{"id":1422,"date":"2012-11-03T08:56:20","date_gmt":"2012-11-03T08:56:20","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1422"},"modified":"2012-11-03T08:56:20","modified_gmt":"2012-11-03T08:56:20","slug":"negara-maju-berpendapatan-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=1422","title":{"rendered":"Negara Maju Berpendapatan Tinggi"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Begitu bersemangat sekali rakan baik saya memperkatakan mengenai ramalan pendapatannya akan meningkat menjelang Malaysia menjadi negara maju.\u00a0 Itulah yang diharapkan oleh semua rakyat yang berada di dalam sesebuah negara.\u00a0 Mereka akan menjadi lebih selesa, malah setengahnya akan menjadi mewah dan lebih mewah.\u00a0 Dan ada diantaranya akan menjadi terlebih mewah.<\/p>\n<p>Dalam pada itu terungkap kenyataan dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bahawa kerajaan sekarang di bawah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam sedang merangka satu plan di mana gaji kaki tangan tidak berhenti atau terhenti kenaikannya sehingga tarikh persaraan.\u00a0 Hebat bunyinya.\u00a0 Walaupun begitu saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan.<\/p>\n<p>Serba salah bila difikirkan terlalu sedikit orang yang mahu memikirkan untuk membela golongan pekerja swasta yang di IKS yang tidak terkawal apatah lagi melakukan sesuatu. Ayat ini bermaksud : Pekerja swasta di IKS yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga tamak memberi gaji sewenang-wenangnya kepada pekerjanya; termasuk menyediakan persekitaran kerja \u00a0dan jaminan masa depan yang tidak sama-sekali kondusif.<\/p>\n<p>Dalam kita bersyukur dengan gaji dan lain-lain kemudahan agar penjawat awam sentiasa mendapat imbuhan secara berterusan dari semasa ke semasa saya mengharapkan agar pekerja swasta rakyat Melayu yang bekerja di IKS rakyat Malaysia berketurunan Cina dilayan tidak sepatutnya, hidup rajin, tak mahu mati. (terjemahan ungkapan moden dari ungkapan- hidup segan, mati tak mahu).<\/p>\n<p>Dalam paparan akhbar sering kita lihat &#8216;pembela&#8217; penjawat awam akan mengeluarkan ungkapan yang memperjuangkan hal gaji dan masa depan penjawat awam tetapi jarang sekali malah seolah-olah tidak tampil seorang &#8216;wira&#8217; untuk memperjuangkan hal gaji dan masa depan pekerja bawahan di IKS yang terdiri dari anak-anak melayu gelandangan yang gagal dalam menjadi warga kerja yang berpendidikan.<\/p>\n<p>Golongan pekerja IKS sebegini dinafikan oleh majikan untuk perkara-perkara berikut :<\/p>\n<p>1. Tidak memperolehi potongan KWSP dan SOCSO secara kosisten.<\/p>\n<p>2. Menerima gaji yang tidak menentu sehingga ke paras paling bawah &#8211; ada yang kurang dari RM20 untuk 8 jam waktu bekerja.<\/p>\n<p>3. Tekanan potongan gaji atas perkara-perkara yang menguntungkan majikan sahaja.<\/p>\n<p>5. \u00a0Persekitaran kerja yang langsung tidak menarik.<\/p>\n<p>6. \u00a0Tiada kemudahan rawatan kesihatan, bonus, isentif, cuti tahunan dan lain-lain cuti yang sepatutnya dan kemudiah sosial.<\/p>\n<p>7. Tiada pampasan jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.<\/p>\n<p>8. \u00a0Tiada sistem kerja dan sistem pengurusan yang menarik<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sementara majikan pula :<\/p>\n<p>1. \u00a0Memaksimakan keuntungan semau-maunya atas kudrat pekerjanya.<\/p>\n<p>2. \u00a0Membandingkan pekerja tempatan dan pekerja asing yang rajin, kononnya.<\/p>\n<p>3. \u00a0Pemberhentian kerja yang hanya mengikut prosedur dan kehendak sendiri &#8211; tidak mengikut prosedur yang disediakan oleh pihak kerajaan.<\/p>\n<p>3. \u00a0Tidak memperdulikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, hanya menyediakan keperluan yang hanya menjurus kepada kehendak pengeluaran.<\/p>\n<p>4. \u00a0Akan seberapa daya upaya cuba melarikan diri dari cukai dan lain-lain prosedur yang ditetapkan oleh kerajan.<\/p>\n<p>5. \u00a0Menyalahgunakan dan melanggar permit, lesen dan kebenaran.<\/p>\n<p>5. \u00a0Mengenepikan ciri-ciri keselamatan kecuali yang mungkin menjejaskan keselamatan hak peribadi sahaja.<\/p>\n<p>7. \u00a0Bersekongkol secara maksima dengan ejensi yang boleh menerima rasuah; \u00a0dengan demikian majikan tidak mempunyai rasa hormat untuk menghormati prosedur agensi kerajaan yang bertanggung jawab.<\/p>\n<p>8. \u00a0Sering mempertikaikan syarikat kerajaan dan syarikat besar yang kononnya hanya \u00a0menjaga kroni &#8211; tidak mengagihkan kekayaan kepada &#8216;mereka&#8217;<\/p>\n<p>9. \u00a0Sering mempromosikan kerugian kepada pekerja sebaliknya menambah harta peribadi serta berlagak dengan kekayaan yang dimiliki.<\/p>\n<p>10. \u00a0Berkelakuan licik.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kebanyakan kita lihat semuanya elok kerana kita sering diperlihatkan yang elok-elok sahaja. \u00a0Di Malaysia ini, kilang elok, pejabat elok, kakitangan kerajaan bertugas dengan elok, sekolah elok, jalan raya elok, membangun dan berkembangan dengan elok ke arah negara maju.<\/p>\n<p>Tapi bila kita masuk ke IKS begini yang mana kita boleh takrifkan sebagai \u00a0spara haram, kita akan dapat melihat sendiri apa yang golongan ini alami. \u00a0Biasanya IKS begini terletak agak jauh dari bandar atau dipinggiran pusat industri, berpagar, dikawal oleh kamera dan pintu automatik yang kita faham apa maksudnya. \u00a0Pemiliknya mengendalikan secara berseorangan dan begitu bijak dalam banyak hal terutama dalam melepaskan diri dari tanggung jawab yang telah digariskan.<\/p>\n<p>Malangnya pekerja-pekerja di IKS ini tidak boleh bersuara atau tiada suara kerana tiada kebolehan bersuara. \u00a0Tiada siapa yang datang untuk mendengar suara mereka &#8211; mereka tidak penting. \u00a0Mereka juga tiada &#8216;wira&#8217; yang mengambil tahu mengenai mereka kerana mereka adalah serpihan dari arus pendidikan yang sedang menghadapi gelombang perubahan yang dahsyat. Atau dengan lain-lain alasan dan sebab.\u00a0 Seribu alasan dan seribu sebab yang terjadi begini.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;tiada mampu bersuara atau menjadi wira.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Begitu bersemangat sekali rakan baik saya memperkatakan mengenai ramalan pendapatannya akan meningkat menjelang Malaysia menjadi negara maju.\u00a0 Itulah yang diharapkan oleh semua rakyat yang berada di dalam sesebuah negara.\u00a0 Mereka akan menjadi lebih selesa, malah setengahnya akan menjadi mewah dan lebih mewah.\u00a0 Dan ada diantaranya akan menjadi terlebih mewah. Dalam pada itu terungkap kenyataan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[13],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1422"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1422"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1422\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1431,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1422\/revisions\/1431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}