{"id":162,"date":"2009-05-05T15:17:58","date_gmt":"2009-05-05T15:17:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=162"},"modified":"2009-10-16T14:20:17","modified_gmt":"2009-10-16T14:20:17","slug":"dari-sitc-ke-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=162","title":{"rendered":"dari SITC ke UPSI"},"content":{"rendered":"<p>Bila emak mertua menumpang kereta anak saya untuk menziarahi anaknya (polis) yang koma dilanggar penjenayah (Harian Metro 30 April) \u00a0(?) di Hospital Besar, Kuala Lumpur, saya terpaksa menumpang lori kilang tempat saya bekerja untuk ke sana.<\/p>\n<p>Setelah selesai pemandu lori itu menurunkan 1136 biji bantal di &#8216;Top Ten&#8217; \u00a0(baru di buka) di pekan Tanjung Malim, kami menuju ke Rawang tempat pemandu lori itu akan bermalam, \u00a0sementara menunggu tugasnya yang \u00a0akan di sambung keesokan harinya.<\/p>\n<p>Ketika lori bergerak meninggalkan pekan Tanjung Malim, saya sempat memerhatikan bangunan UPSI (Universiti\u00a0 Pendidikan Sultan Idris) yang cantik.\u00a0 Dari tingkap lori, di celah-celah rimbunan pokok teduhan saya sempat melihat bangunan asal SITC (Sultan Idris Training Collage).\u00a0 Walaupun saya tidak menuntut di situ, sebagai seorang guru &#8216;lama&#8217; sudah tentu ia akan meninggalkan kenangan terhadap &#8216;nama besar&#8217; itu.<\/p>\n<p>Arwah abang saya, seorang bekas penuntut di SITC sekitar hujung tahun 50&#8217;an. Beliau mengakhiri tugasnya sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Alma di Bukit Mertajam.\u00a0 Beliau sering menceritakan pengalamannya di SITC yang selalu membuatkan hati saya sentiasa memberontak untuk menjadi seorang guru.<\/p>\n<p>Gambarnya bersama sebuah &#8216;saxsophone&#8217; sudah cukup menceritakan bagaimana germbiranya ketika beliau menuntut di sana.\u00a0 Apa yang sangat menjadi ingatan saya ialah ceritanya bahawa ..<\/p>\n<p>&#8230; di SITC pada masa itu ada banyak papan hitam yang di gantung di dinding Dewan Besar.\u00a0 Guru pelatih akan diminta untuk membuat latihan menulis di papan hitam itu.\u00a0 Ianya adalah salah satu aspek yang dinilai dalam latihan perguruan di situ&#8230;.<\/p>\n<p>&#8216;Black board work&#8217; adalah satu mata pelajaran yang di titik beratkan dalam latihan perguruan pada masa itu. Oleh yang demikian, semasa di awal persekolahan saya, \u00a0kebanyakan guru pada masa itu mempunyai tulisan yang cantik.\u00a0 Bukan sahaja di papan hitam, bahkan tulisan mereka sama ada di buku atau pun di lebel-lebel sekolah.\u00a0 Ia juga termasuk tulisan &#8216;jawi&#8217; dan tulisan sambung yang diajar secara khusus di awal darjah 4.<\/p>\n<p>Tulisan mereka menjadi inspirasi kepada murid-murid ketika itu untuk ditiru (dicontohi).\u00a0 Arwah abang mengajar saya di darjah satu (1958) ; beliau sering memegang tangan saya untuk membentuk tulisan saya. Sebelum P&amp;P bermula dia akan berdiri dihadapan kelas bersama bakul sampah dan sebilah pisau belati untuk mengasah pensel murid-muridnya.<\/p>\n<p>Semasa saya di maktab perguruan (DTC Penang 1971 &#8211; 1972),\u00a0 sememangnya tiada latihan khusus untuk menguruskan papan hitam.\u00a0 Sehingga sekarang pun tiada latihan sebegitu.\u00a0 Maka dengan itu bermulalah <strong>episod duka<\/strong> tulisan murid dan guru.\u00a0 Sungguhpun begitu saya berazam untuk sedaya upaya memperkasakan pengurusan papan hitam bilamana saya berada di bilik darjah.