{"id":183,"date":"2009-05-26T14:10:37","date_gmt":"2009-05-26T14:10:37","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=183"},"modified":"2009-10-16T14:18:57","modified_gmt":"2009-10-16T14:18:57","slug":"gsk-vs-ppsmi-round-tko","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=183","title":{"rendered":"GSK vs PPSMI &#8211; Round TKO"},"content":{"rendered":"<p>Jumaat ini berakhir pengalaman pertama saya sebagai guru GSK (Guru Simpanan Kebangsaan).\u00a0 Penamatnya ialah PKSR (Penilaian setangah tahun).\u00a0 Telah lama saya tidak menggubal soalan tapi tidaklah sekekok mana bezanya menyediakan soalan sains dalam Bahasa Inggeris merupakan pengalaman pertama.\u00a0 &#8220;Bolehlah tu.. &#8221;\u00a0komen seorang guru di atas penyediaan kertas soalan sains tahun 5. Hanya memilih dan menyalin soalan dari buku aktiviti, manakala ejaan\u00a0Inggerisnya \u00a0disemak\u00a0oleh komputer.<\/p>\n<p>Walaupun tanpa 10% tambahan gaji kerana mengajar <em>sains<\/em> dalam Bahasa Inggeris, saya telah\u00a0menerima cabaran itu untuk memperolehi gred A dalam pengajaran saya (akhirnya saya menggredkan pengajaran saya &#8216;C&#8217; sahaja) .\u00a0<\/p>\n<p>Benarkan murid boleh menjawabnya dalam Bahasa Inggeris?,\u00a0 jawapannya &#8211; <strong>boleh ; <\/strong>sekiranya soalan mereka fahami atau mereka dapat membayangkan kehendak soalan (objektif) dengan melihat &#8216;terms&#8217;2 yang telah diberi penekanan\u00a0semasa pengajaran.\u00a0<\/p>\n<p>Bolehkah murid memahami soalan ? \u00a0jawapannya &#8211; <strong>boleh,\u00a0 <\/strong>yang perlu dilakukan\u00a0ialah dengan memberi \u00a0penekanan kepada bentuk soalan dengan meningkatkan perbendaharaan kata.\u00a0 Begitulah dengan soalan sains Bahagian &#8216;B&#8217; yang memerlukan murid menjawab dengan menulis dalam Bahasa Inggeris .. <em>tapi boleh pula tulis dalam Bahasa Melayu<\/em>.\u00a0 Kesimpulannya murid boleh menulis sekiranya mereka diberi tekanan untuk mengusai beberapa aspek yang dinyatakan di atas.<\/p>\n<p>Buku teks dan buku aktiviti yang disediakan untuk tujuan pembelajaran PPSMI sains sememangnya lengkap.\u00a0 Pengetahuan guru dalam bidang sains dengan mempunyai sedikit asas penguasaan Bahasa Inggeris akan melengkapkan proses P&amp;P.\u00a0\u00a0<\/p>\n<p><em>Habis ! apa yang menjadi masaalah dan pertikaian yang tidak berkesudahan selama ini ?<\/em><\/p>\n<p>Pada hemat saya :<\/p>\n<p>1.\u00a0 \u00a0Setengah pihak <strong>merasa terhina<\/strong> disebabkan PPSMI&#8221; dikira telah merendahkan kemampuan Bahasa Melayu yang mahu dijadikan bahasa &#8216;ilmu&#8217; dalam negara tercinta ini &#8211; seingat saya, memang disuatu masa dahulu ada usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuk dalam matapelajaran sains.\u00a0 Antaranya menterjemahkan buku sains dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. <strong>Sekarang lain pula jadinya<\/strong>.<\/p>\n<p>2.\u00a0 Tujuannya murni, perlaksanaanya telah mengundang perkara-perkara yang tidak dijangka sebelum itu.\u00a0 Guru kurang kemahiran menguasai Bahasa Inggeris hingga memaksa beberapa <strong>program tambahan<\/strong> diwujudkan.\u00a0 Program tersebut (terpaksa) diwujudkan semasa PPSMI sedang rancak dilaksanakan. Rata-rata merasakan seolah-olah ianya sebagai program yang dirancang secara tergesa-gesa tanpa kajian dan persediaan yang menyeluruh. Ianya semakin bergelora.<\/p>\n<p>3.\u00a0 Sains bukanlah satu matapelajaran yang &#8216;susah&#8217;.