{"id":1323,"date":"2012-02-07T04:51:51","date_gmt":"2012-02-07T04:51:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1323"},"modified":"2012-03-25T08:17:25","modified_gmt":"2012-03-25T08:17:25","slug":"mengkuang-road","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1323","title":{"rendered":"&#8220;Mengkuang Road&#8221;"},"content":{"rendered":"<blockquote><p><a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/Ay-Staf-SKBTK.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1340\" title=\"Ay Staf SKBTK\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/Ay-Staf-SKBTK.jpg\" alt=\"\" width=\"226\" height=\"151\" \/><\/a><\/p><\/blockquote>\n<p>Dalam masa 26 tahun (yang telah lalu) &#8211; adalah sekali dua saya mengunjunginya. \u00a0Sabtu lepas saya sempat mengunjunginya semula. \u00a0Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Mengkuang Road, Butterworth. \u00a0Saya mengajar di sana selama 2 tahun sebelum bertukar dari situ penghujung tahun 1986. Blok barunya menjadikan sekolah kelihatan teratur dan bangunan lama yang masih ada meninggalkan banyak kenangan kepada saya dalam usia 35 tahun ketika itu.<\/p>\n<p>35 tahun adalah usia &#8216;garang&#8217; . \u00a0Badan masih kuat bersemangat. \u00a0Darah masih panas. \u00a0Ketika umur sebegini, apa yang dibuat semuanya menjadi, \u00a0 hanya pengalaman yang ada diusia sekarang (61) tidak ada di masa itu. \u00a0Juga pemikiran di usia itu tidak sama dengan pemikiran dalam usia saya sekarang. \u00a0Kalaulah pengalaman dan pengetahuan yang ada sekarang ada pada ketika itu, tentunya: semua di buat semua menjadi. \u00a0Pada usia itu, semua dibuat mengikutkan hati&#8230; ikut hati mati.. (kata orang tua-tua)<\/p>\n<p>Sinonim dengan gelaran Mengkuang Road, sekolah tersebut ketika itu dikelilingi oleh rumah pelacuran. \u00a0Ketika saya mengajar di darjah 5, di tingkat atas, saya dapat melihat pelacur yang berjalan masuk ke kawasan itu pada waktu hampir tengahari untuk masuk ke rumah-rumah di sebelah pagar sekolah. Usia 35 tidak langsung menarik hati saya dengan kegiatan tersebut. \u00a0Saya ingin menyatakan yang saya tidak ikut hati.<\/p>\n<p>Dalam usia emas ini, sekali lagi saya ke situ. \u00a0Bangunan dengan rumah-rumah moden 2 tingkat telah menjadikan sekitar kawasan sekolah menjadi kawasan kediaman yang ekslusif. Kunjungan saya kali ini sebagai kunjungan untuk membantu rakan yang baru ditukarkan sebagai Guru Besar ke sekolah itu. \u00a0Dengan penuh semanagat rakan saya menjemput saya untuk memberi nasihat dan membantunya merealisasikan hasratnya menjadi seorang Guru Besar yang membuat perubahan.<\/p>\n<p>Tinjauan sekitar sekolah dan pejabatnya, mengimbau kenangan saya yang selama saya menjadi Guru Besar di 4 buah sekolah, saya tidak pernah merasakan sebuah sekolah yang lengkap dan bergaya seperti Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kecil yang dimilikinya sekarang. \u00a0Bertuahnya dia.. dan bertuahnya saya kalau saya mempunyai sekolah yang selengkap itu. Penuh dengan segala kemudahan, cantik; \u00a0 tetapi&#8230;<\/p>\n<p>Terdapat banyak ruang untuk menjadikan sekolah itu lebih terurus di sana. \u00a0Bila saya tinjau di belakang sekolah semua perkakasan lama tidak terusus. \u00a0Berselerak di sana sini. \u00a0Pokok hiasan layu dan kering. \u00a0Masih banyak kerusi meja yang tidak digunakan bersepah di merata ceruk. \u00a0Walau bagaimanapun susun atur yang segak telah membantu mencantikkan persekitaran sekolah. \u00a0Jika penyelenggaran dijalankan dengan konsisten sudah tentu menjadikan sekolah lama saya itu lebih menarik.<\/p>\n<p>Hanya seorang sahaja pekerja sekolah yang bertugas di situ. \u00a0Satu rungutan yang perlukan simpati. Saya memang bersimpati dengan rungutan itu. \u00a0Ini membuatkan saya berfikir, rakan saya itu bukan setakat menjadi seorang Guru Besar bahkan dia perlu menjadi lebih dari itu. \u00a0Tugas dan pengorbanannya perlu lebih besar. \u00a0Dia perlu menjadi seorang ahli fikir, arkitek dan motivator yang hebat dan berkesan &#8211; untuk berfikir bagaimana terbaik untuk memulakannya &#8211; merancang &#8211; memotivasikan semua modal insan yang ada di sekolah untuk digarapkan dengan kekurangan yang ada. \u00a0Tidak sesekali hanya menunggu mengharapkan belas kasihan dari PPD atau JPN.<\/p>\n<p>Pejabatnya memang cantik. \u00a0Ada pamplet, kertas, buku, fail dan makalah yang tidak akan membantunya jika ada lawatan mengejut dari pihak atasan. \u00a0Lawatan-lawatan singkat ini akan dapat memberi gambaran kelemahan sesorang menguruskan sekolahnya. Saya mencadangkan, dokumentasi aktiviti semasa yang berlaku dipamerkan di tempat strategik supaya dapat dilihat oleh pengunjung yang hadir. \u00a0Didokumetasikanlah dengan kemas serta dilebelkan dengan jelas. \u00a0Bila dipegang dapat merasa sentuhannya, bila dibuka dapat gambaran perkara yang berlangsung dan bila ditutup memberi kepuasan. \u00a0Pamerkan sebaiknya. Do the basic.<\/p>\n<p>Tuan,<\/p>\n<p>Berikan sedikit sentuhan yang menampakkan yang tuan inginkan perubahan. \u00a0Berikan gambaran yang tuan memang bersungguh-sungguh untuk bekerja bersama semua warga sekolah. \u00a0Sedikit demi sedikit akan menimbulkan rasa hormat mereka terhadap tuan. \u00a0Gambar dan promosikankan kepada mereka bagaimana keseluruhan sekolah yang tuan mahukan. Tuan kena &#8216;smart&#8217;.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;sentiasa besar hati dan sedia hulur tangan bila diminta membantu disamping membuat sedikit keuntungan (?)<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam masa 26 tahun (yang telah lalu) &#8211; adalah sekali dua saya mengunjunginya. \u00a0Sabtu lepas saya sempat mengunjunginya semula. \u00a0Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Mengkuang Road, Butterworth. \u00a0Saya mengajar di sana selama 2 tahun sebelum bertukar dari situ penghujung tahun 1986. Blok barunya menjadikan sekolah kelihatan teratur dan bangunan lama yang masih ada meninggalkan banyak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1323"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1323"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1341,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1323\/revisions\/1341"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}