<\/p>\n<p>Ada guru yang menggunakan keseluruhan papan hitam untuk membuat contengan demi memperkukukah P&amp;P masing-masing; ianya sudah tentu mengelirukan murid.\u00a0 Terdapat guru yang menggunakan keseluruhan papan hitam untuk membuat tulisan yang besar-besar.\u00a0 Oleh sebab papan hitam digunakan sebagai medium untuk diadaptasi oleh murid ke dalam buku latihan mereka, maka tulisan, coretan atau apa saja yang dipapar di papan hitam sepatutnya mencerminkan &#8216;model&#8217; untuk dicontohi. Secara ringkasnya ada diantara guru mengabaikan kekemasan &#8216;blackboard work&#8217; dengan berbagai alasan; salah satu darinya ialah &#8220;penumpuan utama ialah .. kebolehan akademik &#8230;&#8221;<\/p>\n<p>Bermula dengan kekemasan penataan <em><strong>tarikh dan hari<\/strong><\/em> secara standard hingga kepada <em><strong>pembahagian ruang<\/strong><\/em> untuk membuat catatan.\u00a0 Bermula dari <em><strong>bentuk dan membentuk abjad<\/strong><\/em>, hingga kepada ejaan dan bentuk grafik tulisan guru (tulisan saya pun banyak ejaan tak betul).\u00a0 Bermula dari membuat <em><strong>garisan<\/strong> tepi<\/em> papan hitam hingga tanda titik, koma dan lain-lain <strong><em>tanda bacaan.<\/em><\/strong>\u00a0Bahagikan papan hitam kepada beberapa <strong>ruang<\/strong> sebelum menulis, ia akan kelihatan lebih tersusun<em>.<\/em> \u00a0Semuanya hendaklah dianggap sebagai merangkumi bidang yang harus dididik kepada kanak-kanak kerana naluri mereka yang mudah meniru.<\/p>\n<p>Ramai diantara kita (guru) masih jauh lagi perjalanan dalam urusan mendidik kanak-kanak ini.\u00a0 Oleh itu saya merasakan semua kita perlu berubah.\u00a0 Selain akademik yang menjadi tumpuan (keutamaan), aspek didikan dalam bentuk &#8216;sebegini&#8217;\u00a0 atau &#8216;yang lain&#8217; juga agar tidak diabaikan.\u00a0 Terlalu banyak <strong>pengabaian<\/strong> dalam aspek\u00a0 &#8211; selain dari akademik lah, \u00a0yang menyebabkan kekalutan boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana saja dalam dunia persekolahan kita.<\/p>\n<p>Tanya Guru Besar anda, bolehkan kita berubah .. kita bertukar dari papan hitam ke papan putih &amp; dari kapur putih ke pen &#8216;white board&#8217; (??)<\/p>\n<p>&#8230; perjalanan saya diteruskan dengan menaiki KTM Komuter dari setesen Rawang ke KL Sentral, dan terus ke bilik ICU hospital Besar Kuala Lumpur. Hari ke 6, mangsa\u00a0masih koma.\u00a0<\/p>\n<p><em>&#8230;&#8230;.gurubesarpencen, teringat cerita arwah abang yang Awang Had Salleh bermain gitar bersamanya dalam pancaragam SITC.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bila emak mertua menumpang kereta anak saya untuk menziarahi anaknya (polis) yang koma dilanggar penjenayah (Harian Metro 30 April) \u00a0(?) di Hospital Besar, Kuala Lumpur, saya terpaksa menumpang lori kilang tempat saya bekerja untuk ke sana. Setelah selesai pemandu lori itu menurunkan 1136 biji bantal di &#8216;Top Ten&#8217; \u00a0(baru di buka) di pekan Tanjung Malim, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/162"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=162"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":533,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/162\/revisions\/533"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}