{"id":1353,"date":"2012-06-02T16:48:07","date_gmt":"2012-06-02T16:48:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1353"},"modified":"2012-06-02T16:50:57","modified_gmt":"2012-06-02T16:50:57","slug":"headmaster","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1353","title":{"rendered":"Headmaster"},"content":{"rendered":"<p>&#8220;Saya sedang buat <em>master<\/em> sekarang ini tok su.&#8221; kata Faizal, cucu saudara saya bila ditanya mengenai status terkini persekolahannya. Saya tidak terkejut kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran dewasa ini amat terbuka. \u00a0Bukan pelajar mencari tempat belajar <em>tetapi<\/em> tempat belajar yang mencari pelajar.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau begitu, tok su lagi hebat dari Faizal&#8221;. \u00a0Dia pula terkejut kerana setahunya saya hanya berkelulusan SPM sahaja. &#8220;Tok su dah\u00a0<em>Head.. master<\/em>&#8220;. \u00a0Senyum hensemnya menceriakan saudara-mara disekeliling kami di majlis terima peminangan sepupunya.<\/p>\n<p>Saya teringat ketika saya memberi ucapan di perhimpunan setiap pagi Isnin. Saya juga akan <em>bercakap<\/em>\u00a0(memberi ucapan) dalam Bahasa Inggeris secara berselang seli dengan Bahasa Melayu. <em>Berselang seli<\/em> kerana yang mendengar tidak <em>arif<\/em> menguasai bahasa berkenaan dan yang memberi ucapan juga kurang mengusainya. \u00a0Berhempas pulas dengan pengawalan bahasa GURU BESAR \u00a0harus cuba \u00a0menunjukkan komitmen menguasai Bahasa Inggeris di kalangan murid-muridnya.<\/p>\n<p>Biasanya ucapan dalam Bahasa Inggeris dibuat ketika guru Bahasa Inggeris yang mengepali perhimpunan (Guru Bertugas). Cikgu Parameswari akan menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh rata-rata murid. \u00a0Saya suka ucapannya ketika dia mengendalikan perhimpunan. \u00a0Dan dia akan jadi pembantu setia sepanjang saya membuat ucapan.<\/p>\n<p>Saya terpanggil untuk mencoret nota ini kerana :<\/p>\n<p>Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar satu berita di mana satu program (baru) telah dilancarkan oleh Bahagian Kurikulm, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan lagi Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Sejumlah guru Bahasa Inggeris telah diimport masuk ke Malaysia untuk tujuan itu. Maka berlakulah satu lagi program peningkatan (Bahasa Inggeris) yang baru&#8230; setelah&#8230;<\/p>\n<p>Setahu saya sudah banyak program sebegini dilancarkan sebelum ini, sepanjang saya bertugas. \u00a0Banyak sungguh. Berbagai pendekatan, teknik, modul, buku dsb dibekalkan melalui berbagai media. Dan secara berterusan penambahan program, \u00a0cara kerja, cara mengajar, cara belajar \u00a0dari dalam dan luar negara diperkenalkan &#8211; terutamanya &#8211; setelah pehak-pihak yang arif belajar serta mendapat idea setelah melawat ke luar negara&#8230; namun&#8230;<\/p>\n<p>Secara berterusan ia masih belum menepati kehendak sebenar yang diharapkan oleh yang arif (unit kurikulum Kementerian Pelajaran) Dan program baru terus diwujudkan kerana murid masih di takok lama penguasaan Bahasa Inggeris mereka.<\/p>\n<p>Perkara tersebut adalah satu fenomena biasa dalam mengendalikan kurikulum Bahasa Inggeris khususnya untuk sekolah-sekolah di kawasan perkampungan tradisional Melayu. Semua orang tahu puncanya kerana budaya dan amalan Bahasa Inggeris itu tidak wujud di sekolah dan dipersekitaran berkenaan. Termasuk Guru Besarnya sendiri juga tidak menjadikan ianya satu budaya.<\/p>\n<p>Yang ariff boleh membuat kaji selidik (mungkin) bertajuk &#8220;Amalan menggunakan Bahasa Inggeris dalam Perhimpunan Sekolah&#8221; Ia tentu akan mendapat jawapan dan resolusinya. \u00a0Tetapi mengapa <strong><em>di perhimpunan<\/em><\/strong> kajian tersebut harus dilakukan?<\/p>\n<p><em>Di Perhimpunan Sekolah lah<\/em> bermulanya persekolahan sebenar kerana guru memberi ucapan (bermacam-macam jenis ucapan dari guru) \u00a0Guru Besar memberi ucapan (sepatutnya &#8211; ucapan berfokus) yang menentukan arah tuju sekolah (sekurang-kurangnya) \u00a0sepanjang minggu &#8211; itu. \u00a0Kalau Bahasa Inggeris &#8211; kata GB, maka Bahasa Inggerislah sekolah itu. \u00a0Kalau sukan kata GBnya, makan sukanlah sekolah itu. Kalau Tasmiq kata GBnya, maka bertungkus lumuslah guru j-Qaf sekolah itu. \u00a0Pendek kata apa kata GB maka begitulah jadinya sekolah itu.<\/p>\n<p>Besarkan ? pengaruh Guru Besar. Ya.. besar pengaruh Guru Besar di sekolah. \u00a0Maka sudah tentu dialah orang yang pertama akan cuba memuaskan hati Unit Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.<\/p>\n<p>&#8230;<em>gbpencen&#8230;nak tergelak dengar kawan gbpencen tak pernah beri ucapan dalam perhimpunan.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Saya sedang buat master sekarang ini tok su.&#8221; kata Faizal, cucu saudara saya bila ditanya mengenai status terkini persekolahannya. Saya tidak terkejut kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran dewasa ini amat terbuka. \u00a0Bukan pelajar mencari tempat belajar tetapi tempat belajar yang mencari pelajar. &#8220;Kalau begitu, tok su lagi hebat dari Faizal&#8221;. \u00a0Dia pula terkejut kerana setahunya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1353"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1353"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1357,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1353\/revisions\/1357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}