\u00a0 Murid boleh memahami sains tetapi tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris (sebab dalam pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris sendiri masih menjadi masaalah). Oleh yang demikian, dalam satu masa &#8211; guru mengajar sains, dan dalam masa yang sama pula terpaksa mengajar Bahasa Inggeris.\u00a0 Juga dalam masa yang sama guru\u00a0 (mahu tak mahu) kena menjadi penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.<\/p>\n<p>4.\u00a0 Apa yang sedang berlaku ialah, guru terus mengajar dan ahli politik pendidikan terus berpolitik.\u00a0 Pembekal terus membekalkan peralatan canggih ICT dan memberi perkhidmatan memantapkan peralatan yang semakin hari semakin <strong>&#8216;pupus&#8217;<\/strong>.\u00a0 Pemimpin pendidikan terus membuat kaji selidik dan analisa dari semasa ke semasa.\u00a0 \u00a0JPN dan PPD sibuk mengirim surat ke sekolah untuk membuat pemantauan ke atas guru. Guru Besar terus menyuruh guru mengajar dalam Bahasa Inggeris dan bila UPSR jawab dalam Bahasa Melayu.\u00a0 Guru tetap seorang guru yang menurut perintah.\u00a0 Ibubapa terus tercari-cari arah.<\/p>\n<p>5.\u00a0 Murid terus belajar.\u00a0 Keputusan\u00a0\u00a0yang dibuat oleh ahli politik pendidikan,\u00a0\u00a0pembekal dan penyelenggara ICT, \u00a0pemimpin pendidikan, kepimpinan \u00a0JPN dan PPD, kepimpinan peringkat sekolah, terus di patuhi. &#8220;Apa pun kami mesti\u00a0terus belajar Sains dalam Bahasa Inggeris&#8221;\u00a0 kata murid-murid.<\/p>\n<p>6.\u00a0 Analisa peperiksaan dihantar ke pihak atasan, PPD atau JPN hatta ke Kementerian Pelajaran untuk membuktikan kejayaan dan keberkesanan PPSMI.\u00a0 Kita turut bangga dengan pencapaian yang baik itu TETAPI <em>pernahkah dibuat analisa mengenai <\/em>\u00a0bekalan ICT yang tidak digunakan; peralatan ICT yang terbiar :\u00a0 dan apakah sebabnya<\/p>\n<p>Hari ini saya telah selesai menyemak kertas jawapan sains murid Tahun 4 dan 5.\u00a0 Soalannya berkisar dengan apa yang mereka pelajari bersama saya. Rata-rata menunjukan peningkatan dibandingkan dengan ujian\u00a0yang terdahulu.\u00a0 Saya tidak menganggap ianya satu kejayaan kerana murid telah terlebih dahulu saya sogokan dengan bentuk soalan demi untuk melengkapkan konsep &#8216;we&#8217;re exam orinted&#8217; (yang masih menjadi igauan sehingga ke saat ini) \u00a0<\/p>\n<p>Saya hanya berbangga kerana saya berjaya mengawal situasi untuk menjadikan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang menyeronokan mereka (murid). Mereka selesa di bilik yang kondusif.\u00a0 Faham apa yang ingin saya sampaikan.\u00a0 Suka dengan telatah dalam ketegasan saya dan yang antara mereka paling suka &#8211; jumlah markah yang mereka perolehi\u00a0 meningkat dari ujian lalu.<\/p>\n<p>terima kasih, cik gu.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen &#8230;&#8230; dah tua, baru belajar sains dalam Bahasa Inggeris.\u00a0 Baik untuk saya.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jumaat ini berakhir pengalaman pertama saya sebagai guru GSK (Guru Simpanan Kebangsaan).\u00a0 Penamatnya ialah PKSR (Penilaian setangah tahun).\u00a0 Telah lama saya tidak menggubal soalan tapi tidaklah sekekok mana bezanya menyediakan soalan sains dalam Bahasa Inggeris merupakan pengalaman pertama.\u00a0 &#8220;Bolehlah tu.. &#8221;\u00a0komen seorang guru di atas penyediaan kertas soalan sains tahun 5. Hanya memilih dan menyalin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/183"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=183"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/183\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":530,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/183\/revisions\/530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}