bagai <em>gendang yang dipukul<\/em> oleh banyak pihak. \u00a0Demi kelangsungan politik pak menteri pun mengajak semua guru-guru menari bersamanya. \u00a0Isu berat beg murid misalnya, berakhir begitu saja setelah berbagai-bagai keputusan dibuat.. tapi akhirnya beg yang berat tetap juga berat oleh sebab gendang tidak lagi dipukul .. ianya terus diam.<\/p>\n<p><strong>Kini pula &#8230;.<\/strong><\/p>\n<p>Pendekatan NKRA telah memaksa guru-guru menghantar keputusan peperiksaan secara online untuk disemak, dianalisa dan diberi respon spontan oleh pihak atasan &#8211; untuk menentukan bahawa KPM juga menepati konsep keberhasilan yang sepatutnya. \u00a0Maka ber online lah guru-guru dicelah-celah kesibukan online facebook sendiri.<\/p>\n<p><strong>Yang dulu, terkini dan selamanya ialah&#8230;.<\/strong><\/p>\n<p>Guru akan diminta untuk bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. \u00a0Pada saya ianya suatu perkara yang wajar kerana GB (semasa saya bertugas) saya bekerja dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang. \u00a0Saya suka bekerja, bahkan hari Sabtu juga adalah hari bekerja saya. \u00a0 Ia berlaku kerana masa rasmi yang ditentukan sudah tidak mencukupi untuk saya <strong>melayan perkara-perkara yang disebutkan<\/strong> di atas.<\/p>\n<p>Pula ada ramai guru yang sememangnya datang pada pukul 7.30 pagi dan pulang pukul 4.30 petang atau sehingga 7.00 malam pun memang ada !. Ada pula guru yang datang 7.45 pagi dan belum pukul 1.00 tengahari sudah berkemas dan berjalan ke kereta untuk meninggalkan kawasan sekolah .. untuk datang semula keesokannya ketika jam hampir pukul 8.00 pagi (?)<\/p>\n<p><strong>Kesimpulannya &#8230;<\/strong><\/p>\n<p>Apa perubahan pun sebenarnya tidak akan menjadikan guru-guru panik kerana perubahan bukan satu kejutan tapi hanya sekadar perubahan untuk sementara waktu. \u00a0Akhirnya ia akan berakhir sebelum ada perubahan atau kejutan baru.<\/p>\n<p><strong>Yang penting<\/strong>&#8230;<\/p>\n<p>Yang dulu, terkini dan selamanya , ada guru yang menjadi cikgu dan ada guru yang sekadar bekerja sebagai seorang guru.. di zaman serba glamour ini&#8230;<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230;masih jadi cikgu &#8211; seperti mula-mula dulu.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini menasihatkan guru agar tidak panik kerana pengumuman waktu bekerja untuk mereka masih dalam kajian. Hakikatnya ramai guru yang panik. Tetapi sepatutnya guru tidak panik. Melalui zaman bekerja sebagai seorang guru telah mematangkan saya bahawa apa saja perubahan yang berlaku di dalam pendidikan negara dibuat di peringkat tertinggi dalam pengurusan pendidikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1300"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1300"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1304,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1300\/revisions\/1304"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}